Hari kedua di Osaka...bilik hotel yang comel tanpa katil hanya ada bantal,selimut dan tilam,peti sejuk,tv,aircond,meja kecil. Tandas di luar bilik dan dapur kalau nak memasak.Inipun dah syukurlah,selesa juga sorang2,maklum la bajet tak payah nak katil beso ye.
Baru bangun tidur. Jam 4.00 pagi solat subuh dah. Rasa baru je tido.
Susunan pakaian di dalam beg.Ramai yang tolong susun dan lipat pakaian ni,Faezah tolong gosokkan baju yang dibawa.Haha aku manja ke mengada-ngada ye
Di hadapan hotel. Basikal teratur je. Orang sini suka naik basikal je,menjaga alam sekitar daripada pencemaran udara.
Kawasan sekitarnya bersih...sejuk pagi ni lebih kurang jam 8.30 pagi. Aku memakai 3 lapis baju tu nampak badan besar sikit.
Pagi2 pergi mini market...lihat barang dan makanan yang halal. Tour guide tunjukkan makanan yang halal.
Tempat membayar di kaunter chasier.Selepas membayar barang yang dibeli,pekerja akan tunduk ucapkan terima kasih.Serba salah pulak aku dibuatnya,jadi cepat2 masukkan duit dan blah.Hahaha
Roti yang boleh dimakan.
Pelbagai pilihan air minuman. Tak boleh suka hati je beli air.
Tak dapat tempat duduk..berdiri aje la.Ambik kesempatan bergambar dulu. Teruja sangat hari pertama jalan2 di Osaka.
Sempat posing dulu dgn geng..nak ke Namba ni,tempat shopping. Harap ada la yg bkenan kot murah mampu beli hehhe
Kimono dari luar kedai.Mahal betullah tak jadi nak beli. Harga lebih kurang 3 ribu yen..kira la berapa duit kita tu. Mampu tengok ajelah.
Makanan Jepun ...khuatir tak halal. Bungkusan makanan cantik dan comel2 belaka. Sesetengah kedai yg aku masuk tak benarkan mengambil gambar. Sikap mereka ni menghalang daya kreativiti aku utk bgambar sakan.
Beria-ria betul makcik ni cakap Jepun memberi penerangan tentang makanan yg dijual di situ,geng pun dengar dgn khusyuk hahahaha tapi tak beli pun,khuatir dgn halalnya
Takde sorang pun yang membelinya. Cantik kan bungkusannya.Semua makanan biskut dan coklat yg dijual memang menarik mata melihat.
Posing dulu di hadapan kedai. Geng sibuk tanya itu ini dengan makcik tadi hehehhe
Banyak bangunan pencakar langit,jalan tak sesak,asap kenderaan pun takde...udara sejuk je...selesa jalan2 dgn gembira. Apalagi jumpa geng satu kepala yg tak suka shopping jugak.
Tak kedengaran bunyi hon kenderaan pun..damai je
Nak mencuba punya pasal beli aje lah.
Kami bertiga je ...memula 6 org,yg lain entah ke mana. Sama je kami tak membeli hanya window shopping.
Ramainya la manusia
Asahi...minuman mengandungi alkohol
Penat berjalan dah rasanya...takde beli apa2 pun
Malam ni makan onigiri dan minum susu je. Dah solat dan bersihkan diri,lebih kurang 1030 malam aku tidur dengan nyenyaknya. Maklumlah penat berjalan seharian,naik train pun semua jalan kaki. Pemilihan kasut yg ringan,tapak lembut,leather lebih selesa la,pastikan pakai stoking. Kalau kasut tak selesa nanti akan menganggu perjalanan kita,susahkan org lain menunggu kita dn jadi tak seronok. Belanja lebih utk mendapatkan kasut yg selesa dan sesuai.
No comments:
Post a Comment