Thursday, 7 January 2016

Percutian ke Osaka Jepun 3(Port of Osaka)



Selepas Istana Osaka perjalanan diteruskan ke :
1.Port of Osaka
2.Santa Maria Cruise
3.Tempozan Giant Ferris Wheel
4.Umeda Sky Building


3.30 petang di sini..sejuk sangat masa ni,berdoa agar tak hujan lebat...

Perjalanan hari ini menggunakan kad subway khas utk semua tempat pelancongan yang kami lawati,nilainya 232 yen,lebih jimat.


Posing sakan dengan payung hotel...walaupun kesejukan tapi tetap semangat


Kami akan menaiki Santa Maria Cruise sebentar lagi 


Kapal yang mempunyai reka bentuk menarik dan antik. 


Dah di atas kapal


Bahagian atas kapal,duduk je di mana2 tempat yang kosong..biasanya orang tak duduk satu tempat je


Hujan dah turun masa kat atas ni


Masih sempat berselfie lagi walaupun hujan


Sejuk..angin bertiup manja masa ni. 45 minit je pelayaran cruise ni.


Tu dia Tempozan Bridge dapat dilihat dari atas kapal


Penting bergambar kenangan 


Kak emma membetulkan posisi kaki,dia memang ada banyak idea nak bergaya


Hasil ajaran kak emma tadi hahahah


Sejuk...baju hangat ada kat dalam...ni pun dah menggigil


Nak naik Tempozan Giant Ferris Wheel 
Tertinggi di dunia dengan diameter 100 meter,ketinggian 112.5 meter dan ada 60 tempat duduk.


Dah malam...kita boleh melihat pemandangan sekitar Tempozan Harbour Village,Jambatan Akashi,Gunung Rokko dan Bandar Osaka.


Orang duduk diam2 tapi kami sibuk bergambar je


Cable car yang selesa



Turun je terus beli air jagung...haus sangat harga 100 yen


Nak ke Umeda Sky Building


Sebelum naik ke Umeda Sky Building



Fawwal pun nak bergaya jugak


Orang ramai je kat mana-mana


Sekitar bangunan banyak pokok yg dihiasi dengan lampu...bersinar2 dari jauh


Pokok dihiasi lampu berwarna warni


Cantik bersinar-sinar..alhamdulillah aku dapat melihat semua ni,di negara impianku sejak kecil lagi


Tour guide kami..orang Sabah
Naik basikal pun boleh


Orang Jepun kuat berjalan...dah tua2 pun masih laju berjalan


Peta bangunan umeda


Cahaya lampu yang gemerlapan...kaki dah penat tapi tetap semangat




Kawasan sekitar Umeda Sky Building






Umeda Sky Building menjadi ikon  yang terkenal di Osaka.




Umeda Sky Building....





Replika Umeda Sky Building




Di dalam lif



Pemandangan dari dalam lif


Gunakan escalator..memang gayat sebab tinggi sangat.Syukur dalam terowong berkaca..



sempatkan jugak la berselfie....


Pemandangan bandar Osaka dari atas Floating Garden Observatory


Inilah terowong escalator yang kami lalui tadi


Sejuk sangat di atas ni


170 meter





Tour guide..Pembalikan cahaya batu-batu kecil di lantai







Turun gunakan escalator..letih sangat dah ni.Kesejukan membuatkan perutku berkeroncong minta diisi.



LAPAR....Restoran ni ada bendera Malaysia,dimiliki oleh rakyat Malaysia.Tapi ramai orang di dalamnya.Tak dapat masuk nak menjamu selera.


Kami tengok dari luar je la..balik hotel ajelah ada lagi makanan nasi berahim pun ada,roti dan susu.


Ini dia platform pemerhatian yang menghubungkan kedua-dua menara bangunan ...bumbungnya bentuk donut yang memberikan pandangan 360 darjah. Memang bestlah...nak pergi lagi waktu siang kalau berpeluang melancong ke Osaka.

1 comment: