Hari ketiga di Osaka....kami ke Istana Osaka...Osaka Castle yang menjadi bangunan peninggalan sejarah pemerintahan maharaja Jepun.
Dah nak winter...musim luruh nak berakhir dah...
Daun kering yang berguguran dengan udara sejuk....brrrr
Bergambar dengan kakak2 dn makcik2..sian juga ada yang macam tak larat nak berjalan. Backpackers macam ginilah...jalan mesti kuat dan cepat,makan dan tidur tu takde nak selesa sangat. Penting boleh tido nyenyak,lapar sikit takpe ada bawa bekal sendiri.
Keluar dari subway terus jalan...jalan kaki je. Penting kasut yg ringan dan sesuai,tak payah bergaya dengan kasut tinggi ...keselesaan tu penting,bawa backpack utk mengisi air mineral,coklat atau apa sahaja makanan..sejuk2 ni kerap lapar.Tisu basahjangan lupa bawa kemudian telekung.
Jangan takut sesat..tengok je signboard dan map.. Bagi sebulan rasanya aku boleh cekap dengan laluan subway tu,tapi kena pandai cakap bahasa Jepun la. Mereka tak gunakan sangat bahasa inggeris ni...walaupun tau mereka lebih menghargai bahasa sendiri. Kita bagaimana?
Kejadian menarik juga di taman ni aku melihat sendiri seorang gadis dengan anjingnya yg membuang najis di atas rumput. Gadis tu gunakan plastik utk mengambil najis kemudian memasukkan plastik tadi ke dalam handbag. Kagum aku melihatnya...dah la cantik bergaya tapi tak jijik pun ambil najis tadi...tong sampah tiada masa tu jadi masukkan dlm handbag dulu. Betullah org Jepun ni bukan saja jujur tapi pembersih juga.
Pihak hotel memberi kami pinjam sekaki payung setiap seorang,laporan cuaca mengatakan hujan hari ni...Fawwal tertinggal payung sebab asyik bergambar,aku kata mesti dapat nanti,dua jam di dalam istana tu bila dicari payung masih ada lagi..betul jujurlah org Jepun ni. Payung tak hilang walaupun hujan renyai masa tu
Teruja dengan pokok2 berwarna warni
Taman istana Osaka..lebih setengah jam posing di sini
Baru pintu masuk yang pertama,awek Jepun ke ntah dari mana masing2 berfesyen retis je
Selfie dengan tour guide
Air paritnya bersih je tak berbau
Musim luruh hampir berakhir tapi masih ada lagi pokok berdaun cantik hijau kekuningan dan kemerahan
Parit di sekeliling istana,pakai baju dua lapis..sejuk dah ni.
Taman Istana Osaka,jauh lagi berjalan...hilangkan penat dengan ambil gambar.
Istana Osaka dimanfaatkan sebagai istana sekaligus benteng sejak zaman Azuchi Momoyama hingga zaman Edo. Istana Osaka yang ada sekarang terdiri dari menara utama yang dilindungi oleh dua lapis tembok tinggi yang dikelilingi oleh dua lapis parit, parit bagian dalam (Uchibori) dan parit bagian luar (Sotobori). Air yang digunakan untuk mengaliri parit istana diambil dari Sungai Yodo mengalir di sebelah utara Istana Osaka.
Muzium di luar kawasan istana. Sebelum masuk ke istana ni aku bergambar dengan menggunakan pakaian Jepun di depan istana. Kak Emma join sekali,harga gambar dan sewa pakaian lebih kurang 5000 yen
Ada lif disediakan tapi kena beratur panjang. Kami guna tangga sahaja sehingga ke tingkat lapan...fuhhh rugi kakau tak naik ni ,nak datang ke sini bukannya senang kan
Selamat ke tingkat terakhir dengan semput mengah sekali...melihat ke bawah ada taman istana,jauh di hadapan tu bandar Osaka dengan bangunan pencakar langit.
Aku beli poskad je dengan harga 1500 yen,dapat 16 keping poskad. Penat dah turun melepak pulak sambil ambil gambar lagi.
Di luar istana ada banyak kedai cenderamata. Dompet daripada kain cotton Jepun..colourful..manalah aku minat benda gini..
No comments:
Post a Comment