Thursday, 7 January 2016

Percutian ke Osaka Jepun 4

Hari ke-4 di Osaka,keluar lebih awal pada jam 8.30 pagi.Pagi ni makan onigiri tuna lagi.Minum air mineral je,tak lalu dah nak minum susu.


Suasana pagi di stesen kereta api bawah tanah


Jauh perjalanan hari ni menaiki dua subway,yang kedua ni lebih kurang satu jam.


Syukur dapat tempat duduk.Boleh la senyum gembira nak selfie


Sampai akhirnya ke Arashiyama yang terletak di pinggir barat daya Kyoto.


Suka ambik gambar signboard


Lampu gantung di stesen ni unik...ada ciri-ciri tradisional


Hankyu Arashiyama Station


Ada signboard je di situlah aku...bukti bergambar ni



Memang cantik kawasan sekitar ni...wahhh air di mana-mana sahaja.Damainya dengan udara yang cukup sejuk tapi tak sampai menggigil la.Pakai baju 3 lapis tu.


Pokok berdaun merah ni menjadi tumpuan kami untuk bergambar.Terpisah la daripada group besar.Nak tunggu pun susah..tour guide pening la macam2 kerenah kami ni.Masa untuk bergambar mesti ada.Kalau ada kamera khas utk semua daripada travel agent ni aku rasa banyak kebaikannya.Penjimatan masa dan kekacauan emosi dapat dikurangkan hahahha


Apakah yang ditulis tu...


Syioknya kat sini...nak lepak lama2 sambil makan2 tapi tak sempat la.Tujuan nak ke Hutan Buluh.


Gadis yg memakai kimono pasti menjadi tumpuan pelancong.Lihatlah pokok tanpa daun...sangat indah dengan air sungai mengalir lesu di hadapannya.


Syukur ya Allah..Kau berikan kesempatan untukku ke sini,menyaksikan kebesaranMu


Matahari sudah menampakkan dirinya namun udara tetap sejuk menyamankan...


Batu-batu sungai...kalau winter mesti putih dengan salji ni...rasa nak buka kasut kemudian main air.Mesti sejuk sangat ni.


Masa sangat mencemburui untuk berada lama-lama di sini


Kedai makanan di Jepun ni akan mempamerkan sample makanan yg dah siap...getah tu bukannya betul ye..pelanggan mendapat gambaran awal rupa bentuk makanan yang bakal mereka beli.


Para pelayan dan penyedia makanan,mereka akan berpakaian kemas,bertopi dan murah dengan senyuman


Pemandu bas di Jepun macam pemandu bas Rapid KL je kan


Jalan kaki melalui lori yang membawa muatan minuman jenama Asahi..popular kat sini,minuman beralkohol


Aku memang teruja dengan lori sampah di Jepun ni...warna putih,bersih dan tak berbau.Lalu kat sebelah aku je pun,tak nampak pulak air sampah yg busuk tu meleleh.Senyum je pakcik tu agaknya dia ingat aku saja ambik gambarnya hahahha


Kereta persendirian kurang digunakan di sini.Kebanyakannya memilih kenderaan awam seperti subway dan bas.Teksi utk perjalanan dekat sahaja.



Dah sampai di kawasan hutan buluh,ada pulak rumah tradisional rakyat Jepun


Apa tu nama pengangkutan lama yg pernah digunakan di Malaysia?Lanca?Ditarik oleh pemuda yg muda dn memang tampan,badan sado serta berpakaian kemas.


Kiri kanan jalan ada rumah,kedai makanan dan guest house.


Akhirnya dapat bergambar dengan gadis Jepun berpakaian kimono.


Nak selit jugak gambar dalam bas.


Ramainya la manusia berpusu-pusu nak masuk ke kawasan hutan buluh yang popular tu.Ada je tempat menjual aiskrim.Aku ni pantang nampak aiskrim je mesti nak beli.Tapi takut tak halal jadi disabarkan sahaja.



Itu dia..Hutan Buluh..semula jadi dan sangat cantik.Terdapat beribu-ribu batang buluh yang tumbuh subur sejak dahulu kala.


Batang buluh ini berada dalam satu susunan yang sangat cantik dan kemas sejak ditemui sekitar 700 tahun lalu.


Ada duit lebih boleh la sewa lanca ni....aku berjalan je.Itupun dah seronok sangat.Apa taknya,tempat cantik dan udara sangat nyaman.


Bergambar puas-puas....entah bila akan ke sini lagi


Kalau berjalan malam di kawasan ni mesti menyeramkan



Ni kuil lama yang menjadi tumpuan penduduk tempatan juga pelancong.Di sini mereka boleh meminta apa-apa hajat...mengikut kepercayaan mereka banyak nasib buruk dapat diubah selepas itu


Penat berjalan...tiba masa kita makan mi udon...tiada minyak meragukan...halal



Para pekerja sibuk memasak di dapur.Tak sampai 10 minit dah siap makanan yg dipesan.


Aiskrim vanila yg aku makan selepas menghabiskan semangkuk mi udon.
Harga aiskrim 350 yen sahaja.Ada pelbagai perisa lain seperti coklat,strawberi,green tea dll


Taman berhampiran rel kereta api...uniknya ada tiang berilustrasi yang disusun dengan cantik.Dinding pagar dibuat daripada buluh. Tempat ini juga dijadikan ruangan solat oleh rakan2 travel aku.Ambil wuduk dalam tandas.Susah nak jumpa surau kat Jepun ni khususnya kawasan pelancongan.Pandai-pandai kitalah mencari tempat yg bersih dan sesuai.


Bergambar lah apalagi


Pergi perkampungan tradisional di Kyoto


Sana sini bangunan dan rumah tradisional masyarakat Jepun yang masih dikekalkan


Sumber tarikan pelancongan


Teringat rumah Oshin,drama popular Jepun masa aku sekolah rendah dulu


Ada juga kedai makan dn khas minuman teh pelbagai perisa.


Kak Emma kata macam rumah Nobita...lama betul ambik gambar di sini,nak dapatkan pose yg sesuai


Perjalanan balik dapat melihat subway dua tingkat...canggih dan moden


Sempat pergi ke kuil popular di Kyoto ni..Kuil Seribu Tiang.Tak masuk ke kawasan yg lebih jauh sebab gelap dn menyeramkan.Kalau siang boleh la ambik gambar banyak2 di sini.


Banyak kedai menjual makanan di sekitar jalan menuju ke kuil


Gerai makanan pun ada juga...tapi hanya mampu tengok sebab takut tak halal


Luas kawasan kuil ni bertingkat-tingkat dan tak mampu nak menjelajah lebih jauh



Khusyuk orang Jepun ni membaca buku walaupun berdiri.Telefon pun membaca juga atau mesej.Mereka senyap je masing-masing dengan hal sendiri


Pakcik Jepun ni lelapkan mata je,penat dah bekerja,pulang malam,esok pagi2 lagi dah keluar..
Yang penting kenangan hari ini di Hutan Buluh Sagano menjadi ingatan indah dalam hidupku.

No comments:

Post a Comment