Bismillahirrahmanirrahim......Assalamualaikum kepada yang membaca blog ini.Percutian ke Osaka,Jepun telah berlalu pada 26 November 2015 baru-baru ini.Aku merancang sejak bulan Jun lagi.Sejak zaman sekolah rendah lagi bercita-cita hendak ke Jepun yang merupakan sebuah negara maju dengan teknologinya yang canggih juga terkenal dengan sikap positif rakyatnya dalam pelbagai perkara. Keinginan itu lama terpendam sehinggalah aku menemui laman di facebook tentang percutian bajet ke Osaka yang di kendalikan oleh rakyat Malaysia iaitu laman Jom ke Jepun.Harga yang dikenakan untuk seorang ialah RM2,000 termasuk penginapan,pengangkutan dan tiket masuk.Tiket flight diuruskan sendiri begitu juga makan minum atas tanggungjawab sendiri.Aku melihat maklum balas orang lain yang pernah menggunakan perkhidmatan organisasi ini,selepas yakin dan percaya aku terus menghantar mesej dan memasukkan deposit berjumlah RM500.00 manakala bakinya akan dibayar 2 minggu sebelum tarikh berlepas.Dalam tempoh menunggu ke Jepun itu aku sempat ke Bukit Tinggi Indonesia pada bulan Ogos,Malang Jawa Timur pada September 2015.Hanya Oktober aku berehat dan membuat persiapan ke Jepun.Kesibukan kerja dan travel membuatkan aku tidak menghubungi organisasi yang menguruskan Jom ke Jepun.Bulan November aku memasukkan jumlah terakhir iaitu RM1,500.00 melalui bank-in.Makluman wang selamat diterima melegakan aku.Lagi seminggu tarikh berangkat ke Osaka,barulah debaran makin terasa. Aku cuba menghubungi pengurusan tapi mesej tak berjawab,call juga tak diangkat,barulah waktu itu aku rasa nak demam,seharian tak lalu makan selepas bersabar selama 2 hari.Aku maklumkan perkara ini kepada Akma dan dia telah menyiasat....aku rasa macam kena tipu ke ni,rasa nak pitam pun ada juga. Akma telah bertanya dengan backpackers melalui fb sama ada betul wujud pengurusan ke Osaka dan mendapat maklum balas positif bahawa mereka yg menguruskan telah berada di Jepun dan kemungkinan tiada line untuk berhubung malah mereka juga sudah biasa membawa rakyat Malaysia ke Jepun.Fuhhh lega hati aku dan barulah boleh makan dengan tenang.Terima kasih Akma kerana banyak menolong dari awal sehinggalah kembali ke Malaysia semula.Tiket flight aku agak mahal juga iaitu RM1950 termasuk makan minum pergi balik dan baggage 20kg,insurans juga.Wang sudah ditukar sebulan lebih awal dan aku membawa 60,000 yen sahaja-duit Malaysia kira-kira RM2150.00 waktu itu.Aku membuat penukaran di money changer Mid Valley,Kuala Lumpur.Cukuplah untuk makan dan membeli sedikit ole-ole,lagipun tujuan asal ke Osaka Jepun adalah untuk melihat pemandangan dan merasai pengalaman budaya di sana.
Aku menerima mesej daripada pengurus Jom ke Jepun tentang tour guide yang akan menunggu di airport Osaka.
21 November 2015 tarikh yang dinantikan dengan penuh debaran akhirnya menjadi kenyataan.Aku sampai di KLIA 2 .Flight ke Osaka pada jam 3 petang.2 petang dah masuk ke P8,Tawakal sahajalah sorang2 dari KLIA2 ni.Aku tak call Kak Fatimah yang ikut trip ni juga.
Sayonara ..jumpa lagi
Resit pembayaran makan tengah hari di Bumbu Desa KLIA2,hmmm tak mengikut selera,makan tak habis pun.
Tempat duduk 44A,tepi tingkap.Duduk sorang2,takde partner..takpelah happy je.Pesawat berlepas jam 3.10 petang.Ada beberapa kali bergegar sebab melanggar awan.
Nasi lemak ni dah selalu makan bila naik Air Asia.Boleh tahan rasanya.
Selamat tiba di Osaka Jepun..hampir 7 jam di dalam pesawat. Tidur pun tak begitu lena. Masih belum jumpa geng yg sama lagi.
Lega dah dapat jumpa dgn geng,tak berapa nak bersembang lagi sebab sangat penat dlm pesawat td....nak jumpa tilam dn bantal.
Jalan lebih kurang 10 minit ke hotel kami.
No comments:
Post a Comment