Terletak di kawasan Gunung Keriang . Bangunannya yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan disekelilingnya. Bernilai lebih RM24 juta didirikan di atas tanah seluas 12,000 meter persegi.
Muzium Padi merupakan muzium seumpamanya yang pertama dibina Malaysia, dan muzium keempat dibuka di dunia selepas negara Jepun, Jerman dan Filipina.
Seni bina unik Muzium Padi mewakili tangkai beras yang dituai. Motif beras diulang menerusi ukiran bangunan, pemegang tangga, pintu pagar muzium dan pagar.
Muzium ini mempamerkan proses penanaman padi di Malaysia dan pelbagai peralatan yang telah digunakan selama ini. Sejarah penanaman padi di Malaysia dapat disaksikan melalui lukisan mural yang dihasilkan oleh 60 orang pelukis dari Korea Utara.
Mengangkat martabat sejarah, budaya dan kepentingan penanaman padi di Kedah, muzium ini dibina bagi memperingati para pesawah yang bekerja keras membanting tulang bagi memastikan bekalan beras mencukupi di negara ini.
Aras pertama terletaknya pejabat pentadbiran dan bilik mesyuarat. Di sini juga terdapat kedai cenderamata , kaunter tiket dan ruangan pameran. Pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi Kedah, meninjau koleksi variati-variati padi dan melihat alatan-alatan persawahan tradisional seperti onak, renggam, kapok, tenggiling dan lain-lain.
Aras kedua menpunyai 6 bilik mini galeri dengan keluasan 2,288 meter persegi, memuatkan lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti-aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga ke zaman sekarang. Terdapat juga sebuah lukisan yang menggunakan teknik semburan batu kristal yang pasti membuat anda terpesona dan pada mereka yang ingin menambah pengetahuan.
Dokumentari mengenai kaedah penanaman padi yang ditayangkan setiap hari dan dari aras dua ini juga pengunjung boleh melihat aktiviti-aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai.
Aras ketiga pula merupakan laluan menerusi anak tangga menuju ke ruang dewan . Di sini terdapat ruang tempat duduk berputar dengan kapasiti 40 pengunjung. Pengunjung pastinya akan terpegun melihat panorama tanaman padi pada satu musim dalam bentuk mural dan lanskap di mana mural ini mempunyai ketinggian lapan meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia.
Ruang pemerhatian di aras ini boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu masa dan terletak di atas platform berputar Pengunjung perlu mendaki 59 anak tangga di mana boleh sampai kepuncak Gunung Keriang dan di sini pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang.
Perjalanan kembara pada 7 Jun 2013. Best Muzium Padi ni lebih-lebih lagi platform berputar ni konon kami di atas Gunung Keriang la melihat keseluruhan negeri Kedah.
Di dalam bangunan ini terdapat artifak-artifak penanaman padi kaedah baru dan lama. Para pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana padi di tanam. Alatan-alatan yang digunakan juga dipamerkan untuk para pengunjung. Dimana muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.
Tak dapat lama-lama di sini
Gambar yang diambil ketika di atas platform berputar tu. Bayaran RM10.00 untuk gambar siap terus ni.
Berbagai-bagai jenis barangan seperti baju T, alat tulis, karaftangan yang berkaitan dengan padi disediakan di sini untuk dijadikan sebagai buah tangan dan makanan ringan, kuih tradisi Kedah yang berasaskan padi seperti karas, sagon, emping, kuih loyang yang sudah semestinya dihasilkan oleh orang tempatan.
Bagi yang ingin mencuba pengalaman baru, bolehlah belajar memukul (membanting) padi dan menumbuk padi di sini dan untuk penggemar ikan, boleh juga melihat alat-alat menangkap ikan yang hampir pupus, antaranya sepila, tuar, bubu serta tangkul di samping boleh mengenali ikan-ikan seperti puyu, haruan, keli dan bermacam-macam lagi.
Kami makan tengah hari di kedai makan berhampiran Muzium Padi ni. Perjalanan seterusnya hari ini ke Candi Lembah Bujang.
No comments:
Post a Comment