Thursday, 3 September 2015

TAMAN MELATI,PERLIS



Tasik Melati kini merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di negeri Perlis yang sentiasa menjadi tumpuan bagi aktiviti riadah dan rekreasi keluarga. Tasik ini terletak di Jalan Santan, 10 KM dari Bandar Kangar. Pada asalnya Tasik Melati adalah sebuah tasik atau paya terbiar dipenuhi tumbuhan liar dinamakan kercit.





Tasik ini tidak pernah kering airnya dan menjadi sumber air utama kepada petani untuk kegiatan pertanian
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mula membangunkan paya ini pada tahun 1977 dengan membina ban utama bagi meninggikan paras air untuk membekalkan air ke kawasan tanaman padi seluas 350 ekar.




Bermula tahun 2001, kerajaan negeri telah menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada JPS untuk perlaksanaan infrastruktur, penyelenggaraan dan pengurusan keseluruhan kawasan Tasik Melati seluas 80 ekar. Kini kawasan ini dikenali sebagai Taman Rekreasi Tasik Melati dengan penyediaan pelbagai kemudahan seperti wakaf rehat, taman permainan kanak-kanak, trek jogging, tandas, surau, tempat letak kereta, dan landskap indah.






Sahabatku juga menemani perjalanan lawatan sambil belajar ini.


Catatan perjalanan pada tahun 2013,ketika itu sahabatku ini masih sihat dan kuat berjalan.


Seorang yang kuat dan tabah.



Cuaca panas terik waktu ini.Ada majlis perkahwinan ketika bas kami sampai.


Sahabatku suka mengambil gambar dengan kamera barunya.



Kesian Saiful sudah kepenatan.













Kalau menikmati keindahan alam di sini sebaik-baiknya pergi pada waktu pagi atau petang selepas asar.



No comments:

Post a Comment