Thursday, 3 September 2015

GUA KELAM,PERLIS

Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis, Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.




Lawatan sambil belajar ke Perlis yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah SMK Sungai Burong pada 23-25 Mac 2013


Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.



Suasana di dalam gua






En Saiful Amran,pembantu perpustakaan juga pembantu am rendah



Adip Ong sekarang sudah tingkatan 4



Ada air terjun di sekitar gua ini, kami tak sempat mandi


Seronok melihat orang lain mandi manda




Yusof sekarang tingkatan 4


Kak Lim masa ni masih sihat lagi


Batu kapur




Shafiq Rusle,ketua pengawas pusat sumber 2013-2014









Kami ke Wang Kelian,Thailand selepas keluar dari Gua Kelam. Penat berjalan mendaki jalan berbukit,semput aku tak larat. Ada kejadian tak diingini berlaku apabila pintu bas bergesel dengan jalan ketika melalui selekoh,pintu tercabut. Pemandu bas,Wan seorang India Muslim telah memasang semula pintu itu.


Pertama kali aku masuk ke sempadan Thailand ni. Banyak kali pesan dengan murid supaya berhati-hati dan berjalan secara berkumpulan.


Tak semua gerai aku dapat tengok. Dah penat sangat berjalan.






Sekadar membeli makanan ringan seperti keropok dan sotong bergula. Key chain pun ada juga.


Banyak pakaian dan peralatan dapur


Gambar diambil ketika di dalam bas


Di dalam bas 


Pemandangan sawah padi di negeri Perlis





No comments:

Post a Comment