Thursday, 3 September 2015

MENARA ALOR SETAR

Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor SetarKedahMalaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysiayang menelan kos RM40 juta.
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur.
Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan RamadhanSyawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan RamadhanHari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki rekabentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.
Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul HalimBalai Nobat, Balai Besar, Masjid ZahirBalai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.


Tiket untuk ke dek pemerhatian bernilai RM 6 bagi orang dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak ( harga tertaluk kepada perubahan). Kedai cenderamata di tingkat ini memastikan pemandangan memukau dapat dijadikan buah tangan yang boleh dibawa pulang.


Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Dari Kuala Lumpur, ikut Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), tuju ke arah utara menuju Kedah. Keluar di persimpangan Alor Setar memasuki Alor Setar yang terletak hanya 4km sahaja dari persimpangan keluar PLUS. Menara Alor Setar terletak di tengah-tengah pusat bandar Alor Setar, di simpang utama Lebuh Raya Darul Aman dan Istana Bersejarah.


Kereta Api
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalankan perkhidmatan kereta api biasa dari Kuala Lumpur ke Alor Setar di Kedah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.ktmb.com.my atau hubungi KTMB di talian +603-227 47435.

Beli air dan key chain di kiosk ni




Arina sedang meneropong bandar Alor Setar





Perjalanan kami ini pada 6 Jun 2013,jam 4 petang. Selepas itu terus check in Hotel Putra yang dimiliki oleh anak Tunku Abdul Rahman Putra al Haj,Bapa Kemerdekaan Malaysia. 5 Jun 2013 di Pulau Pinang,6-7 Jun 2013 di Kedah

No comments:

Post a Comment