Thursday, 29 October 2015

OMAH KAYU DI BATU MALANG,JAWA TIMUR


Kota Batu,Malang,Jawa Timur pada 22 September 2015 merupakan kunjungan kali kedua ke kota ini selepas kali pertama pada Jun tahun yang sama.Aku dan keluarga Ratna menginap di Batu Villa selama 3 hari 2 malam.Hari ini merupakan hari terakhir di Batu.Selepas check out villa,kami bertolak ke Omah Kayu.Tempat pelancongan yang masih baru di Batu.Kunjungan ke sini merupakan cadangan daripada Ratna.


Hanya kira-kira 20 minit perjalanan ke sini dari Batu Villa.Kenderaan MPV yang disewa melalui kawasan berbukit dengan pokok-pokok menghijau,pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan kami.

Paralayang bermaksud Paragliding seperti yang terdapat di bandar Jugra Klang.


Pokok tirus yang ditanam dengan teratur ,kawasan ini dijaga dengan baik.Masuk harus membayar Rp5000.


Pondok pengawal keselamatan


Tempat tiket Rp5000 seorang.Aku Ratna,ibu dan bapak,Amel serta Putri sahaja yang masuk,yg lain sudah pulang ke Malang dengan suami masing-masing.


Sempat mengambil gambar tiket masuk ke Gunung Banyak ini dari dalam kereta.


Tempat menyimpan helmet penunggang motosikal.


Ada kedai makan dan surau.


Laluan bertangga batu.Tanah agak berdebu.Cuaca baik walaupun kelihatan panas tetapi udara sejuk menerpa lembut.


Pondok untuk pengunjung melihat aktiviti paralayang@paragliding.


Alhamdulillah perjalanan selamat sampai ke destinasi yang dirancang.


Ratna terus mengambil gambar apabila turun dari kereta.


Iklan paralayang yang diikat pada tiang pondok.


Nun di sana aktiviti paragliding sedang dijalankan.


Kawasan yang indah dengan pokok-pokok menghijau.


Cuaca seperti berkabus kerana udara yang sejuk.


Aku dan Ratna bergambar dahulu di hadapan papan tanda Omah Kayu.


Berjalan tak sampai 5 minit pun dengan pokok-pokok menghijau di kiri dan kanan laluan pejalan kaki ini.


Pintu masuk ke Omah Kayu.


Peraturan Omah Kayu


Pintu pagar ke Omah Kayu.Kawasan ini ditutup untuk kunjungan pada jam 5.00 petang.


Reception Omah Kayu.Bayar lagi Rp5000 seorang sebelum masuk.


Design daripada kayu juga.


Info untuk pengunjung.


Tempat peralatan 


Tumbuhan hutan yang dilabelkan.


Barangan tembikar dipamerkan.


Matikan ponsel...telefon bimbit la maksudnya hehe harus dimatikan ketika hujan,kenapa ??Boleh terkena renjatan elektrik nanti.


Laluan bertingkat dengan batu dan kayu.


Tempat meninjau dan berehat yang bertangga ini dibina pada batang pokok.Maksimum 3 orang sahaja di atasnya bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.


Cantik dan menyegarkan.


Boleh melihat kota Batu dari atas Gunung Banyak ini.


best memang menarik


Laluan pejalan kaki diletakkan buluh supaya tanah tidak mengalami hakisan pada musim hujan.Ratna seronok mengambil gambar dengan pemandangan yang indah ini.


Ibu Ratna juga seronok bergambar di pangkin kayu pokok...omah kayu.


Boleh bermalam di sini.Tilam dan selimut yang disediakan di dalam bilik.


Bilik dari sudut luar


Tong sampah yang dicat pelbagai warna.


Putri seronok bergambar.


Pondok yang boleh disewa untuk bermalam,


Omah kayu yang dibina mengadap kota Batu.


Aktiviti Paragliding boleh dilihat dengan jelas dari sini.


Boleh bermalam dengan kadar Rp 300,000 pada hari biasa dan Rp450,00 pada hujung minggu.
Tandas tidak disediakan di dalam bilik.Ada dua tandas di luar yang boleh digunakan oleh pengunjung.


Laluan berpemegang kayu untuk keselamatan


Pilihlah mana-mana omah kayu yang masih kosong untuk duduk bersantai,masa tidak terhad untuk setiap orang.Jika mahu mencari ilham menulis atau melukis pemandangan juga amat sesuai dilaksanakan di sini.


Mungkin jika ada peluang mahu bermalam di sini dan dapat mendengarkan kicauan burung juga unggas hutan.


Lebih kurang satu jam sahaja di sini memandangkan masing-masing sudah letih selepas dua hari berlibur di sekitar Kota Batu.Kenangan perjalanan silaturahim antara aku dan keluarga Ratna ini berjalan dengan baik malah segala yang kami rancang hampir sempurna.Syukur alhamdulillah atas rezeki yang diberikan ini.


Perkenalan antara kita adalah dengan izin-Nya.Hikmah yang tersembunyi terlalu banyak,semoga saling menghargai dan bersyukur dengan nikmat Ilahi.

No comments:

Post a Comment