Assalamualaikum...
Lamanya tak buka blog ni,sibuk dengan kerja dan kegilaan photobook sejak akhir-akhir ni.Aku pergi ke Batu Secret Zoo di Batu,Jawa Timur Indonesia ni pada 20 September 2015 (Ahad). Bulan Jun yang lalu tak sempat ke sini kerana aku memilih Eco Green Park disebabkan kesuntukan masa untuk hendak ke Surabaya.Kali ni aku ditemani oleh keluarga Ratna juga iaitu ayah dan ibu Ratna,makcik dan dua orang anak lelakinya,kakak ipar dan Amel anaknya serta sepupu Ratna,Putri Larasti.Bertolak jam 8.30 pagi dari Desa Dengkol,Singosari iaitu rumah Ratna.Aku sampai di rumah sejak semalam lagi,dijemput di Surabaya Airport dengan mobil.
Bangun seawal 4.00 pagi untuk solat Subuh,nak mandi awal terlalu sejuk di Singosari ni,tidur malam pun menggigil...mandi dengan air panas baru lega sikit.Lebih kurang jam 9.45 pagi kami dah sampai di pekarangan zoo ini,hari ini van dipandu oleh Pak Saiful,kelmarin di Surabaya lain pula pemandunya iaitu Pak Rifae.
POSING DULU SEBELUM BELI TIKET
RATNA DAN KELUARGANYA.AKU TUKANG AMBIK GAMBAR
LAMA KUIDAMKAN NAK MASUK KE BATU SECRET ZOO NI.
Tiket Rp 105,000 seorang,bawah 85cm tak perlu bayar.Aziz anak makcik Ratna sahaja yang tak perlu beli tiket.Pengunjung ramai hari minggu ni.Tiket yang dibeli tu boleh masuk Museum Satwa juga.Kalau hari Isnin-Khamis hanya Rp 75,000 seorang.Kalau mahu 3 tempat wisata termasuk Eco Green Park atau The Bagong Adventure (Museum Tubuh) hanya tambahkan Rp10,000 (weekday) dan Rp 20,000 (weekend).
Cukuplah dua sahaja kerana zoo ini pun dah cukup luas perlu sehari untuk memuaskan mata menikmati segala yang ada di dalamnya.Dulu pergi Eco Green Park rasa tak cukup masa,nak cepat-cepat keluar kerana mahu bertolak balik ke Surabaya.
Itu dia penuh sesak dan terpaksa beratur panjang.Ramai yang datang membawa anak kecil,biasalah zoo kan pasti menjadi tumpuan keluarga yang ada anak kecil.Tapi aku tetap suka ke tempat begini,suka melihat haiwan yang comel-comel hehehe.
Kalau nak masuk ke 7 tempat wisata dengan harga pakej sakti pun boleh juga..hanya Rp 275,000 selama 2 hari,boleh la menginap di hotel berhampiran iaitu Hotel Pohon Inn bersebelahan dengan zoo ni.Wah 2 hari tu memang puas hati la dan pandai-pandailah agihkan masa nak ke tempat berikut:-
1.Batu Secret Zoo
2.Eco Green Park - belajar sains dan teknologi melalui haiwan,kitar semula,tumbuh-tumbuhan
3.Museum Satwa - fosil,binatang yang diawet
4.The Bagong Adventure(museum tubuh)
5.Museum Angkut -banyak kenderaan
6.BNS (Batu Night Spectacular)- macam funfair la banyak alat mainan
7.Jawa Timur Park 1 - ada haiwan dan tempat rekreasi
Alat yang digunakan untuk mengukur ketinggian kanak-kanak,bawah 85cm sahaja percuma ye.Lebih daripada tu akan dikenakan bayaran sama seperti orang dewasa juga.
Hari ini Ratna jadi jurugambar dengan kamera dslr baharu Nikon. Gembira melihat aksinya dengan kamera baharu.
Gambar ini diambil dari tingkat atas ketika mula-mula memasuki pintu utama.Agak sesak di bahagian ini kerana laluan agak sempit.
Laluan pertama apabila masuk ke zoo
Kura-kura gergasi yang berumur ratusan tahun.Ada 3 ekor.Geli pulak tengok lama-lama.
Keluarga Ratna dah penat berjalan terus rehat makan bekalan yang dibawa. Aku ajak Ratna masuk ke akuarium nak tengok hidupan laut.
Tak penat berjalan kan
Pelbagai barang hiasan tentang kebudayaan masyarakat
Masuk rumah hantu ni best....geli hati sangat bila Ratna menggigil masuk rumah hantu ni,aku ketawa je dari awal masuk sampai keluar.
Hilang seram dan takut sebab Ratna menggigil.
Dah puas ketawa tadi kami naik Animal Coaster pulak....aku duduk di depan dan Ratna di belakang...hahahaha ni memang pucat muka la...kalau ada sakit jantung tu tak payah berangan nak naik ni.Padan muka aku tadi berlagak sangat masuk rumah hantu
Masuk Jelajah 5 Benua dengan kereta api yg disediakan di dalam bangunan ni
Laluan keluar,Ratna masih sibuk dengan kameranya
Tak sempat nak baca jadi aku ambil gambar je dulu
Ya kami nak keluar dah,yg lain masih di belakang.Kami berdua keluar dulu.
Semoga kenangan indah ini jadi ingatan pengukuh jalinan ukhuwah buat selamanya. Selepas ni kami akan masuk ke Museum Satwa pulak. Dekat je sebelah zoo ni. Tiket paket dengan museum.
No comments:
Post a Comment