Thursday, 8 October 2015

Hari pertama ke Padang-Bukit Tinggi Sumatera Barat

Hari pertama perjalanan ke Padang-Bukit Tinggi,Sumatera Barat Indonesia pada 14 Ogos 2015(Jumaat). Tarikh ini kupilih sendiri. Aku banyak membaca blog orang lain yang pernah berkunjung ke sini. Tiket Air Asia pergi balik RM 316. Tiada makanan pergi balik,hanya muatan 20kg waktu balik sahaja. Beg yang kubawa hanya satu dengan jumlah pakaian yang terhad. Travel solo tak perlu  membawa banyak barang.


Jam 3 pagi aku sudah berada di KLIA 2. Di depan kaunter  ada rumah Melayu yang menunjukkan sambutan hari raya. 


Berhadapan dengan kaunter daftar masuk,untuk ke Padang bermula jam 3.30 pagi. 


Tak sabar hendak masuk


Selesai daftar masuk. 


Sebelum ke gate L8 ada pemeriksaan lagi. Tapi hanya dibuka pada jam 4.30 pagi. Tunggu lagi. Aku duduk di lantai je.


Gate L8 yang akan kumasuki nanti. Tunggu jam 6.50 pagi baru boleh masuk.


Aku berehat di surau dahulu,mengaji dan solat. 


Ada seorang pekerja sudah lama terlena. Kuat sungguh dengkurannya.


Selfie le sorang2...,tak mengapalah yang penting perjalanan ini amat mengujakan
aku yang pertama kali travel secara solo ke luar negara. Di Malaysia sudah biasa memandu sendirian dari Selangor ke Johor,Pahang,Kedah atau Perlis.


Alhamdulillah sudah berada di dalam pesawat AK 403 ke Padang.Duduk di tepi tingkap. Sepatutnya 18B tapi penumpang 18A lambat masuk dan dia meminta aku duduk saja di tepi tingkap itu.


Dekat dengan sayap lagi...selalu dapat tempat di bahagian ini.


Akhirnya sampai juga ke Minangkabau International Airport pada jam 7.45 pagi waktu Indonesia atau jam 8.45 pagi waktu Malaysia. Aku disuruh mengisi borang laporan barang yang dibawa kerana di dalam pesawat tidak diberikan borang itu. Imigresen ini banyak tanya pulak,tiket balik ke Malaysia juga ditanya. 


Selesai saja dengan imigresen itu aku terlihat kiosk money changer...baik tukar di sini saja. Aku terlupa menukar wang semasa di KLIA 2. RM1k untuk idr 3 juta 350 ribu. Cukuplah itu dahulu kerana aku boleh menggunakan kad kredit yang sudah didaftarkan untuk ke luar negara sehingga tarikh balik,malah ATM kad juga sudah didaftarkan pada tarikh yang sama dan hanya diuruskan di mesin ATM sahaja. Jika kehabisan duit boleh keluarkan di mana2 ATM di sini. 


Tour guide yang juga pemandu sudah menunggu di luar. Inilah kereta Toyota Avanza yang akan kunaiki.


Aku meminta Firman mengambil gambar di depan airport. Bumbung Minangkabau itu memang menarik hatiku.


Ini dia Firman Hidayat dari 7 Lines Travel,aku mengetahui nombor telefonnya melalui blog orang lain. Sebelum itu ada 2 lagi travel agent yang aku survey,harga seorang yang ditawarkan oleh Firman lebih berpatutan maka aku menggunakan perkhidmatannya. Nombor telefon Firman  +62 823 9079 7959


Sudah di dalam van. Muka lapar. Selepas ini mau mencari kedai makan.


Restoran pertama untuk menjamah sarapan pagi di Padang. 

Aku makan nasi sup. Nasi putih dan sup daging. Air tak ambil sebab ada air mineral di dalam kereta. Tour guide minum kopi susu. Semuanya idr 33 ribu.

Pagi Jumaat sebelum ke tempat kerja orang Padang singgah bersarapan dahulu.

Pelbagai jenis menu ada,roti canai pun ada. Pemilik kedai makan ni macam mamak je.



Firman membantu mengeluarkan sim card telefon aku tu.,susah pulak takde alatnya. Nak beli sim card Indonesia hari ni. 
   
Hari pertama ini aku akan asingkan cerita mengikut tempatnya sebab terlalu banyak gambar yang       diambil.
1.Pantai Purus
2.Jambatan Siti Norbaya
3.Lembah Anai Air Mancur
4.Pusat Dokumentasi Rumah Minangkabau di Padang Panjang
5.Kedai kain sulam
6.Hotel Campago Bukit Tinggi West Sumatera Indonesia

No comments:

Post a Comment