Bismillahirrahmanirrohim...alhamdulillah percutian kali kedua ke Jawa Timur khususnya Kota Malang dipermudahkan Allah.
20 September 2015 selepas keluar dari Batu Secret Zoo ,kami masuk ke Museum Satwa pula. Masa tu dah jam 4.00 petang waktu Indonesia. Kalau di Malaysia dah jam 5 petang sekarang ni.
Apa tu ye macam kangkaru je...dah lama masukkan gambar tapi takde masa menulis yalah aku sibuk kerja dan jalan2 je
Alamak gambar aku gelap la pulak tapi nampak latar bersalji tu cantik...banyak ambik gambar di dalam muzium ni.Kagum aku berada di sini,banyak tempat menarik di Batu Malang ni..
Selepas keluar dari muzium terus solat di musholla,check in hotel di Batu Villa. Makan malam nasi ayam lalapan selepas maghrib. Sambalnya sedap dan licin habis makan sungguh berselera.
Dalam perjalanan ke villa aku singgah di Indomaret utk membeli air mineral,maggi,roti,mandian dan syampu. Ada disediakan tapi nak yg wangi best la.cerita tentang villa selepas ni pulak.
No comments:
Post a Comment