Monday, 26 October 2015

BATU VILLA,MALANG,JAWA TIMUR

Tempat menginap semasa ke Kota Batu,Malang,Jawa Timur iaitu di Batu Villa. Pada mulanya aku menempah satu bilik hotel sahaja tetapi ditukar kepada villa kerana lebih ramai yg kuajak jalan-jalan selain mahu mengenali mereka juga maksudnya dalam tempoh masa itu kuharapkan dapat mengeratkan ukhuwah antara kami ini. Alhamdulillah impian terlaksana utk menginap di sini.Pada 20 September 2015 kami check in Batu Villa ni selepas jalan-jalan di Batu Secret Zoo dan Museum Satwa.Petang sangat dah nak dekat Maghrib barulah sampai di villa. Aku gi daftar dulu di kaunter hotel kemudian ada pekerja yg menaiki motosikal menunjukkan kawasan villa ni.



Inilah bilik kami R01..besar dan selesa. Ada bilik air.Ini bilik utama utk villa ni.Televisyen pun ada.Puas hatilah nak melepak atau tido dalam ni.Solat maghrib dulu baru kami keluar cari makanan.Makan malam nasi lalapan ayam kampung.Sedap juga sambalnya.Puas hatilah.


Ni dah pagi nak jalan-jalan ke Omah Kayu pulak.


Bilik air kami.


Tingkat bawah,bersiap hendak ke Museum Angkut dan Kebun Epal



Ruang tamu di tingkat atas. Sebelum tidur menonton televisyen.Bilik semuanya di tingkat bawah.Ada 4 bilik.R01 master bed room ,katil king size dan bilik air,R02 satu katil queen,R03 dua katil single dan R04 berhampiran dapur pula satu katil queen.


Kerusi rehat di beranda.Aku sempat lepak pada waktu pagi hari pertama bermalam sahaja.Nak ambil gambar je pun.


Rumah jiran dilihat dari tingkat atas.Bawah tu kereta yang kami naiki.Kecil je ruangnya berbanding innova,nak kereta xenia tapi dapat yang lain,terpaksa bersesak,kesian yang duduk di belakang agak sempit.Aku menahan geram je pada tuan punya kereta ni.



Rumah jiran yang berhadapan dengan villa ni.Kiranya ni tempat eksklusif la sebab jauh dari bandar dan sunyi je.


Tingkat atas mengadap beranda.Dah siap pakai jaket.Cuaca sejuk je di sini.



Dapur villa ni ada dapur,cawan dan pinggan,lengkap kemudahan memasak.Aku pesan mi bakso dgn supir,Pak Andik tolong belikan 7 bungkus bakso campur namanya Arif Bakso,harganya Rp196 ribu.Balik dari Museum Angkut tu dah penat sangat,petang kami makan nasi padang Wak Jenggot berdekatan dengan masjid.Malas nak keluar makan jadi order bakso je.Tambahan order dengan hotel,roti bakar dan wedang jahe.Wedang jahe ni air halia yg hangat.Ratna minum air tu untuk hilangkan angin.


Kolam ikan yang berlumut di depan pintu masuk.Cantik hijau menyegarkan mata.


Posing dulu sebelum bertolak ke Kebun Epal dan Museum Angkut.


Inilah villa tempat kami bermalam selama 2 malam.


Rumah lain yang diambil dari dalam kereta.Kami bertolak ke Kebun Epal dahulu.Bulan Jun lalu tak sempat ke Kebun Epal sebab cuacanya hujan dan sudah hampir malam.


Banyak banglo mewah di sini. Nak masuk kawasan ini ada security check.Supir dapat kad daripada hotel jadi tunjukkan saja kad itu.


Pagi 22 Sept sebelum ke Omah Kayu ,check out dahulu di kaunter hotel.Selepas Omah Kayu kami terus pulang ke Singosari.Pagi2 lagi abang dan pakcik Ratna datang mengambil isteri masing-masing.Mereka sudah kepenatan berlibur selama 2 hari,hari ketiga sudah tidak sanggup lagi. Ibu,ayah,Amel,Putri,Ratna dan aku sahaja utk perjalanan ke Omah Kayu.


Dekorasi dalaman di Batu Hotel.


Kaunter hotel.



Aku minta pekerja hotel tolong ambilkan gambar.Kenangan di hotel Batu.Kalau tak duduk di Villa pasti aku dan Ratna bermalam di sini sahaja.Alhamdulillah penginapan di sini sangat selesa dan dapat tidur nyenyak.Bayaran untuk 2 malam itu kira-kira  2 juta lebih. Kalau bawa keluarga yang ramai memang sesuai menginap di sini lagi. Dekat dengan tempat pelancongan yang lain. Bila la nak bawa keluarga sendiri ke sini ni? 



No comments:

Post a Comment