Saturday, 27 June 2015

HARI KETIGA- Probolinggo - Bromo(1 Jun 2015)

Percutian di Surabaya

Hari ketiga di Malang,perjalanan ke Bromo bermula pada hari ini. Persekitaran Hotel Savana.



Selepas bersarapan kami berposing di luar hotel. Masa 7.47 pagi.


Menu pagi ni,alhamdulillah mengenyangkan.


Suka menonton anime Jepang.


Makan sikit dah kenyang.


Terima kasih Allah,mempertemukan kami 

 
Di lobi hotel,bunga pisang kalau di Malaysia


Jam 7.00 pagi sudah banyak kenderaan di hadapan hotel.


Pokok hiasan ni memang cantiklah


Tunjuk huruf apa tu?Aku sendiri je yg faham


Lukisan abstrak yg menarik,tak faham makna di sebalik lukisan

Ceria selepas sarapan pagi. Sebelum masuk ke bilik sempat posing lagi.



Naik ke bilik dulu 



Bergambar di luar bilik




Syukur ya Allah kerana memberikan nikmat ini,permudahkan perjalanan kami ini


Dalam perjalanan mencari kedai dobi sempat merakamkan foto pelajar sekolah pada waktu rehat. Kedai dobinya hanya dapat menyiapkan pakaian kami dalam tempoh 4 hari,tak jadi hantar pakaian. Teruskan perjalanan saja.


Meriahnya ramai yg keluar serentak dari beberapa buah sekolah 


Boleh naik motosikal bertiga tak perlu helmet sebab jalan dalam je 


Pakaian murid lelaki sekolah dasar. Masa 9.49 pagi 


Sekolah Ratna semasa sekolah menengah. SMA Islam Almaarif Singosari.


Murid2 membeli makanan ,murid sekolah dasar atau sekolah rendah.


Pakaian mereka berbeza dgn murid di Malaysia,murid sekolah menengah.


Di dalam van bersama Pak Kus yg bertindak sebagai tour guide juga supir kami. Orangnya ramah dan banyak memberi info tentang Bromo. Perjalanan ke Bromo mengambil masa lebih kurang 4 jam. Memang mencabar dan menguji ketahanan fizikal kerana keadaan permukaan jalan yang tidak rata menyebabkan tubuh terhentak beberapa kali. Pak Kus memang cekap memandu dan hon akan dibunyikan apabila hendak memotong motosikal atau kenderaan lain. Hon mesti dalam keadaan baik jika mahu memandu di sini. 


Tertidur sekejap saja kerana tidak selesa dgn bumping yg terlalu kerap.


Bila nak sampai ni?pertanyaan dalam hati..enjin panas sb guna aircond saja masa mendaki. Rehat sebentar. Udara sejuk.


Lebih kurang 15 minit saja berhenti kemudian meneruskan perjalanan lagi. 


Setiap desa ada pintu gerbang sebegini. Memang cantik pemandangan kawasan sekitarnya di sepanjang perjalanan kami ini. Betul2 menikmati suasana dingin dan nyaman. 


Indahnya ciptaan Allah. Syukur ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melihat semua ini,syukur kerana memberikan aku masa dan kesihatan juga kemampuan pergi ke sini. Tak pernah kuketahui sebelum ini adanya Gunung Bromo dan keistimewaannya. Selepas membaca laman web dan blog orang lain barulah tahu namun melihat sendiri di hadapan mata lebih indah.


Lebih sejuk daripada Cameron. Fikiran rasa tenang dapat menghirup udara segar. 


Kehijauan pokok yg menenangkan


Tiket masuk kawasan wisata Gunung Bromo idr 5000 seorg,jalan masuk desa utk satu kali jalan idr 2000.


Pak Kus membawa kami untuk melihat Gunung Bromo dan Semeru dari kawasan restoran ini. Jalan yg akan kami lalui esok dgn menggunakan jeep juga dari jauh kelihatan kuil penganut agama Hindu. 


Walaupun sejuk tapi masih boleh bertahan tanpa memakai jaket tebal. Cahaya matahari memancar terik tetapi tidak panas. Memang best.


Pak Kus tolong ambil gambar


Kami sampai di sini pada jam 1.15 petang


Hanya tamu yg dibenarkan ini maksudnya masuk perlu membayar tiket 


Jalan yg akan dilalui oleh jeep esok. Wah dalam hati ni sudah tidak sabar hendak ke sana. 


Rumah penduduk di desa ini,ramai yang membina homestay utk pelancong selain menanam sayur dan berniaga kedai makan. Pandai mereka mencari rezeki. 


Teringat siapa tu ?


Hemm ada je gambar curik


Bunga trompet yg unik..


Ratna dah lapar ni,kami makan di restoran berhampiran saja. Masih belum sampai di hotel yg ditempah.


Enak banget nasi lalapan ayam  ini,tapi nasinya sikit saja. Nak tambah tapi malu la pulak dgn mereka tu hehhe. Hot tea idr 8000,hot milo idr 35000,hot tea milk idr 16000 dan nasi lalapan ayam idr 156000 sepinggan. 


Menikmati dgn asyik tanpa kata2.Makan lebih kurang jam 2.30 petang. Sangat lewat untuk makan tengah hari lagipun cuaca yg sejuk buat perut makin lapar


Licin tinggal tulang. Sambalnya tu sedap la. 


Menu di restoran ini


Minum milo panas


Selepas menjamu selera,bergambar di luar restoran hotel ini


Patung pahlawan berkuda


Tendangan padu daripada Ratna 


Ini daun bawang,subur sangat. 


Check in Hotel Bromo Permai pada jam 2.52 petang. Ambil kunci bilik 404 dan kupon sarapan pagi esok.


Patung di luar lobby hotel


Bayaran yg dikenakan utk setiap bilik


Rehat dalam kesejukan ini. 1 katil queen dan 1 katil single.


Senarai harga barang yang dijual di kedai hotel ini. Beli di sini lebih murah berbanding yg jual sendirian di luar hotel. Boleh sewa jaket panjang idr 20 ribu. Aku beli lampu suluh dan utk setiap org sarung tangan,mafla dn topi


Test lampu suluh tu dulu ok ke tidak baru la beli


Lebih kurang jam 6 petang dah bersiap hendak keluar makan malam. Sini cepat sungguh gelap. Maghrib pun awal lebih kurang jam 5.30 petang


Sejuk sangat rasa 2 lapis baju ni tak cukup


Ada org jual makanan dgn gerobak di luar hotel tapi kami memilih makanan di hotel saja. Malas nak berjalan lagipun perut sudah lapar sangat ni. Pakai sarung tangan kalau tak menggigil la 


Mood lapar ini


Ratna makan keloke,manis rasanya hanya rasa sikit saja.


Aku pilih steak dan soup mushroom,kurang enak la..Akma tolong habiskan


Steak ke tu? Idr 45 000, soup mushroom idr 15 000,air lemon idr 15 000


Ini contoh gerobak penjual makanan di sekitar hotel. 

Aku sempat ke kedai menjual pakaian dan beli sepasang jaket warna merah. Harganya idr 350 000,cantik dan nak pakai esok ke Gunung Bromo. Beli key chain Bromo 8 biji dengan harga idr 6000 sebiji. 


Resit utk pakej ke Bromo 2 hari 1 malam.  Aku hanya berwasap dgn Pak Harmawan dan maklumat lawatan dihantar melalui e-mel. Tiada deposit yg dikenakan. Bayaran penuh ketika sudah sampai di Bromo. Kata Pak Mawan atas dasar percaya. Jumlah pakej utk kami bertiga ialah idr 3 300.000. Nombor telefon Pak Mawan ialah +62 838 3347 7659.
Mandi di hotel airnya sangat sejuk macam ais...pemanas air rosak agaknya,sekejap saja panas..malas aku nak bising2 sebab dah penat nak berehat dan tidur awal, mesti bangun awal kira2 jam 3 pagi.
Pengalaman melihat sunrise dari penanjakan 2 ,menunggang kuda,mendaki tangga utk melihat kawah gunung berapi yg masih aktif,pasir berbisik dan kawasan rumput savana atau teletubbies akan dipaparkan pada hari keempat- bahagian seterusnya. 
Bromo...aku jatuh cinta padamu!!!!








































1 comment:

  1. Assalamualaikum...nak tanya sikit perjalanan dari airport surabaya ke kota malang agak2 berapa jam?

    ReplyDelete