Sunday, 28 June 2015

HARI KELIMA-Batu Malang,Masjid Tiban (3 Jun 2015)

Percutian di Surabaya

Perjalanan dari Singosari ke Batu Malang lebih kurang 2 jam. Sempat tertidur di dalam kereta. Sarapan pagi di Hotel Solaris pada jam 7.00 pagi. Kemudian ke Mayang Collection dan menghantar Ratna pulang ke rumahnya. Kami bertolak ke Batu lebih kurang jam 10.30 pagi. 


Selepas parking kereta aku melihat ada orang solat di bahagian luar masjid. Sampai di sini lebih kurang jam 12.15 tengah hari.  


Kita hari ni dah TAK BERAPA YAKIN dengan Allah..

Buktinya?
Setiap kali ada ustaz cakap,
"Berdoalah sungguh-sungguh. Minta bantuan dengan Allah.."
Terus di balas,

"Doa je ustaz? Hmm.. takpe lah, minta tolong orang lain la.."

Hari ni banyak doa kita TAK MAKBUL sebab kita lebih DAHULUKAN makhluk daripada kita dahulukan Allah.

Contoh nak buat keputusan, kita lebih teruja nak minta tolong dari manusia dulu berbanding kita solat sunat 2 rakaat dan minta tolong pada Allah.

Masa susah baru cari Allah, masa senang tak pernah terfikir nak ingat Allah.


(Copy n paste dari entri tarbiahsentap.com) 
Muhasabah diri sendiri.


Apa yang menarik dengan Masjid Ajaib @Tiban ini? Jika di lihat pada gambar yg ada boleh dah teka kan.

Ornamen timur tengah dan kaligrafi sangat kental menghiasi seluruh dinding serta tiang yang digunakan sebagai penyangga masjid. Bangunan pondok yang menampung sekitar 200 santri ini sudah berdiri sejak tahun 1978. Masjid ini dibangun oleh Romo Kiai Haji Ahmad Bahru Mafdlaluddin Shaleh Al-Mahbub Rahmat Alam, atau yang akrab disapa Romo Kiai Ahmad. 



-Sebuah pondok pesantren di Malang, Jawa Timur, mendapat sebutan sebagai masjid Tiban atau masjid yang muncul tiba-tiba oleh warga sekitar. Hampir keseluruhan bangunan pondok pesantren ini dibuat daripada marmar sehingga banyak pelancong yang ingin berkunjung untuk melihat keindahannya.

Masjid Tiban sebenarnya Pondok Pesantren Salafiah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah (Bi Ba’a Fadlrah) yang terletak di Turen, Kabupaten Malang, Jawa Timur. Pesantren yang memiliki nama cukup panjang ini yang mempunyai makna Laut Madu atau, "Fadilah Rohmat" atau dalam bahasa Jawa Segarane, Segara, Madune, Fadhole Rohmat.

Konon, masjid yang sangat megah ini dibangun tanpa sepengetahuan warga sekitar. Bahkan ada mitos yang menyebutkan bahawa masjid ini dibangun oleh jin dalam waktu hanya semalam.

Masjid ini memang terlihat berbeza,mulai terasa saat akan memasuki pintu masuk pondok pesantren yang berdiri di tanah seluar 5 hektar.



Secara intensif, bangunan Masjid Tiban dilakukan sejak tahun 1999 oleh para santri dan jamaah pondok. Banyaknya kubah di komplek pesatren Bi Ba'a Fdlrah membuat masyarakat yang mengira bahawa bangunan itu adalah masjid. Oleh sebab itu,masyarakat di sini lebih mengenali di lokasi itu adalah Masjid Tiban dan bukan pondok pesantren.

Pengasuh pondok pesantren Bi Ba'a Fdlrah, Kyai Haji Ahmad Hasan menjelaskan pendirian bangunan di pondok pesantren yang diketahui warga ada secara tiba-tiba. Menurutnya, semua pembangunan bersifat transparan kerana dikerjakan oleh santri dan jamaah.


Oh baru aku faham selepas membaca sejarah penubuhan Masjid Tiban di atas tu. Pondok pesantren rupanya,uniknya ukirannya ada di sekitar bangunan ini. Memang menarik dan mesti habiskan masa yang lama di sini.


Pintu masuk utama. Ada ukiran pokok di kiri kanan ruang masuk utama. Terdengar  bunyi air mengalir daripada pokok itu 


Ukiran pada siling pesantren atau Masjid Tiban. Bukanlah dibina oleh jin tapi murid2 pondok yg membinanya sedikit demi sedikit sehingga jadi sebesar ini.


Cantikkan...



Bangunan utama pondok dan masjid tersebut sudah mencapai 10 lantai, tingkat 1 sampai dengan 4 digunakan sebagai tempat kegiatan para Santri Pondokan, lantai 6 seperti ruang keluarga, sedangkan lantai 5, 7, 8 terdapat toko-toko kecil yang di kelola para Santriwati.

Berbagai macam makanan ringan dijual dengan harga murah, selain itu ada juga barang-barang yang dijual berupa pakaian sarung, sajadah, jilbab, tasbih dan sebagainya.


Ukiran bunga  yg cantik dan kolam air marmar biru 


Setiap bahagian ada menyediakan kerusi yg empuk dan selesa utk para tetamu.


Ukiran flora yg menarik pada dindingnya


Kerusi besar dengan ukiran warna keemasan. Ada khidmat mengambil gambar polaroid di sini. Jurugambar pun ada bersedia menunggu sesiapa yg inginkan perkhidmatannya.


Banyak ukiran kaligrafi begini di dinding masjid


Arkitek dari pembangunan ponpes ini bukanlah seseorang yang belajar dari ilmu arsitektur perguruan tinggi, melainkan hasil dari istikharah pemilik pondok, KH Achmad Bahru Mafdloludin Sholeh. Karenanya, bentuknya menjadi sangat unik, seperti perpaduan Timur Tengah, China dan modern. 
(Copy n paste)


Ruang dalam masjid yg penuh dengan ukiran pokok,aku rasa masih dalam pembinaan lagi ni. Lampu tak dihidupkan jadi banyak bahagian yg gelap.


Tak hanya unik, di dalam ponpes tersebut juga tersedia kolam renang, dilengkapi perahu yang hanya khusus untuk dinaiki wisatawan anak-anak. Di dalam komplek ponpes itu juga terdapat berbagai jenis binatang seperti kijang, monyet, kelinci, aneka jenis ayam dan burung.
(Copy n paste)


Tak pernah bayangkan pesantren yang cantik begini


Ada kolam renang


Masih belum siap sepenuhnya


Tempat rehat di luar bangunan


Laluan ke toko yg menjual cenderemata,makanan,tudung,jubah,sejadah dan telekung. Ada ikan koi Jepun di dalamnya,sampah pun ada juga.


Ukiran kubah seperti di Thailand. Masih belum siap lagi


Ada panduan utk naik ke setiap tingkat,laluan kecil saja. Boleh sesat kalau tiada sign board ni.


Laluan ke pesantren,para pelancong tidak dibenarkan naik. Pelajar wanita dan lelaki tidak dibenarkan bergandingan di laluan ini.


Kedai menjual perhiasan,ada cincin,gelang,rantai,batu permata dan jam tangan.


Pelbagai jenis kerepek seperti kerepek belut,sedap rangup anak belutnya,kerepek nangka,buah naga,pisang dan banyak lagi. 3-4 barang dijual dengan harga idr 10-15 ribu. Aku beli yg saiz kecil 3 barang idr 10 ribu. Dapat kerepek nangka,tempe goreng dan epal. Kerepek belut lain harga idr 9 ribu sebungkus.


Ada lif tapi masih belum beroperasi.


Papan tanda menunjukkan pelbagai barang dan makanan yg dijual di sini.


Kubah pesantren yg sudah siap. Bentuk yg unik dengan salutan marmar berwarna biru.


Monumen di hadapan pintu masuk. 


Bergerak keluar dari pesantren,ada gerobak menjual makanan seperti bakso. Takkan kelaparanlah kalau ke sini. 


Binaan yg indah di sepanjang laluan masuk ke pesantren.


Kain rentang yg menaikkan semangat rakyat Indonesia di Malang.
Seterusnya ke Air Terjun Coban Rondo dan Muzium Angkut.

No comments:

Post a Comment