Percutian di Surabaya
Kami turun bersarapan pada jam 6.40 pagi. Best juga menunya sedap2. Janji dengan Pak Marji pada jam 8.00 pagi.
Makan cepat2 tgk jam dah pukul 7.40 pagi...hahahahha aku tak tukar masa Indonesia rupanya patut la Akma selamba je makan.
Pinggan 1,pinggan 2 menyusul..ye la tu semangat nak habiskan padahal kepala teringat nak ke bandar Malang dah hehehe
Selesai makan ada masa berposing. Kenangan di hotel ni...
Tempat makan
Aras sama dgn lobi hotel
Hiasan dinding yang menarik
Tangga yg penuh dgn hiasan dinding
Kenyang perut suka hati
Patung gergasi berbentuk baby yg unik
Kerusi yg comel-comel
Lukisan dinding pun cantik.
Patung itik,tak tau apa motif
Art Hotel..3 bintang,satu malam 356,000 idr atau RM99.18. Biliknya bersih dan makanan pun sedap. Sejak Februari aku sudah menempah melalui Booking.com
Luar hotel.
Basikal ni milik hotel ye
Tanda arah ke bilik pun penuh seni kreatif
Bilik kami tidur malam tadi...lena sangat
Perjalanan ke Malang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Lebuh raya pagi ni kurang sesak,hari minggu masih ramai yg tidur lagi agaknya
Ya Allah semoga kami selamat sampai ke destinasi.
Hanya satu tol sahaja nak ke Malang Singosari ni
Akma duduk di depan menemani Pak Marji hehe.,aku sorang2 la kan.,,angkat kaki tu sebab dah lenguh
Berhenti sekejap di Masjid Cheng Ho.Mula2 nak terus ke Malang saja tapi Pak Marji mencadangkan singgah sebentar di masjid ini. Tak mengapalah masih awal lagi ni.
Masjid Cheng Ho Surabaya
Masjid Cheng Hoo Surabaya adalah Masjid bernuansa Muslim Tionghoa berlokasi di Jalan Gading, Ketabang, Genteng, Surabaya atau 1.000 m utara Gedung Balaikota Surabaya. Masjid ini didirikan atas prakarsa para sespuh, penasehat, pengurus PITI, dan pengurus Yayasan Haji Muhammad Cheng Ho Indonesia Jawa Timur serta tokoh masyarakat Tionghoa di Surabaya. Pembangunan masjid ini diawali dengan peletakkan batu pertama 15 Oktober 2001bertepatan dengan Isra' Mi'raj Nabi Muhammad SAW. Sedangkan pembangunannya baru dilaksanakan 10 Maret 2002 dan baru diresmikan pada 13 Oktober 2002.Masjid Cheng Ho, atau juga dikenal dengan nama Masjid Muhammad Cheng Ho Surabaya, ialah bangunan masjid yang menyerupai kelenteng (rumah ibadah umat Tri Dharma). Gedung ini terletak di areal komplek gedung serba guna PITI (Pembina Imam Tauhid Islam) Jawa Timur Jalan Gading No.2 (Belakang Taman Makam Pahlawan Kusuma Bangsa), Surabaya. Masjid ini didominasi warna merah, hijau, dan kuning. Ornamennya kental nuansa Tiongkok lama. Pintu masuknya menyerupai bentuk pagoda, terdapat juga relief naga dan patung singa dari lilin dengan lafaz Allah dalam huruf Arab di puncak pagoda. Di sisi kiri bangunan terdapat sebuah beduk sebagai pelengkap bangunan masjid.Selain Surabaya di Palembang juga telah ada masjid serupa dengan nama Masjid Cheng Ho Palembang atau Masjid Al Islam Muhammad Cheng Hoo Sriwijaya Palembang.
Bahagian hadapan masjid. Ramai org hari ini kerana ada acara pernikahan.
Sebenarnya tak nak masuk tapi penjaga masjid beria-ia menyuruh naik dan membawa kami ke atas. Sebelum itu kami ke pejabat masjid utk mengisi buku pelawat dan memberi infaq.
Masjidnya bersih
Jalan raya ke Singosari -Malang...macet...banyak kenderaan hari minggu ini..emm lambat ke sampai ni
Antara masjid yg aku lihat dalam perjalanan ni...banyak masjid di sini dan cantik2 juga. Ada yg dalam proses pembesaran ruang masjid. Tak jadi melihat kawasan banjir lumpur kerana mahu segera sampai ke Malang.
Pertemuan pertama..berhampiran pejabat pos dan pasar Singosari. Pak Marji tak tau nak mencari Desa Dengkol.
Syukur Ratna menunggu di sini kalau tidak kami pasti sesat dan makin lambat sampai ke rumahnya.
Gambar atas tu tempe mercun ada sos pedas. Bubur kacang hijau yg diletak agar2...manisan sebelum makan berat
Di rumah Ratna ,awal sampai minum teh,kuih dan kerepek. Tengok bukan main lagi 2 bekas besar di hadapanku.
Check in Hotel Savana dulu kemudian kami ke Matos Malang,sebuah gedung beli belah.
Dialah Ratna...Allah beri kesempatan dan rezeki utk memanjangkan silaturahim antara kami.
Banyak istimewanya dia,kalau tak masakan aku sanggup ke Surabaya
Kakak ipar,makcik,ibu,sepupu dan anak saudara Ratna. Kami sempat menjamu selera di food court. Aku dah kenyang makan di rumah Ratna tadi jadi hanya minum alpukat saja. Dah 2 hari minum alpukat. Masih belum jemu.
Bilik kami di Malang- Hotel Savana. Tambah extra bed. Bilik luas dan bersih. Kos satu malam 906,000 idr atau RM252.40. Hotel ni 4 bintang ada kolam renang di aras yg sama dgn cafe. Sambil makan boleh lihat org mandi. Aku guna booking.com utk menempah bilik.
Layanan pekerja mesra dan pantas cuma bilik air je yg kurang puas hati. Kalau datang ke Malang lagi aku akan pilih hotel lain. Makanan biasa je untuk 4 bintang. Tidur lewat malam ni,biasalah bersembang kan. Pertama kali jumpa tentulah banyak ceritanya.
Esok akan ke Gunung Bromo dengan pakej yg lain pula. Itu cerita hari ketiga ok!
boleh sy tyer ade num contact supirnya? tq2..
ReplyDelete