Sunday, 28 June 2015

HARI KELIMA- Batu Malang,Air Terjun Coban Rondo(3 Jun 2015)

Percutian di Surabaya

Lawatan selepas Masjid Tiban ke kawasan Air Terjun Coban Rondo. Jauh juga lebih kurang 2 jam baru sampai di sini pada jam 3.30 petang. Hujan renyai dalam perjalanan. Syukurlah bila sampai hujan sudah berhenti jadi bolehlah ambil foto di sekitarnya. Niat dalam hati hanya sekejap saja di sini. Selepas ini akan ke Muzium Angkut pula.

MITOS AIR TERJUN COBAN RONDO

Air terjun ini terletak di Desa Pandesari, Kecamatan Punjong, Kabupaten Malang, Provinsi Jawa Timur. Berdasarkan legenda masyarakat sekitar, bahwa asal mula Air Terjun Coban Rondo ini bermula daripada sebuah kisah asmara sepasang pengantin baru yang bernama Dewi Anjarwati yang berasal dari Gunung Kawi dan Raden Baron Kusuma dari Gunung Anjasmoro. Menginjak usia pernikahan yang ke-36 hari,Dewi Anjarwati mengajak suaminya berkunjung ke rumah mertuanya di Gunung Anjasmoro. Namun, berdasarkan adat orang Jawa bahawa pengantin yang masih baru 36 hari tidak dibenarkan meninggalkan rumah terlalu jauh. Oleh sebab itu,mereka dilarang untuk pergi ke Gunung Anjarwati oleh orang tua Raden Baron. 


Namun begitu , kedua-duanya berkeras untuk berkunjung ke Gunung Anjasmoro dengan segala risiko yang ada. Di tengah perjalanan tiba-tiba muncul Joko Lelono yang ternyata terpikat dengan kecantikan Dewi Anjarwati. Akhirnya Raden Baron memerintahkan anak buahnya untuk menyembunyikan Dewi Anjarwati ke sebuah lokasi yang terdapat Air Terjun (dalam bahasa Jawa disebut Coban). Raden Baron dan Joko Lelono bertempur hebat hingga kedua-duanya gugur. Akibat kematian suami Dewi Anjarwati, maka statusnya berubah menjadi Janda (dalam bahasa Jawa Rondo). Sejak saat itulah air terjun ini dinamakan air terjun Coban Rondo. (Copy n edit ke bahasa Melayu)
Dari atas bukit kelihatan rumah-rumah penduduk Batu Malang. Indahnya kawasan ini,sejuk dan menyegarkan pandangan. Hilang penat duduk dalam kereta. Walaupun kami belum makan tengah hari tapi alhamdulillah masih cergas utk berjalan.Aku hanya makan keripik belut dan minum teh ais botol ketika di Masjid Tiban tadi. Mood utk makan nasi belum ada lagi hari ini.
Taman yang terdapat sebelum sampai di lokasi air terjun.Kawasan sekitarnya bersih dan hmm rasa nak tidur pulak....makan baki keripik belut di dalam kereta hanya mengundang batuk. 


Pintu masuk ke kawasan air terjun.Mesti ada patung di mana-mana tempat kan.Patung ni macam pegang cota kan,gambaran pengawal air terjun ke hehhee ngeri ngeri.....Hanya Allah penjaga seluruh alam




Air terjun setinggi 84 meter ini berasal dari sumber mata air Cemoro Dudo. Air terjun Coban Rondo ini mulai dibuka untuk umum sejak tahun 1980. Panorama klasik air terjun yang diserikan dengan keindahan alam dan dengan udara pergunungan semula jadi ini menjadi tarikan kepada para pengunjung.


Namun perlu diketahui bahawa ada beberapa peraturan yang harus dipatuhi oleh para pengunjung ketika datang ke sini,antaranya ialah pengunjung dilarang mandi atau berada di bawah air terjun dan apabila hujan lebat turun maka pengunjung diwajibkan untuk meninggalkan lokasi air terjun kerana dikhuatiri akan terjadi banjir.



Percikan air akan terkena tubuh apabila menghampiri kawasan air terjun ini.





Teringin nak mandi tapi masa dah suntuk dan memang tiada rancangan untuk mandi di sini. Soal keselamatan harus diutamakan juga.


Nak bergerak keluar dah. Terasa sungguh kedinginan tempat ini. Jaket yg dibeli di Bromo ini banyak membantu menghangatkan tubuhku.


Antara permainan yg disediakan di sini seperti fun tubing,fun ralting,flying fox,tree walk. Acara menembak seperti paint ball dan air soft gun juga ada di sini. Tapi masa aku melalui tempat ini tak nampak pulak pekerjanya. 



Bagi pengunjung yang ingin membeli buah tangan di kawasan ini juga terdapat beberapa toko yang menjual cenderamata dan t-shirt khas kota Batu dan air terjun Coban Rondo. Selain terdapat toko cenderamata tersebut, di lokasi ini juga berderet warung makan yang menjual makanan ringan dan minuman panas.Selain makanan ringan dan minuman, ada juga beberapa warung yang menjual jagung bakar.Jagung tersebut kelihatan masih muda dan pastinya manis. Harga sebatang  jagung bakar ialah Rp 4.000.



Ada rezeki datang lagi ke sini. 
Lebih kurang jam 4.15 petang kami bergerak keluar dari kawasan air terjun.
Seterusnya pada hari yang sama ke Muzium Angkut. 

No comments:

Post a Comment