Saturday, 27 June 2015

HARI KEEMPAT- Gunung Bromo (2 Jun 2015)

Percutian di Surabaya

2 Jun 2015..jam 3 pagi sudah bersiap utk mendaki Gunung Bromo. Jaket merah yg kubeli malam tadi dgn harga 375 ribu rupiah, seluarnya aku berikan kepada Akma. Terlalu sejuk malam tadi,aku terpaksa memakai 3 lapis baju,air di bilik air tidak panas agaknya sudah rosak. Alhamdulillah boleh tidur dengan lena.


Sambil menunggu Pak Kus datang ke bilik 404 Bromo Permai ini,aku bersenam utk memanaskan badan. 


3.30 pagi pintu bilik diketuk dan jeep sudah menunggu di luar. Di dalam jeep.Jalan tidak rata dan banyak kali terhentak2.Berdoa dalam hati keadaan ini sebentar sahaja.Tak sampai setengah jam kami diturunkan kerana jalan sudah sesak dan jeep tidak boleh naik lagi. Berjalan kaki dgn lampu suluh yg aku beli di kedai hotel itu. Lebih kurang 1 km saja. 


Satu2nya tandas yg ada di sini. Bayar 3 rupiah. Bersih tak berbau tapi airnya sangat sejuk. Brrrrrr menggigil dah. Ratna solat subuh di surau kecil yg disediakan. Muat 2 org saja di surau itu. Siap ambil wuduk di hotel lagi. 


Kami mendaki ke penanjakan 2 dgn ditemani oleh Pak Kus juga pengunjung lain. Ramainya yg nak naik utk melihat sunrise dan Gunung Bromo dari sini. Jam 4.59 pagi.


Syukur ada penutup hidung dan mulut ini dapat mengurangkan kesejukan begitu juga skarf yg memanaskan kepala. Sarung tangan dan mafla wajib ada juga. Sejuk sangat tak tergambar dengan kata2. Aku berdoa janganlah sakit perut di sini,maklum tandas tiada di atas ni. Nak turun pasti penat. 


Ya sunrise sudah muncul sedikit. Sejuk masih sejuk lagi,kalau bercakap akan kelihatan asap keluar dari mulut. Serupa naga sakti hehhehe

Berkabus dan kelihatan ada awan di bawahnya. Subhanallah cantiknya pemandangan yg ada di sini. 

Sunrise yg indah dan mengasyikkan. Alhamdulillah.

Ini bukan gambar edit tapi gambar sebenar. Memang mengasyikkan suasana di sini.


Makan jagung bakar selepas turun. Ada satu sahaja utkku,yg lain disuruh memakan sama ngak mau pulak.


Turun dari penanjakan 2. Jam 5.43 pagi tapi sudah terang begini. 


Ini gambar ketika selesai melihat kawah gunung berapi yg masih aktif. Sebelum itu kami menaiki kuda yg sama utk ke kawasan itu. Sewa kuda 125,000 idr seorang. 3 ekor kuda diperlukan. Kuda itu ditarik oleh pemiliknya. Aku pun tak berani menunggang sendirian. Pengalaman menunggang kuda ni memang menarik...seronoklah tak tau nak kata apa lg.


Sebelum naik tangga dan selepas turun akan menunggang kuda ni. Kalau berjalan boleh je tapi penatlah dan tak dapat rasa naik kuda.
Kamilah pahlawan berkuda yg cekal berjuang hehhehe 


Terlalu gembira ni sampai berani angkat tangan tu


Dari jauh tangga tu macam tak banyak je kan....kuda membawa kami sampai ke kaki bukit tu berhampiran tangga. Emm perlukan tenaga mendaki lagi ni. Kuatkan semangatku ya Allah.


Posing dulu sebelum naik. 


Tercungap2 juga dan aku banyak kali berhenti utk berehat. Ratna paling cepat sampai ke puncak. Wah bersemangat betul dia. Aku tengok ada org tua yg berjalan sambil merangkak dan memotong aku pulak. Hmm tak boleh jadi ni aku mesti kuat semangat.


Berjaya naik setelah berhenti beberapa kali. Lebih kurang 300 anak tangga. 


Tiada bau sulfur yg menyebabkan aku tidak selesa. Alhamdulillah selamat naik ke puncak dengan jayanya...itulah dia asap dari kawah gunung berapi yg masih aktif lagi.


Pemilik kuda itu tolong mengambil gambar kami selepas turun.


Berehat dulu melepas lelah.



Ini dia Pak Katok yg menarik kudaku. 


Hehehe tadi pening sekarang dah kuat 


Makan bakso selepas turun dari kuda. Lapar sangat dah masa ni. Kami berdua saja yang makan.


Habis licin semangkuk. Memang sedap baksonya ada banyak bahan. 5,000 idr semangkuk dan boleh pilih bahan yg kita tak mau.


Jeep meneruskan perjalanan ke Pasir Berbisik. Tanah berpasir warna kelabu.


Kawasan luas saujana mata memandang. Angin kurang kuat jadi tak kedengaran bisikan.


Langit yang membiru cantik.


Tak larat nak melompat jadi bergambar biasa2 je la


Kebetulan ada tiga bongkah batu besar yg sesuai utk kami duduk.


Menuju puncak!!


Cas tenaga daripada lampu suluh


Blok Savana...tambah bayaran idr 100 000 lagi sebab tiada dalam pakej


Kalau pergi pada bulan Mac lebih cantik lagi sebab selepas hujan akan tumbuh bunga2 yg cantik


Jeep yg kami naiki tadi


Seperti di luar negara..


Perjalanan balik ke Hotel Bromo Permai utk bersarapan. Masa 9.20 pagi.


Sudah siap mandi dan mengemas beg pakaian. 11.30 pagi. Di luar bilik hotel.


Perjalanan balik hanya melihat ke luar menyaksikan keindahan alam semula jadi. Entah bila akan ke sini lagi.


Kami dihantar ke Hotel Solaris di bandar Malang. Sampai di hotel kira2 jam 2.35 petang. Pada awalnya hanya 2 katil single tapi selepas check in aku tukar bilik yg lebih besar utk 3 org. Ratna akan bermalam di sini juga selepas balik dari kuliah.


Selepas asar keluar utk bertemu teman2 Ratna dan dinner. Jalan2 di kawasan perumahan mewah di Kota Araya. Aku minta pihak hotel call teksi. Lama juga pusing2 di sini. Bayaran teksi idr 120 000


Makanan yg diorder di Restoran Special Sambal 'SS' Pedas Abis...,jam 6 petang kami sudah tiba di sini.
Makanan tak habis dan dibungkus. Order utk 10 org. Bayaran dinner termasuk tax idr 360 800. Alhamdulillah kenyang.


Teman kuliah Ratna,antaranya Febrian,Fokus Arif,Krisna,Salim,Nur Fitri dan Efrida


Selepas makan kami di bawa pusing2 kota Malang dengan menaiki motosikal. Kecut juga perutku naik motosikal dengan Ratna tanpa memakai helmet. Akma dengan Krisna.Kenderaan memang banyak malam ni. Dalam hati berdoa supaya tidak berlaku kejadian yg tidak diingini.


Taman bunga seperti i-city di Shah Alam itu. Free je tiada bayaran masuk. Ramai keluarga dgn anak2 dtg bersiar2,ada air pancur dan lampu hiasan berbentuk bunga ,pokok dan binatang.


Yeah..gambar kenangan,tak tau bila lagi akan berjumpa.


Lebih kurang 1 jam juga di sini. Hanya bergambar dan berbual ringkas.


Jam 8.20 malam kami balik dengan menaiki teksi. Terus ke Hotel Solaris. Penat hari ini terus tidur awal. 
Esok plan hari kelima hanya dengan Akma saja kerana Ratna ada kelas malam. Plan ke Masjid Tiban,Air Terjun Coban Rondo dan Muzium Angkut.


No comments:

Post a Comment