Percutian di Surabaya
Hari kelima di Batu Malang dan tempat terakhir selepas ke Masjid Tiban dan Air Terjun Rondo. Aku sampai di Muzium Angkut kira2 jam 3.00 petang. Terus ke kaunter tiket dan membeli tiket berharga idr 90,000 seorang utk muzium dan d'topeng. Kata Pak Marji tempat ini dibuka sehingga malam tapi aku harus balik ke hotel semula sebelum jam 9.00 malam.
Kaunter tiket
Pintu masuk Muzium Angkut
Harga tiket yang dipamerkan di hadapan kaunter
Teruja bergambar dengan ala2 transformers ini. Bahan daripada besi kalau jatuh menimpa aku ni boleh penyek atau ke hospital.
Pengangkutan berkuda. Kuda patung je ni tapi nampak real je.
Kuda putih ni mengingatkan aku pada kuda di Bromo. Pengalaman menunggang kuda yg menarik dan harus dilalui lagi pada masa akan datang.
Aku suka melihat kereta mini yg dipamerkan ini. Hobi aku juga mengumpulkan kereta mini.
Posing ajelah mana2 kereta sebagai kenangan.
Kereta comel ini menarik sungguh.
Tempatnya memang luas dan penuh info tentang pengangkutan. Aku ingat hanya setingkat sahaja tapi telahanku salah. Muzium ini sangat luas dan banyak bahagiannya. Sepatutnya aku perlu habiskan masa satu hari di sini barulah puas hati melihat segala apa yg ada di sini. Aku berharap dapat datang ke sini lagi utk membaca segala info yg tercatat dgn baik..hanya mengambil gambar saja masih belum memadai.
Sejarah tentang penggunaan basikal juga ada dipaparkan di sini. Teringat basikal pertamaku ketika berumur 8 tahun yg berwarna merah dan ada bakul di hadapannya. Basikal itu dihadiahkan oleh abah ketika aku mendapat tempat kedua dalam peperiksaan akhir tahun. Umur 7 tahun aku dihantar oleh abah ke sekolah dan hanya mendapat tempat ke-13 di dalam kelas. Rindu dengan basikal juga rindu dengan arwah abah.
Model kapal negara China ini sangat cantik dan kalau ada saiz kecil pasti aku akan membelinya utk dibawa pulang ke Selangor. Buatannya memang kemas.
Dari luar aku perhatikan seperti ada pasar ,ingatkan pasar atau kedai menjual cenderamata rupa2nya ini sebahagian muzium juga.
Lagi gambar2 kenderaan zaman dahulu yang sangat popular.
Sekitar kawasan Sunda Kelapa. Ada beca roda tiga.
Kereta lembu. Topi memang disediakan di situ. Asalkan tak bawa balik sudahlah.
Hanya utk bergambar di luar bangunan saja.
Ini becak Madura
Toko Klontong..,ala Cina
Sepeda yg digunakan utk mengangkut kayu bakar.
Patung jerung je
Nampak real tak kayuh sepeda yg sarat dengan bakul begini. Terfikir aku begitu bertenaganya org yg dapat mengayuh sepeda demi mencari rezeki,tabahnya mereka. Beruntungnya aku tidak perlu menggunakan tulang empat kerat begini yg pastinya aku tak mampu...hanya guna otak dan mulut utk bercakap,tenaga diguna agak terbatas malah tidak perlu berpanas kadang2 hampir 8 jam di tempat berhawa dingin. Allah tahu apa yg termampu.
Ini pula bahagian pengangkutan zaman British - kenderaan yg digunakan oleh pihak tentera pada waktu itu.
Kenderaan pada zaman penjajah
Gaya simbolik 'aku benci penjajah'
Sudah letih sebenarnya berjalan dan berposing jadi rehat sebentar dengan duduk di atas tong minyak ini
Kenderaan yg mengangkut pelbagai jenis tayar.
Kenderaan dari negara Jepang-Jepun.
Satu negara yg sejak kecil terlalu ingin kulawati. Semoga ada kesempatan utkku ke Jepun pada tahun ini.
Pameran bahan antik seperti radio,lampu,cerek air.almari dan seterika.
Bangunan stesen polis yg meletakkan sebuah kereta peronda polis
Ini bandar gangster
Rolls Royce kenderaan yg hebat dan terkenal sejak dulu hingga kini. Biasanya hanya digunakan oleh golongan raja dan ternama saja
Patung watak apa ni aku pun tak taulah
Perompak bank kena penumbuk sulungku. Kejadian ini berlaku di hadapan sebuah bank hehehe
Patung Charlie Chaplin..pelawak terkenal
Alamak...salah bagi sign pulak
Masuk ke bahagian ini pulak
Ada lukisan yang cantik dan menarik
Kedai menjual pizza agaknya
Kedai menjual bunga tapi hanya hiasan saja ,tak boleh beli
Lagi skuter dan lukisan yg cantik.
Rasa nak bawak balik je
Penjual buah-buahan,kalaulah boleh dimakan buah tu kan bagus..
Aku dah sampai Jerman rupanya
Ha..sampai Paris pulak...
Penat tapi seronok di dalam ni. Malaysia takde pulak muzium begini,kalau ada bagus sangatlah
Aduh penat dan dah rasa lapar ni...tapi semua restoran ni tidak menjual makanan hanya utk bergambar saja
Ada taman bunga di sekitarnya. Sejuk sangat dah masa ni dan kaki pun letih berjalan. Asyik tengok jam saja takut balik lewat ke hotel nanti. Ratna habis kuliah jam 9.00 malam,biarlah aku dah ada di hotel masa dia sampai nanti.
Volkswagen tu..,jenama kereta impianku
Pondok telefon lama dari London
Bahagian luar istana.
Sempat bergambar dgn Ratu Elizabeth tapi dia ni duduk kaku je.,bosan betullah.
Ratu dan suami masa muda
Contoh kenderaan kerabat diraja Britain. Bas 2 tingkat pun ada.
Mesir ke ..,
James Bond 007
Ni pulak patung Elvis Presley
Unik kereta mini ini dibuat daripada rotan,kreatif betullah
Zaman kegemilangan jazz dan rock
Patung The Beatles ...jalan sama-sama jeee
Dah puas melihat pameran ke bahagian menjual cenderamata dan makanan
Kedai menjual ole2 ,aku beli fridge magnet je.,,nak beli t shirt tapi dah tak larat memilih
Pasar Apung...boleh naik perahu sambil membeli makanan..bestnya tapi tak sempat nak naik
Jam 6 petang misi lawatan di Muzium Angkut berakhir...memang menarik tempat ni dan perlu dikunjungi lagi pada masa akan datang. Sepatutnya masuk ke D'Topeng ikut pakej yg dibeli tu dah penat sangat maklumlah tak makan lagi.
Sampai di hotel lebih kurang jam 8 malam. Aku order makanan dari dapur hotel je..
Nasi lalapan ayam aku dgn Ratna,air jambu dan alpukat. Akma makan aiskrim coklat..hahahha sebenarnya order air coklat tapi dapat aiskrim pulak..,total kos idr 150 ribu.
Makanan dihantar terus ke bilik. Makan selepas Ratna balik dari kuliah. Malam terakhir di Malang.Esok akan pulang ke Surabaya. Sebelum tu ke rumah Ratna dan lawatan Eco Green.
Dua malam di Hotel Solaris,laundry pun di sini jugak..idr 268 ribu,banyak juga pakaian sejak sampai dan di Bromo tu. Siap gosokkan baju lagi tu. Satu hari sah siap cuci berbanding kalau cuci di luar boleh berhari2.