Thursday, 12 February 2015

Upside Down House at Malacca

Satu lagi tempat yg belum pernah aku lawati di Melaka ni..Nampak kecil je dari luar. 



Beli tiket dulu seorang dewasa RM15.00. Lepas tu beratur tunggu giliran nak masuk. Orang ramai dah kat dalam berdasarkan kasut yang diletak di luar.


Iklan rumah ni


Lagi iklan


Sebelum ambil gambar ada pekerja yang beri penerangan tentang cara bergambar supaya nampak real la kan. Contoh gambar pun ada ditampal di dinding.


Ruang bilik tidur ...tu almari pakaian


Gaya lain pulak..poyo je rasanya bergambar gaya gini. Ramai je orang perati tapi buat selamba je la.


Ruang yang sama tapi di bahagian meja solek la pulak...mata aku mengantuk sebenarnya ni tu pakai spek hitam. Selepas makan kat Celop celop terus ngantuk sangat ...kalau dapat tidur ni alangkah bestnya.


Ruang tandas pulak...macam best je 


Ruang bilik tidur utama ni


Ruang bilik tidur anak-anak kecil


Lagi ruang di bilik ada alat mainan anak-anak


Ruang dapur ada peti sejuk,sinki,kabinet dapur,dapur masak,meja makan. Ni pun tempat yang aku suka.


Kalau takde orang kat sebelah aku tu mesti lebih real kan


Aduh ngantuknya la apasal ni


Macam akrobatik la pulak....


Pose dulu sebelum keluar. Mintak tolong dengan pekerja di situ. Free je. Best la tempat ni..tapi nak cepat-cepat keluar sebab mata ngantuk nak duduk dalam kereta. Kalau ke Melaka lagi mungkin aku akan singgah tempat ni lagi.
Syukur alhamdulillah semua yang aku hajatkan Allah izinkan dan beri rezeki utk datang ke sini,juga kawan yg sama-sama pegi ke sini...kalau cuti panjang mungkin aku tak nak balik ke Selangor lagi..banyak tempat lagi nak dijelajahi...Melaka bukan sahaja Bandaraya Bersejarah tetapi banyak sejarah peribadi dalam hidup aku tercatat di sini. 
Kenangan itu manis untuk dikenang. Terima kasih Allah. Kaulah Yang Satu Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar rayuan hamba-Mu yang lemah lagi hina ini. 




















No comments:

Post a Comment