Wednesday, 11 February 2015

Celop Celop Melaka

Dah lama pendam hasrat nak makan kat restoran ni...baca kat fb ttg restoran ni..hemm sanggup datang Melaka tu. Selepas posing di Pantai Klebang terus bgerak ke restoran ni.Perut sudah berkeroncong minta diisi. Sampai je di depan restoran tu alamak belum buka la ke tutup ni...dah sedih rasanya sebab macam tak dapat nak rasa je . Kawan aku terus call boss restoran tu. Oh lambat sikit buka hari ni hampir jam 11 pagi.


Ni muka dah kekenyangan...selepas makan.


Buku menunya .ambik luar je ..ada alamat restoran tu...tak sabar nak rasa makanannya pulak.


Best la hari ni ada buffet..harga RM12.90 je boleh makan apa-apa je dan banyak mana suka hati la.Biasa harga buffet RM25.90 seorang. Tapi jangan membazir kalau tak habis kena denda...sebatang kena bayar RM1.00.Oh ambil sikit-sikit la jangan tamak sangat gitu. Percuma air sirap ais..minum la banyak manapun jangan sampai letop perut dah la hehhe


Ruang dalam restoran. Kami pelanggan pertama .


Dah ada pelanggan lain datang. Kami duduk kejap melepaskan lelah. Angin bertiup kuat je pagi ni eh nak dekat tengah hari pun ni. Mata mengantuk semacam je. Lapar ni kena makan dulu. Jauh-jauh datang mesti makan la.


Serius membelek menu. Rasa nak rasa semua je hehehe


Sudut kanan restoran


Ambil sate di sini..pilih je sendiri. Layan diri.Kerang,daging,ayam,sotong,sayur,pelbagai fish ball ada . 


Bekas kuah ni ada di atas meja...mula-mula tu tertanya-tanya juga apa benda yg bertutup kat atas meja.


Di bawah meja ada dapur gas untuk memanaskan sate yg kita dah pilih tadi...hehe macam-macam cara masak 


Ingatkan tempat duduk rupa-rupanya tong gas kat dalam tu...cantik je penutupnya. Aku letak spek je hehehe


Kami dah pilih...sikit je dulu cuba makan habis ke tak. Kalau tak habis kena denda nanti hehhe


Bergambar dulu sebelum mencelop sate ye...ada gaya chef ke 


Mulakan tugas anda....

Masukkan sate ke dalam kuah yang telah   dipanaskan tadi. Pekerja restoran akan membantu proses membuka api dapur.


Emmm..,,bila boleh makan nih


Kuahnya sedap dan pekat...


Aku suka ada bentuk kepala bear tu kikiki


Order asam pedas ikan kembong satu set dengan nasi. Ikan kembong RM10.00. Set nasi tu RM1.80.


Asam pedasnya biasa je sebab aku pernah jumpa yang lagi sedap. Masamnya pelik. Orang lain suka kot. Citarasa berbeza-beza.


Singgah di RnR Dengkil dalam perjalanan balik dari Melaka. Sempat timbang berat hehe milik siapakah itu....
Hem satu lagi tempat tak pernah pergi... Nantilah nak tido mengantuk sangat ni 























No comments:

Post a Comment