Alhamdulillah ...7 Februari 2015 tanpa plan lama2 terus nak ke Melaka. Aku nak tengok sendiri Bustel di Pantai Klebang tu selepas membaca artikel mengenainya di dalam majalah Libur.
Bertolak dari KL lebih kurang jam 8.00 malam.Sampai di Pantai Klebang pukul 1015 malam.Mata rasa dah mengantuk dan badan letih sangat.Syukurlah bukan aku yang memandu,relax sikit.
Sebelum sampai sini memang dah call bagitau lambat datang. Ni tempat pendaftaran...kira macam kaunter check in la...
Dah masuk bustel...dua katil single. Bayar RM130.00 utk satu malam. Tak perlu deposit. Tuala disediakan. Telefon pun ada..canggih juga ye.Aircondnya fuhhh dekat sangat dgn katil.
Almari ada hanger,televisyen,cermin dan meja solek pun ada. Bolehlah jadi tempat aku menyiapkan kerja. Nama pun dalam bas jadi faham-fahamlah kan ruang memang terhad dan bumbung bas pun rendah je.
Sinki dan shower pun ada ..sabun kecil satu je..sekali pakai terus patah hahaha memang haru malam-malam jam 12 keluar cari sabun yang besar sikit. Kat 7 Eleven takde sabun pulak. Ada kedai 24 jam dapat beli mandian.
Ok bersih dan tak berbau
Supper pekena keropok leko je dgn air kopi radix panas...banyak cafe di hadapan Pantai Klebang ni tak jauh dari bustel. Popular betul aiskrim pasu kat sini. Aku tak teringin pulak nak makan aiskrim malam-malam ni. Sejuk sangat ...angin pun bertiup kencang. Khemah macam nak terangkat je.
Makcik dalam bas tu buat air. Makanan panas-panas seperti kuew tiaw goreng,burger dan mi goreng pun ada. Coconut shake ada juga. Tapi sebab selalu kembung angin selepas minum air ni terpaksalah batalkan hasrat tu. Takut susah nak tidur pulak nanti.
Aku baring nampak kat atas bumbung bas...mula-mula perkataan Allah yang aku nampak jelas. Bagus ada peringatan begini..pertama kali jumpa macam ni di tempat penginapan. Yelah pemilik bustel dah laksanakan tanggungjawabnya dengan memberi peringatan kepada pelanggan agar sentiasa menjaga akhlak. Allah Maha Melihat dan Memberi Pembalasan.
Arah kiblat disediakan untuk kemudahan pelanggan muslim menunaikan solat. Kawan aku solat subuh tersalah kiblat sebab tak buka lampu takut silau dan kepala ning nong kot.
Peringatan lagi...kalau merokok juga dalam bustel ni tak taulah kan...tingkap bas ada tapi malam kena turunkan bidainya...kang jadi wayang free pulak. Sebab penat sangat aku tidur nyenyak jugalah. Walaupun kurang selesa dengan ruang yang terhad tu...tapi pengalaman menarik kan wajarlah sabar dan berpuas hati dengan apa yang ada ini.
Kunci bustel kami. Bustel Masjid Tanah (B). Sebuah bas ada 2 bilik. Mula-mula nak masuk aku salah bilik...main terjah aje nak buka pintu bilik A. Ingatkan satu bustel ni aku punya. Berangan-angan la sebelum masuk tu betapa bestnya tidur dalam bas yang besar dan panjang heherh... Comel je rupa-rupanya.
Pintu masuk bilik kami..8 Feb 2015 pagi Ahad yg damai tapi angin agak kuat pagi ni. Tak pagi sangat pun dah jam 10 pagi. Siapkan kerja mencetak selepas subuh tadi,siap bawa printer tu. Tak sabar nak ambil gambar sekitar bustel pulak lepas ni.
Parkir kereta dekat je senang nak angkut beg dan printer yang dibawa. Sejuk sikit pagi ni walaupun cahaya matahari dah memancar.
Setiap bas ada ditulis nama daerah di Melaka ni. Bunga pun baru nak belajar hidup...bustel baru 7 bulan dibuka...
Tong sampah dan kerusi batu ada disediakan. Tak sempat nak duduk melepak di situ.
Dah check out. Posing dululah. Bulan Nov 2014 aku buat lawatan tak perasan pulak ada semua ni sedangkan kami ada lepak-lepak di Pantai Klebang. Sibuk bergambar dan main air sebab tu tak perasan ada banyak bas kat depan ni.
Pantai ni berhadapan dengan bustel tu je. Penat dalam bilik yang kecil tu boleh la cuci mata di sini. Pantai pun bersih. Takde pulak nampak orang mandi kat pantai ni.
Kat sini la tempat kami main air tu..ada yang tulis nama atas pasir. Rasa nak lepak lama tapi perut dah lapar ni belum sarapan lagi.
Buat video clip best juga ni
Berenti kejap di bulatan untuk ambil gambar dengan tulisan Dataran 1Malaysia.
Lapar nak cari makanan pulak.Nak makan di restoran Celop-celop pulak. Kawan aku masih bersemangat memandu.
Bustel ni pengalaman pertama dan mungkin terakhir aku di Melaka. Satu malam dah cukuplah di sini ,kalau lama-lama sangat takut stres pulak sebab aku tak selesa dengan ruang terhad dan bumbung rendah begitu. Idea mewujudkan bustel ni memang patut dipuji sebagai tarikan pelancongan di Melaka. Harga menginap kalau dapat dikurangkan lagi adalah lebih baik..tempat berikutnya....celop-celop dan Upside Down House.
No comments:
Post a Comment