Alhamdulillah hajat aku tertunai petang ini untuk menikmati hidangan eksotik di restoran ini. Sejak hari Sabtu lagi aku berangan-angan untuk merasa hidangan eksotik ni. Walaupun keadaan kesihatan kurang mengizinkan utk bgerak aktif tetapi keinginan yg menebal ini menjadi pembakar semangat utk ke sini. Dengan ditemani sepupuku,kami menuju ke Belia 2 Sg Panjang. Dah lama sgt aku tak melalui jalan ini,dulu zaman sekolah menengah tahun 90-an adalah juga sampai ke sini kerana ada rumah kawan di sini. Hasil pembacaan perjalanan blogger yg singgah ke sini maka aku tertarik hati utk menikmatinya sendiri.
Sampai di sini lebih kurang jam 4.45 ptg. Pelanggan ada satu keluarga je yg sudah selesai makan. Aku melepaskan lelah dulu. Perjalanan kami dr Parit 4 Sg Besar td rasa lama sungguh. Aku saja sembang dgn Faezah ttg keinginan merasa daging rusa dan landak atau apa saja yg eksotik di restoran ini. Ada niat nak datang satu keluarga dgn adik beradik tapi ntah camana ckp dgn Faezah...jomlah kita terus ke sana nak tengok restoran tu. Mula-mula tu tersilap masuk ke restoran D'Rimba Pak Din...hahhaha keluar kereta je terus bertanya ini ke Selera Rimba. Apalah aku ni macam tak pandai baca pulak dah ada papan tanda restoran tu pun. Saja la nak kepastian kan.
Ruang makan di dalam restoran ini. Banyak juga la meja dan kerusi. Mula dibuka pada jam 11.00 pagi hingga 5.00 ptg. Kami ni yang terakhir la ni. Tu meja berselerak baru saja selesai makan fuhhh licin je aku tengok pinggan mereka.
Di dinding restoran ada memaparkan gambar-gambar pengunjungnya yg kebanyakannya bikers bikers la ...ntah tahun bila la agaknya gambar pun dah agak pudar. Keratan akhbar tentang restoran ini pun ada dipaparkan juga. Tak sempat la aku nak membaca sebab tak sanggup berdiri lama-lama maklumlah aku bukannya sihat sangat lagi. Gagahkan juga nak ke sini.
Emm banyak betul gambar kenangan orang yg berkonvoi makan di sini. Kami berdua ni takdelah nak diambil gambarnya untuk diabadikan di sini kan.
Tandas ada disediakan. Free je ye asal tau jaga kebersihan. Aku pantang kalau masuk tandas yg kotor ni memang geli geleman la lebih-lebih lagi kalau belum makan takut tak selera pulak nak makan.
Alah kamera phone kan tak berapa nak terang la ...ambik gambar meja memanjang ni memang sesuai utk pelanggan yang berkumpulan.
Air dan nasi putih sampai dulu. Tunggu lauk dimasak . Aku order daging rusa masak kari dan landak masak rendang. Kedua-duanya setengah kilo. Harganya jangan terkejut ....rusa RM60.00,landak RM50.00.
Ni makanan dah siap masak ....apalagi jom makan.
Kari daging rusa ni memang ummmmphh
Ulam-ulaman ambil sendiri je. Sambal belacan pun ada. Ha tu rendang landak ...sedap juga walaupun ada liat sikit tapi puas hati la masakannya. Habis nasi walaupun mula-mula aku rasa banyak sangat. Nasinya tak lembut dan tak keras sangat memang kena la dengan selera aku.
Habis licin kan....baki lauk yg setengah kilo setiap satu tu memang tak habis la ...kami dah asingkan siap-siap dan masukkan ke pinggan lain. Banyak tu mana nak habis boleh makan 5 orang lauk ni.
Selepas membayar bil berjumlah RM115.00 tu aku ambil kesempatan tangkap gambar iklan di depan kaunter bayaran tu.
Pemilik restoran tu kata ada pembekal bahan mentah untuk restoran ni tak perlu susah-susah mereka nak cari dalam hutan tu. Harga memang tak dipaparkan sebab berubah mengikut pasaran semasa. Ye la nak tangkap haiwan eksotik ni bukannya senang kan mesti ada lesen. Kalau kat zoo tu kita boleh lihat landak dan rusa dijaga dengan rapi dan dilindungi.
Dah kenyang kita bergambar depan banner pulak ye. Sajian ala banjar dan jawa ...tu antara suku keturunan yang ada di daerah Sabak Bernam ni. Jalan ke restoran ni boleh sampai ke Kuala Kubu dan Tanjong Malim. Lalu hutan yang memang gelap gelita la kalau memilih bergerak pada malam hari. Aku pernah ikut jalan ini untuk ke Kuala Kubu semasa menghantar rombongan pengantin adik lelaki aku. Masa balik tu air melimpah ke jalan raya,suspen juga banjir ke apa ni ?? Rupa-rupanya di sepanjang jalan tu ada kawasan berpaya yang agak rendah dan menakung air.
Aku tak lepaskan peluang nak juga posing dengan banner ni.
Sempat minta kad perniagaan dengan pemilik restoran ni. Kalau nak datang berkumpulan eloklah telefon dulu untuk memastikan makanan yang kita kehendaki dan tukang masak boleh bersedia awal. Apabila sampai je makanan dah siap untuk dihidangkan. Apapun aku bersyukur sangat sebab Allah tidak henti-henti memberikan nikmat-Nya kepadaku. Sebak dada ni rasanya tak tau nak kata apa. Sakit ini juga satu nikmat daripada-Mu Ya Rabb...ramai yang menghargai dan mengambil berat kepadaku. Insan yang aku rindui juga tidak dapat menutup kerisauannya hari ini. Barulah aku faham dan sedar bahawa semakin kita sayang kepada seseorang maka semakin kuat ujian yang diberikan kepada kita. Sandarkan kasih sayang itu hanya kepada Allah semata-mata maka akan mudahlah perjalanannya dengan insan.Kau kabulkan permintaanku satu persatu. Tak perlu aku persoalkan apabila ada yang masih belum kudapatkan kerana Kau lebih tahu perkara yang terbaik untukku. Nikmat apa lagi yang harus aku dustakan?? Ampuni aku ya Allah. Pandanglah aku dengan kasih sayang-Mu.Ampuni aku.
INFO MENARIK TENTANG LANDAK
Fakta Haiwan: Landak
Habitat Landak merupakan kawasan hutan serta kawasan pertanian.Boleh tinggal di dalam tanah(membuat lubang),dicelah batuan serta lubang batang pokok seperti tinggalan batang balak.Malahan landak juga mampu mendiami kawasan berumput termasuklah di kawasan gurun.
Terdapat 24 spesies landak di seluruh dunia.
Merupakan haiwan mamalia.Berdarah panas dan melahirkan anak.
Merupakan haiwan haiwan herbivor,iaitu haiwan yang memakan tumbuhan termasuklah buah-buahan tertentu dan juga serangga.
Jangka hayat landak boleh mencapai 5 – 7 tahun serta saiz purata menyamai saiz cawan teh.Landak betina mampu beranak sehingga 5 kali dalam tempoh 2 tahun dengan bilangan anak 1- 2 ekor setiap kali kelahiran.
Berat badan antara 5- 16 kg serta panjang antara 60 – 90cm.
Mempunyai bulu halus yang lembut,tetapi di bahagian belakang,tepi dan ekor terdiri daripada duri yang keras.Seekor landak dianggarkan mempunyai lebih daripada 30 ribu duri!.Duri landak jika tercabut akan tumbuh semula.
Duri landak merupakan senjata utama landak untuk menghadapi musuh.
Landak mampu menyerang dengan durinya merupakan satu mitos sahaja.Sebaliknya landak hanya mengembangkan durinya sewaktu di dalam keadaan bahaya.Durinya akan terlekat kepada badan haiwan yang cuba menyerangnya.
Landak merupakan haiwan yang cepat mengesan musuh.Mampu mendaki kawasan berbukit.Malahan di Amerika Utara( USA dan Kanada) spesies landak di sana mampu memanjat pokok! ( dengan bantuan ekornya) dan menghabiskan banyak waktu di atas pokok.Mampu bergerak pantas untuk bersembunyi.
Sambung Baca: http://www.eserikasih.com/fakta-menarik-mengenai-landak
HUKUM MAKAN LANDAK
Soalan; assalam..ustaz,apakah hukum makan daging landak..? ianya juga buas dan bertaring..trm ksh.
Jawapan;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.
Yang dilarang oleh hadis ialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya. Saya tidak pasti apakah landak mempunyai gigi taring yang berfungsi sebegitu. Adapun pandangan para ulamak tentang landak adalah seperti berikut;
1. Mazhab Hanafi dan Hanbali; haram memakannya kerana ia tergolong dalam binatang-binatang merayap/merangkak yang dipandang keji (khabaith), iaitu satu kelompok dengan tikus. Dalam al-Quran Allah berfirman (dengan maksud); “Dan dia (yakni Nabi Muhammad SAW) mengharamkan ke atas kamu yang keji-keji” (surah al-A’raf, ayat 157).
2. Mazhab Maliki dan Syafiie; harus memakannya kerana walaupun ia dari jenis merangkak, namun tidak dipandang keji oleh manusia, kerana itu ia tidak termasuk dalam ayat tadi. Dalam kitab Hayah al-Hayawan al-Kubra –kitab turas yang membincangkan tentang haiwan-haiwan-, pengarangnya (ad-Dumairi, wafat 808 hijrah) menjelaskan; Imam Syafiie berkata; “Landak halal dimakan kerana orang-orang Arab memandangnya sebagai makanan yang elok/baik” (2/361). Di antara kaedah dalam mazhab Syafiie -dalam menentukan jenis haiwan yang halal dan yang haram-; “Setiap haiwan yang dipandang elok/baik oleh orang Arab maka ia adalah halal, kecuali terdapat dalil Syarak yang mengharamkannya”.[1]
Ada diriwayatkan Nabi SAW bersabda; “Landak adalah dari binatang-binatang yang keji” (Musnad Imam Ahmad; 5954. Sunan Abu Daud; 3799. Dari Abu Hurairah RA). Namun ulamak-ulamak hadis menegasnya; sanad hadis ini adalah dhaif kerana terdapat beberapa rawi yang majhul[2], tidak boleh dijadikan hujjah dalam hukum-hakam. Kerana itu para ulamak masih berikhtilaf tentangnya (landak). Ulamak yang berpandangan dia binatang yang baik/elok, mereka menghalalkannya. Yang berpandangan dia binatang yang keji, mereka mengharamkannya.
Wallahu a’lam.
LANDAK BINATANG YANG DILINDUNGI?
Landak mengandungi Omega-3 lebih tinggi berbanding ayam dan daging serta bagus untuk mengelakkan sakit jantung. Ia dikatakan makanan berkelas tinggi kerana daging mentah yang mencecah RM80 sekilogram.
No comments:
Post a Comment