Saturday 14 February 2015

Masjid Selat Melaka

Masjid Selat, Melaka, yang dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia.Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.Daripada jumlah RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta. Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.Masjid ini mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Masjid ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006.


Masjid ini bercirikan seni bina Melayu dan campuran Arab dan Melayu. Konsep ini jelas dapat dilihat pada binaan kubah,binaan Muqarnas dan bumbung menara di sekeliling masjid. Masjid dibina atas permukaan air laut ini mempunyai persiaran kaki lima yang luas boleh berada di bahagian tepi dan belakang masjid. Pembangunan Landskap di hadapan masjid memberikan ketenangan kepada pengunjungnya.


8 Februari ku di sini...



Waktu yg panas terik,tapi bukan halangan untuk mengabadikan momen indah 


Laluan keluar Melaka Duck Tours di sini..bergerak dari jalan Menara Taming Sari sehingga ke Selat Melaka ini.


Ini dia Melaka Duck Tours...bergerak di darat dan air. Aku tak pernah naik. 

Admission Fee


Adult – RM 38.00
Child (12 years old and below) – RM 22.00
Teenagers (13-18 years old) – RM 27.00
Senior Malaysian Citizen (aged 60 and above) – RM 27.00
Admission is free for children below the age of three.
Full DUCK charter is available at RM 1,500.00. Family Package for 2 adults and 2 children is also available at a price of RM 100.00.


Ruang solat boleh menampung seramai 1500 orang jemaah. Terdapat sebuah menara berdiri setinggi 30 meter di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat Melaka. Terletak di atas menara ini adalah lampu amaran peringatan bagi kapal terbang yang lalu di atasnya dan berfungsi juga sebagai rumah api bagi perahu nelayan yang berada di persisiran pantai.


Ada dua kedai runcit yg menjual pelbagai barangan seperti air,aiskrim,tudung,key chain,t-shirt Melaka,buah-buahan dan stoking.


Selat terpanjang dan tersibuk di dunia






Pelancong bukan muslim dikehendaki memakai jubah dan tudung yang disediakan oleh pihak pengurusan masjid


Ruang utama solat



Tempat solat muslimah





Ini Dia Pahala Dan Keutamaan Solat Berjamaah

1. Pahala langkah kaki
Seorang yang berjalan ke masjid, maka tiap langkah kakinya akan diberikan satu pahala, dihapuskan satu dosa, dan dinaikkan satu darjat oleh Allah SWT. 
(Ibnu Majah:277,Muslim:1068 dan 1065).

2. Pahala menunggu waktu solat
Banyak antara kita yang berangkat ke masjid selepas azan supaya segera selesai. Tapi yang luar biasa, kita sebenarnya mendapat pahala yang besar apabila kita menunggu waktu solat!Jadi sebaiknya gunakan waktu menunggu solat untuk berzikir.
Orang yang menunggu solat di masjid diberi pahala seperti sedang solat (Bukhari:611)

3. Di doakan Malaikat
Seorang yang menunggu solat,tepatnya dari masuk masjid sehingga waktu solat maka dia bakal didoakan malaikat dengan doa : “Ya Allah Ampunilah dia, Ya Allah ampunilah dia”, tanpa henti sampai waktu solat. Subhanallah!


4. Mendapat naungan saat kiamat
Ada tujuh golongan yang dinaungi kelak. Dan salah satunya adalah orang yang hatinya terpaut dengan masjid. Seorang pemuda yang hatinya terikat dengan masjid, orang-orang itulah yang akan mendapat perlindungan daripada Allah saat kiamat kelak. (Al-Bukhor:620)

5. Doa malaikat ketika di shaf hadapan
Sesungguhnya para Malaikat memberikan selawat kepada orang-orang yang berada di shaf pertama.” 
(HR. Ibnu Hibban no.2157) 
Menanggapi sabda Beliau, para sahabat bertanya, “Apakah juga kepada orang-orang yang berada di shaf kedua wahai Rasulullah? ” 
Kemudian Rasulullah berkata, “Juga kepada orang-orang yang berada dishaf kedua.” 
(HR. Ahmad dan Ath Thabrani, dihasankan oleh Syaikh Al Albani)

6. Subuh dan 119 pahala
Seseorang yang melaksanakan solat subuh berjamaah, maka orang itu akan mendapatkan pahala 119 kali dibanding solat sendiri. (Muslim:1049).

7. Isya dan 59 pahala
Seseorang yang melaksanakan solat isya berjamaah, maka dia bakal mendapat pahala 59 kali ganda. (Muslim:1038)

8. Zuhur, Asar, Maghrib dan 27 pahala
Kalau solat Zuhur berjamaah, Asar dan Maghrib berjamaah, masing masing dilipatgandakan 27 kali kalau kita laksanakan secara jamaah (Muslim:1038)

9. Pahala ketika sakit
Ketika kita sedang sakit dan tidak mampu ke masjid (setiap hari sudah ke masjid). Pada saat kita tidak ke masjid dan solat di rumah, kita akan dapat pahala yang sama seperti waktu solat di masjid. (Abu Daud:2687)

10. Terhindar dari sifat munafik
Tidak ada solat  yang lebih berat bagi orang-orang munafik daripada solat subuh dan isya. Seandainya mereka tahu nilai yang terkandung di dalam kedua-dua solat itu, pastilah mereka mendatangi (masjid tempat) kedua solat itu meskipun dengan merangkak.






















2 comments:

  1. Teringat pau coklat kat sana... Mcm sedap je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenama bestmas ada jual di Taufik Kopitiam Kuala selangor

      Delete