Monday 26 December 2016

Takayama Bersalji

16 Disember 2016...bangun tidur dari bilik guesthouse aku melihat salji memutih di atas jalan raya dan bangunan. Pertama kali melihat salji begini dan tak sabar hendak keluar berjalan di sekitar Takayama.


Tidur tingkat atas katil double decker...melihat keluar tingkap sudah dipenuhi salji. Syukur alhamdulillah dengan pengalaman ini. Sangat indah.


Taman berdekatan dengan guesthouse kami.


Hotel berdekatan K'house. 


Sejuk sangat terasa tapi masih ok lagi.


Cantik kawasan sekitarnya...tak penat berjalan pun malah semakin seronok melihat di mana-mana ada salji.


Kak Emma paling seronok dan teruja bergambar dengan salji.


Sebelah kiri tu perumahan tradisional...bangunan kayu


Setiap pokok ada kayu yang diikat,tujuannya mengelakkan batang pokok patah apabila ditimbuni dengan salji.


Parit ke longkang ni..besar sangat,nampak ikan berenang..itik pun ada.Takayama ni pekan kecil je..


Keterujaan dengan salji


Pasar pagi di Takayama..nak tengok je tak berhajat membeli pun.


Berhampiran pasar ni ada parit atau longkang besar,air masih mengalir lagi belum nampak salji memutih di sini. Bersih kawasan sekitarnya tak nampak ada sampah. Nampak ikan besar hidup bebas...takde pulak yang nak menangkap ikan tu.


Gerai berbumbung dan dinding plastik. Meja tempat menjual barang dan hasil pertanian.


Sayur,kraf tangan,kuih-muih,pakaian,madu lebah pun ada juga. Petani menjual sendiri hasil tanaman mereka di sini. Suasana sejuk bukan halangan untuk berniaga demi mencari sesuap nasi. Orang Takayama ni kurang ramah,mereka duduk je merenung barang jualan tu. 


Pelbagai jenis buah ada dijual..epal paling banyak


11.30 pagi mencari tempat makan yang halal dan dibuka..,kami pelanggan pertama yang masuk ke kedai makan ni. Walaupun belum bersedia sepenuhnya tapi kami dibenarkan masuk. Bolehlah kami memanaskan badan sementara menunggu makanan sampai.


Dekorasi kedai makan ni berasaskan kayu,boleh memilih nak duduk di kerusi atau di lantai je. 


Kaunter bayaran..ada teh percuma disediakan di situ. Teh tanpa gula dan dapat memanaskan badan. Cawannya kecil je memang tak cukup kalau minum sekali.


Masa untuk makan tengah hari..sejuk-sejuk ni memang cepat lapar. Makan roti dan coklat pagi tadi memang tak cukup sebab aku biasa sarapan dengan nasi. Makan berat nasi dan lauk kerana biasanya tak makan tengah hari.


Gyeongji...susah nak disebut namanya. Mi soba,di atas ada telur goreng dan telur separuh masak...sayur ada sikit. Ada menu nasi iaitu tendon tapi hari tu dah makan jadi aku nak try yang lain pulak. Sedap juga dan habis licin aku makan. Tendon kawan makan tak habis sebab dia rasa udang masih mentah.


Di dinding kedai banyak sangat bergantung kertas tulisan Jepun ni,kata Rafidi itu menu kedai ni.Selepas makan kami balik semula ke hotel untuk solat. Petang ni keluar jam 12.40 untuk menaiki bas ke Shirakawago...tempat idaman dan penyebab aku datang ke Jepun lagi pada tahun ini. Teruja dan tak sabar hendak ke sana.

1 comment:

  1. The Casino In Reno: Slots, Table Games, And More
    Casino In Reno 충청남도 출장샵 is 인천광역 출장안마 the closest place 나주 출장샵 to Reno, Nevada. Located just a few minutes from downtown Reno, you'll find 광주광역 출장마사지 a vibrant array 광명 출장마사지 of table games,

    ReplyDelete