18 Disember 2016 aku masih lagi di Tokyo. Hari ni akan pulang ke Malaysia pada jam 11.45 malam dari Haneda Airport. Selepas ke Imperial Palace dan makan tengah hari di kedai makan vegetarian berdekatan Tokyo Sky Tree,kami bercadang naik ke menara yang kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 634m. Alang-alang dah sampai rugilah tak mencuba melihat sendiri.
Bergambar di hadapan Skytree yang menjadi kebanggaan rakyat Jepun.Tokyo Skytree meliputi sistem telekomunikasi penyiaran,restauran dan menara pemerhatian bandar Tokyo yang terletak di Sumida,Tokyo,Japan.Struktur menara ini mencapai ketinggian 634m pada Mac 2011,menjadikannya tertinggi di dunia menggantikan Canton Tower dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa yang mempunyai ketinggian 829.8m.
Di hadapan pintu masuk kaunter pembelian tiket Skytree.Skytree siap dibina pada 29 Feb 2012 dan mula beroperasi pada 22 Mei 2012.Satu pengalaman menarik akan dirasai pada kali ini.
Di sini memaparkan menara di seluruh dunia dengan catatan ketinggiannya.Tercari-cari Menara Kuala Lumpur atau KL Tower.Berikut senarai menara tertinggi di dunia:-
1.Burj Khalifa(Dubai,Uni Emirat Arab-828m)
2.Tokyo Skytree(Tokyo,Japan-634m)
3.Abraj al-Bait(Mekah,Arab Saudi-601m)
4.Canton Tower(Ghuangzhou,Tiongkok-600m)
5.CN Tower(Toronto,Kanada-553m)
6.One World Trade Centre(New York-541m)
7.Taipei 101(Taipei,Taiwan-509m)
8.Shanghai World Financial Centre(Shanghai,Tiongkok-492m)
9.International Commerce Centre(Hong Kong,Tiongkok-484m)
10.Petronas Tower(Kuala Lumpur,Malaysia-451m)
Pengunjung terlalu ramai pada hari itu,hendak menjimatkan masa aku memilih 'fast lane' dengan bayaran 4000 yen malah akan berhenti di tingkat 350 dan 450.Anggaran masa satu jam sahaja kerana akan ke tempat lain pula.
Ramai yang berselfie di sini....seram kalau melihat lama-lama ke bawah.
Aku membeli 'snow globe ' di sini dengan harga 950 yen.Selepas turun,kami ke masjid dan Ueno(makan kebab Turki).Ueno seperti pasar malam yang menjual pelbagai barang.
No comments:
Post a Comment