14 Disember 2016...ke Nara Park lagi. Tahun lepas hanya setengah jam sahaja di taman ni kerana mengejar masa hendak ke Kobe. Pagi selepas sarapan dah keluar awal-awal lagi. Tak bawa payung kerana cuaca dijangka tak hujan.
Dah sampai stesen nak ke Nara.
Patung rusa
Keluar dari stesen je terasa angin sejuk...sejuk betul la tak main-main.
Warna yang sama seperti setahun yang lalu. Kebetulan je ni.
Tulisan Welcome to Nara di atas bangunan tu nampak kecil je
Beli kuih tradisional Jepun iaitu Mochi. Harganya 300 yen dalam satu paket ada 3 ketul Mochi berwarna hijau.
Kak Emma dilarang mengangkat Mochi utk bergambar. Lebih banyak isi harganya lebih mahal.
Makan sorang seketul dengan Hanafi yg membantu Rafidi menjadi tour guide kami hari ni.
Sedap lembut,inti kacang merah. Cara membuatnya yang aku pernah tonton di televisyen dulu memang susah. Tepung yang masih panas diketuk dengan kayu sampai kembang dan lembut. Ada alat membuat Mochi tapi hari ni banyak yang dah siap.
Kedai makan di tepi tasik.
Rusa dah terlepas sedangkan Nara jauh lagi.
Lanca sewa untuk mengelilingi Nara. Nak tanya harga tapi dah ada orang yang nak sewa. Jalan kaki ajelah
Dah sampai Nara Park. Banyak rusa berkeliaran bebas di sini. Binatang suci mereka jadi haiwan ini bukan untuk dimakan ye
Pegang bulu rusa yang kasar...rusa pun nak panaskan badan juga kan macam aku pakai baju berlapis-lapis untuk mengurangkan kesejukan.
Rusa di sini jinak-jinak. Punggung aku kena cium dengan rusa hahahha
Berjalanlah kami menjelajah keluasan taman ni sampai kembang tapak kaki ni hahhaha
Macam-macam style
Style gaduh
Penat tak terasa sangat sebab udara sejuk lagi nyaman
Pokok di sini dijaga dengan baik. Batang pokok di salut dengan dawai pada pangkalnya bagi mengelakkan kerosakan...rusa kan nak geselkan badan,tendang-tendang pokok
Pondok rehat. Tak ramai yang berjalan sejauh kami ni. Explore habis hari ni.Balas dendam yang tahun lepas punya.
Pokok yang tiada daun tu pokok sakura.
Ada tasik yang luas dan pondok rehat.
Memang cantik kawasan taman ni
Cara bergaya terkini ye
Masih ada lagi pokok berdaun warna merah dan kuning
Tak letih mendaki tangga ni kerana hati dah terpikat dengan keindahan tamannya
Di hadapan Botanical Garden
Dalam hutan tu ada lagi rusa duduk lepak-lepak
Kedai makan
Suasana hijau begini memang aku suka sangatlah
Kak Emma kena tendang dengan rusa di sini. Marah kot dapat biskut sikit je.
Mujurlah tak kuat kena tendang rusa tu
Hehehe gaya baru lagi
Cantik kot
Selfie kat tasik tadi..banyak ambil video di sini.
Kami makan aiskrim green tea sebelum keluar dari Nara Park. Sejuk kot mulut aku ni...gilos betul la gara-gara teringin sampai tak kesah sejuk dah. Dari Nara ni kami makan Ramen Honolulu. Tak lama tunggu giliran. Ambil tiket dan bayar di mesin tu..tiket tadi serahkan pada pembantu kedai. Ramen spicy harganya 980 yen. Sedap sangat.Solat di Namba Station kemudian ke Osaka Aquarium Kaiyukan.
No comments:
Post a Comment