Friday, 23 December 2016

Osaka 2016

Assalamualaikum..hari ni 12 Disember 2016 bersamaan hari Isnin tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita cintai ..Alhamdulillah tarikh ini sudah hampir aku ke Jepun lagi buat kali kedua.Rancangan ke Jepun dibuat selepas tidak jadi umrah atas sebab kesihatan kakak pada waktu itu. Aku melihat fb untuk mencari pakej travel yg sesuai dan terlihat trip ke Shirakawa Jepun,perkampungan tradisional yg terkenal itu. Japan Budget Trip(JBT) terus aku hubungi kemudian aku mengajak Kak Emma untuk ikut serta. Kak Emma merupakan rakan travel semasa pergi ke Jepun bulan November 2015 tahun lepas. Tak sangka juga akan pergi lagi dengannya sedangkan kami merancang hendak ke Guilin,China.
Pakej Osaka-Shirakawa-Tokyo ni berharga RM2990...memang mahal daripada sebelum ni tapi disebabkan tarikan Shirakawa tu perasaan mahal tu dilupakan. Tiket flight beli sendiri. Tiket pun mahal juga tiba di Kansai Airport dan balik di Haneda Airport. RM2167..termasuk makan nasi lemak Pak Nasser pergi dan balik.Pejam mata je bayar tiket flight tu sebab dah teringin sangat nak ke Shirakawa-go.Bertolak ke KLIA dengan keluarga..flight 1255 pagi...lama menunggu di KLIA.


Dah berjumpa dgn Kak Emma..depan Starbucks macam biasa. Termasuk ni dah tiga kali travel dengannya. Dulu ke Jepun tahun 2015 kenal masa di airport Kansai,masa tu 13 orang ramailah juga. Kemudian ke Acheh bulan Mei 2016 tadi pergi empat orang dan ni kami berdua sahaja.Tahun depan insya Allah ke Guilin pulak kita.



Jam 10 malam dah siap-siap check in. Lega dah selesai semuanya.




Dalam flight..duduk terpisah tapi baris yang sama. Lewat sikit terbang lebih kurang pukul 1.15 pagi. Aku tidur je sepanjang perjalanan. Pukul 6 pagi terjaga ambil wuduk dlm tandas kemudian solat subuh sambil duduk. Wajib solat ni kalau menunggu sampai airport lama lagi. Makanan sampai pukul 8 pagi...perut dah berkeroncong sangat masa ni. Nasi lemak pak nasser macam biasa. Berselera makan macam kebuluran. Sampai di Kansai Airport pukul 9.45 pagi. Aku tengok jam Malaysia.Sepatutnya sampai 9.20 pagi. Dah delay tadi.




Pemeriksaan ketat imigresen Jepun ni. Punyalah panjang beratur dan ramailah sangat pelancong ke sini...tapi banyak kaunter sementara disediakan utk pemeriksaan pasport. Pekerja tambahan ni pun mesra tersenyum je. Berjumpa dgn Rafidi dari Japan Budget Trip di depan restoran Sanuki. Dia dah siap bagi info semasa di Malaysia lagi. Perut kami masih kenyang lagi jadi teruskan perjalanan je.


Muka ceria baru sampai ke Jepun buat kali kedua untukku dan kali ketiga buat kak emma.13 Disember hari ni...berjalan ke stesen kereta api...jauh juga berjalan,kepala masih ning nong lagi tapi semangat nak meredah bandar Osaka hari ni. Aku tak ingat apa nama stesennya nak mencatat pun tak sempat ,ikut je la mana Rafidi bawa kami. Sampai  di hotel Toyoko Inn di bandar Osaka. Letakkan beg di lobby je dulu sebab belum waktu check in. Hujan renyai di luar...


Barang pertama yang dibeli ialah payung..harganya 524 yen. Tak beli berhujan pulak kan. 


Terjumpa pokok berdaun kuning ni,gingko biloba kata kak emma. Sempat rakam video dan bergambar di sini. 


Makan mi soba,nasi,udang tempura,sotong dan teratai(digoreng salut tepung).Aku ingatkan teratai tu kentang...sedap la juga makan sampai habis. Harga satu set 650 yen.


Air teh ais yang kami minum...cantik jug airnya.


Di hadapan kedai makan


NAMBA-KUROMON MARKET


Nak masuk Kuromon Market


Banyak lobster besar-besar di sini.Harga pun mahal..setakat sepit je dah 1000 yen satu batang.


Macam kerang tapi besar


Landak laut sebelum dibuka. 3000 yen sebiji.


Landak laut selepas dibuka. Seumur hidup tak pernah tengok,ada je yang dah masak.


Lobster seekor 19 000 yen dan 20 000 yen. Kalau tukar duit Malaysia,20 000 yen tu bersamaan RM800.00. Wahhhh pengsan bangun balik aku hahhaha


Pelbagai jenis sayur


Hasil laut ikan buntal pun ada jugak. Buang racun di atas kepala ikan tu sebelum dijual.


Panjang dan banyak lorong pasar ni.Dibuka setiap hari.


Lobster di sini memang menarik dan menggecurkan air liur.


Ikan dah siap dipotong


Rahang ikan pun ada


Ikan buntal


Sotong kurita yang warna merah tu


Epal


Strawberi banyak dijual tapi mahal


Pelbagai jenis ikan dan kerang sudah siap pek. Ada hiasan sekuntum bunga di dalam paket tu. Kreatif betul la.


Pelbagai jenis ubi


Ubi dah siap rebus. Seketul 650 yen...


Limau dah siap dibungkus


Buah-buahan potong dan air buah pun ada


Kimchee 


Tiram..,oyster ni entah apa rasanya


Susu segar


Fish ball dah siap masak


Satu set udang,ikan,lobster...10 000 yen tu kira-kira RM 400.00. Lupakan ajelah,cari yang murah dan mengenyangkan.


Bihun,mi,makanan bergoreng 


Sayur yang sudah dimasak


Memasak dan menjual


Bunga segar


Kekacang dan makanan ringan


Dua biji epal 550 yen....mahalnya


Wasabi yang dijadikan penambah perisa pada makanan



BILIK SOLAT DI STESEN NAMBA


Sebelum ni tak tau pun ada bilik solat di stesen kereta api ni


Pergi kaunter pertanyaan ni dan dapatkan borang untuk kebenaran menggunakan bilik solat. Dah siap isi borang barulah dapat kunci,


Di hadapan bilik solat


Sebelah kiri untuk perempuan dan kanan tu lorong ke tempat solat lelaki.


Selesa 


Tempat mengambil wuduk. Satu je kepala paip,seorang sahaja dapat menggunakan. Ada air sejuk dan panas. Tengok warna biru dan merah pada kepala paip.


Al quran dan buku agama disediakan 


Ada waktu solat di Osaka


Arah kiblat juga disediakan. Telekung dan sejadah tiada disediakan. Gunakan milik sendiri je,



BELI PABLO


Sebelum ni melihat dari luar kedai je..,terliur melihat makanan yang dijual. Tapi kali ni Rafidi menjamin kehalalan Pablo di sini.


Nampak cantik dan sedap


Beratur punya la panjang. Ramai peminat  Pablo ni rupanya.


Pilih yang original

  

Aku berkongsi beli Pablo ni harganya 850 yen. Dalamnya cheese agak cair. Sedap rangup kulit luarnya.



PAKAI KIMONO DI TOURISM JAPAN


Di luar hujan jadi nak berjalan pun agak sukar sedikit. Kami di bawa ke sini untuk menyewa kimono 1000 yen sepasang.


Pekerja di situ akan membantu memakai kimono ni. Boleh memilih warna dan saiz kimono yang sesuai. Kemudian bergambarlah di dalam ni sesuka hati nak berapa jam pun ikut kita.


Nak sesuaikan dengan tudung biru yang aku pakai tu jadi pada kimono ada bunga biru.


Ramen segera harga 800 yen sebungkus. Baca kat web orang kata sedap. 


Pamplet tentang tempat menarik di Osaka khususnya 


Macam-macam aksi kami


Pegang kipas


Dalam bilik persalinan


Berkimono tapi memegang pedang samurai....lantak le aku punya suka nak bergaya kan


Idea kak emma cara nak
bergaya di depan kamera


Lawaknya


Ni idea aku pulak..rasa dah panas pakai kimono ni...ketat susah nak berjalan


Sudah penat nampaknya




BILIK HOTEL TENNOJI TOYOKO INN OSAKA


Hari dah gelap barulah kami balik ke hotel. Selesa la hotel ada dua katil ni. Bilik air pun besar. Wifi pun ada.Tidur lena sekali malam ni...esok nak jalan-jalan di Nara Park.


No comments:

Post a Comment