Travel ke Jakarta-Bandung ini dah lama berlalu pada 30 Mei 2014.Tapi masa tu masih tiada blog,syukur gambar masih tersimpan di dalam hard disk. Aku pergi ke sana dengan sahabatku iaitu Kak Lim juga anak saudaranya Arina. Kami menggunakan perkhidmatan Andalusia Holidays.Kak Lim sudah dijemput Ilahi pada 1 Feb tadi kerana menghidap kanser payudara. Kehilangan seorang sahabat memang cukup kurasai...catatan ke Bandung masihku simpan dengan baik lagi. Rajin menulis masa tu. Rancangan ke Bandung ini kerana memenuhi permintaanku pada hari lahirku 12 April,Kak Lim terus saja bersetuju untuk ke sana. Tahun lepas kami ke Vietnam mengikut trip rakan sekerja tapi semua gambar sudah hilang entah ke mana.
Kami tiba di di KLIA pada jam 10.00 pagi.Check in bagasi pada jam 11.45 pagi. 2.30 petang berlepas ke Jakarta.
1.Jangan membeli barang di Tangkuban Perahu kerana harga yang mahal.
2.Handbag mesti silang di hadapan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini
3.Jangan membeli makanan atau minuman sesuka hati dari gerai atau kedai makan yg tidak direcommend oleh tour guide kerana dikhuatiri tahap kebersihannya.
Populasi jumlah penduduk terbesar di Indonesia turut diceritakan antaranya:
1.Jakarta
2.Surabaya
3.Medan
4.Semarang
5.Bandung
Indonesia mempunyai 17 508 pulau,namun yang dihuni rakyat cuma 6 ribu sahaja.Terdapat 127 gunung berapi,41 di Pulau Jawa.
Hujan pada jam 7.15 petang.Kami berhenti makan malam di restoran Minang dan solat di belakang restoran tersebut ada sebuah masjid.
Selesai makan pada jam 8.30 malam bertolak ke Bandung. Cuba tidur tapi kaki sakit kerana bas sempit. Berhenti di rnr. Jam 12 malam sampai di hotel.
Bilik hotel di Bandung untuk tiga orang,katil extra utk Arina.Bilik kecil je tapi bolehlah solat berganti-ganti.
Terjaga jam 4 pagi terus mandi dan solat Subuh. Subuh di sini pada jam 4.45 pagi.
Kaunter hotel pertama di Bandung iaitu malam pertama kami sampai dari KLIA.
Hotel Residence.Ada kedai runcit di dalam hotel ini.Aku membeli SIMPATI (sim card phone) berharga 15 ribu rupiah,top-up 25 ribu,coklat 4800 idr.Dapat menelefon keluarga di kampung.
Selepas bersarapan kami bersiap sedia untuk ke Tangkuban Perahu.Bas yang digunakan sejak semalam.Jarak antara kaki dengan tempat duduk memang sempit.Ada rakan sama travel ini bengkak kakinya kerana tidak dapat melunjurkan kaki selama beberapa jam di dalam bas semalam.
Ceria perut dah kenyang dan puas tidur malam tadi.Tak sabar hendak memulakan perjalanan hari ini.
Teksi
Di dalam bas...jalan sesak dan kenderaan bertali arus tak putus-putus.Pertama kali ke Indonesia melihat keadaan begini rasa sesak nafas.Dua lorong boleh memuatkan empat kenderaan serentak.Cermin sisi kenderaan sangat rapat.
Rumah mewah di kota Bandung
Gerai makanan Siomay...tak pernah tau apa itu Siomay sehinggalah memakannya sendiri pada tahun 2015 di Malang.
Keluar dari bas itu kami menaiki van pula.Satu van boleh memuatkan enam orang sekali perjalanan.
Dah sampai di Tangkuban Perahu,tempat popular di Bandung.Angin sejuk memberikan keselesaan.
Ada gerai cenderamata dan makanan sebelum sampai ke papan tanda Tangkuban Perahu.
Taman Wisata Alam -Tangkuban Perahu.Ketinggiannya dari aras laut kira-kira 2076 meter.Gunung berapi di dunia yang boleh didaki dengan menaiki motosikal.
Ketinggian 1830 meter.Pada tahun 1713,Tangkuban Perahu telah ditemui oleh Abraham Rabeck.Dahulu terdapat gas beracun karbon monoksida.
Kawah gunung berapi Tangkuban Perahu yang masih aktif dan kelihatan asap.
Penjual makanan dan hasil kraf memang banyak seperti ini...ada yang duduk menunggu pelanggan tetapi ada juga yang mengejar pelanggan malah seakan-akan memaksa aku membeli barangan yang mereka jual.
Hasil kraf daripada kayu.Aku melihat dari atas pondok sahaja.Pak Irawan sudah berpesan supaya tidak sesuka hati bertanya apalagi membelek barang jualan mereka kerana khuatir kita dianggap ingin membeli barang tersebut.Jika tak jadi mungkin akan mendatangkan kemarahan para penjual itu.
Ada surau disediakan untuk kemudahan orang Islam bersolat.Tandas dikenakan bayaran idr 2000 seorang.
T-shirt...
Kawasan hijau dan cantik
Gerai menjual cenderamata
Ramai pengunjung pada hari ini
Sri Ater Hot Spring
Solat dhuha dan zuhur di sini
Makan tengah hari di Kedai Sunan Ambu
Kak Lim dan Arina
Banyak hiasan buluh di dalam kedai makan ini
Dua patung singa menunggu kedatangan pengunjung yang ingin menjamu selera.
Makanan tengah hari secara buffet.Pelbagai pilihan lauk yang menyelerakan.Minum air sirsak atau durian belanda berharga idr 72 ribu segelas.Kak Lim belanja.
Makan tengah hari pada hari ketiga.Banyak shopping hari ni.Pergi Factory Outlet Jalan Chimpelas,Passion,Summit.Hujan lebat dan aku melihat seorang kanak-kanak mengambil upah memayungkan orang untuk pergi ke tempat lain atau memasuki kereta dari depan Passion. Kanak-kanak perempuan itu tidak memakai kasut dan sanggup basah kuyup ketika memayungi orang lain.Gigih dan tabahnya mencari sesuap nasi.Pasar Baru tempat paling best untuk shopping.Bangunan bertingkat-tingkat,memang letih berjalan semua kedai ni.Aku membeli telekung,t-shirt,kain batik,baju tidur jumbo idr 90 000 sehelai,kain sulam,kemeja jawa lelaki idr 60 000 sehelai dan tudung idr 50 000 sehelai.
Sayur ni sedap dan rangup.
SENARAI BARANG YANG DIBELI
1.Beg kecil untuk mengisi telekung-12 buah berharga idr100 000.Beli dengan penjual di luar bas.
2.Fridge magnet 3 paket-idr 50 000(Cibaduyut)
3.Seluar jeans-idr 225 000 sehelai(Grutty Cibaduyut)
4.Oleh2 kerepek dan dodol - idr 160 000
5.T-shirt - idr 225 000
6.Sarung Mataram 12 pasang x 45 000 = idr 540 000
Anacaini = idr 70 000
Sarung putih = idr 65 000
7.Kain sulam blok Rania 4 pasang x idr 160 000 = idr 640 000
8.Kain chiffon sulam 3 pasang x idr 110 000 = idr 330 000
9.Kain satin block tebuk kuning 1 pasang x idr 200 000
10.Chiffon baby silk crepe 1 pasang x idr 170 000
TIBA DI JAKARTA
Hotel kedua kami sebelum pulang ke Malaysia iaitu Hotel Triniti.Turun sarapan jam 6.15 pagi.
Tempat yang dilawati di Jakarta:
1.Sudan Kelapa Harbour -pelabuhan yang terkenal di Jakarta.20 minit sahaja di sini bergambar di depan kapal,
2.Fathahilah Square - kawasan bangunan kolonial
3.ITCC Mangga
4.Taman Mini Indonesia
Bangunan zaman kolonial penjajahan Belanda
Zaman dahulu tempat mandi para pegawai
Arina sudah kepenatan.
Gadis ini pernah bekerja di Shah Alam.Aku sempat menemuramahnya sambil bergambar.Pakaian wanita Belanda.Dia akan berdiri di depan bangunan ini apabila melihat pelancong menghampiri kawasan ini.Wajahnya dicat warna putih dan memegang payung seperti gaya wanita Belanda.Para pengunjung yang ingin bergambar harus meletakkan wang ke dalam tong yang disediakan.
Makan makanan Minang di Salero Jumbo.
Taman Mini Indonesia.Kami tidak berhenti di setiap contoh rumah,hanya melihat dari dalam bas.
Rumah orang asli Irian.
Replika babi sebagai haiwan ternakan orang asli Irian.
Pak Irawan memberikan info tentang ruang yang ada di rumah ini.
Puas dah bergambar di sini.
Cable car
Patung orang asli menggunakan perahu.
Menurut Pak Irawan dahulu Indonesia mempunyai tiga gunung emas.Namun semuanya telah diangkut oleh penjajah.
Bayangkan jika emas ini diagihkan kepada seluruh penduduk di Indonesia...pembangunan ekonomi dan taraf hidup rakyat pasti lebih maju.
Thamrin City...pusat beli-belah terakhir sebelum bertolak ke airport.
Perjalanan ke Jakarta-Bandung ini menggunakan perkhidmatan Andalusia Holiday Sdn Bhd.Walaupun banyak tempat shopping....mulanya tak mahu shopping tapi akhirnya terjebak apabila melihat rakan travel seronok membeli.....pengalaman ini sangat berharga untuk perjalanan yang seterusnya.Di dalam hati tertanam impian hendak mengelilingi satu Indonesia suatu hari nanti,malah Bandung pasti akan dikunjungi lagi.Kak Lim sudah tiada di dunia ini,kenangan kita tetap terlukis di hati selagi hayat dikandung badan.
No comments:
Post a Comment