Alhamdulillah rancangan ke Malaysia sejak bulan Mac terlaksana pada September ini. Aku dan Ratnasari ke Pulau Pangkor,Perak pada 13 September 2016,selepas Hari Raya Aidil Adha.
Sebelum bertolak ke Lumut berhenti dulu di papan tanda Sungai Besar...aku sendiri tak pernah bergambar di hadapan ini...sekarang aku menjadi tour guide jadi harus lebih prihatin tentangnya.
Tak sampai dua jam sampai di Lumut,parking kereta di tempat berbumbung. Ratnasari makan nugget dan sosej sebelum menaiki feri. Kedai makan ni di bawah tempat parking je.
Tiket feri RM10 setiap seorang. Aku memilih tempat duduk di tingkat atas supaya dapat melihat pemandangan laut yang indah. Walaupun cuaca panas terik tapi angin bertiup kuat.Takut kepala pusing jadi Ratnasari banyak duduk saja.Pertama kali baginya menaiki feri,lama2 perasaan takut sudah hilang.
Ramai juga yang naik di bahagian atas feri ni,kalau di dalam feri ada aircond tapi nak bagi pengalaman kepada Ratnasari melihat keindahan laut dari atas feri ni.
Tak sampai setengah jam kami dah sampai di jeti Pulau Pangkor. Van pink membawa kami ke Nipah Chalet,bayaran RM10 utk dua orang. Aku dah siap menempah bilik melalui booking.com dengan bayaran semalam RM90 sahaja.
Gunakan khidmat Nipah Chalet sahaja untuk menempah perkhidmatan bot dan snorkeling. Bayaran utk dua orang hanya RM70 sahaja. Jam 4 petang sudah ke pantai menunggu bot yang akan membawa kami ke Pulau Giam,iaitu tempat snorkeling.
Dari atas bot menuju ke tempat snorkeling. Di hadapan kelihatan batu berbentuk kepala buaya. Pemandu bot berhenti sebentar untuk mengambil gambar.
Selfie di atas bot yang bergerak. Kamera,telefon dan dompet aku masukkan ke dalam beg plastik,khuatir terkena air nanti.
Dah sampai di Pulau Giam. Kami diberi penerangan cara memakai gogal itu sebelum menyelam.
Tak sabar hendak menyelam...ramai orang petang ni,air warna kehijau-hijauan
Semuanya memakai jaket keselamatan.
Teknik mengapungkan badan..memberikan perasaan yakin dan menghilangkan ketakutan.
Ratnasari sangat gembira berada di dalam air nampaknya..
Wajah ceria ... nanti kunjungan lagi ke pulau yang lain pula ya
Ikan yang ada tidak dibenarkan dipegang kerana dikhuatiri mencederakan. Aku hanya sekali sahaja cuba menyelam. Kalau ada membawa roti dapat mengumpulkan ikan tu jadi tak payahlah nak snorkeling.
Bagus...saya tak sejuk dan saya tak sakit.. Si usil paling lama berendam dalam air,aku tolong ambil gambar dari atas batu.
Ramai je orang walaupun dah petang,syukur cuaca baik tak hujan kalau tak lagilah kesejukan.
Banyak duduk melepak je sambil main air,gogal tu hiasan kat kepala je.
Sewa motosikal RM40 sehari dengan chalet tempat aku menginap. Minyak motor masih banyak lagi jadi tak payah isi.
Sempat la keliling Pantai Nipah ni naik bukit turun bukit...lama tak naik motor.
Tak ramai pelancong di sini cuma dua tiga orang je mungkin sebab jauh dari chalet.
Hati-hati menunggang motosikal ye mesti memakai helmet.
Sebelum naik bot tu kami makan di gerai berhadapan laut. Aku makan kuew tiaw goreng dan minum air epal. Ratna makan mi goreng.
Di sini aku membeli banyak key chain,lima unit harganya RM10.
Esok pagi kami mencuba naik jet ski pulak. RM70 untuk 20 minit dan tambahan 5 minit.Mula-mula ditunjuk ajar cara menggunakan jet ski tu.
Ratna diajar dulu sebab dia yang akan memandu dan aku duduk di belakang.
Akhirnya hanya Ratna saja dengan pekerja tu..dia tak yakin nak bawa jet ski,kami akan berganti-ganti mencuba jet ski tu,10 minit setiap orang.
Ratna nak memulakan penerokaan laut dengan jet ski..pertama kali mencuba mestilah cuak..aku pun gigil jugak.
Aku menunggu Ratna selesai naik jet ski di tepi pantai,rasa lama sangat menunggu.
Memang best dan mencabar fizikal naik jet ski ni.
Masa aku pulak mencuba jet ski. Susah juga kalau tak biasa. Aku cuba perlahan je.
Pekerja tu tolong pulas minyak sambil berdiri kat belakang aku,tangan aku memegang handle jet ski je. Laju betul dan hentakan pada air tu rasa macam batu je. Korner lipat pulak tu buat percikan air yang besar terkena pada muka. Air masin tu tertekan la pulak.
Check out chalet jam 1230 tengah hari. Aku mintak lewat setengah jam sebab nak mandi selepas main jet ski tu. Van pink mengambil kami dari chalet ke jeti Pulau Pangkor.
Dah sampai di jeti Lumut.Orang dah beransur masuk tapi kami masih sibuk bergambar lagi.
Sekitar jeti Lumut terdapat banyak binaan yang cantik terutama di taman di hadapan kedai menjual t shirt dan produk laut.
Setiap kehidupan akan melalui ujian..siapa yg kuat akan mampu bertahan..di sini kita saling melihat dan mengenali siapa diri kita yg sebenar,terima setiap kelemahan kerana tiada manusia yg sempurna..ikhlaskan hati menerima dan memahami.
Jeti Lumut banyak hasil laut utk para pelancong mencari oleh2 seperti sotong,udang,ikan kering,belacan,ikan bilis pelbagai jenis dan saiz,keropok ikan,sotong dan ketam...banyak lagilah..
Banyak jugalah aku memborong di beberapa kedai di sini.
Kepala ikan jaws juga ada ...replika sahaja..
Alhamdulillah...Ratna sihat sepanjang berada di Pulau Pangkor ini. Terima kasih ya Allah.
Replika ketam dan kerang yang digantung..Lumut,Teluk Batik dan Pulau Pangkor memang terkenal dengan hasil laut.
Tak rugi berkunjung ke Pulau Pangkor kerana pantainya bersih dan pemandangan indah serta banyak aktiviti air boleh dilaksanakan. Datang bersama keluarga lebih meriah tapi kekangan masa dan sukar berkumpul serentak membantutkan rancangan.
Cantik kawasan sekitar di sini ada bot nelayan dan jeti kayu.
Sebelum keluar dari jeti Lumut ini kami shopping lagi di kedai hasil laut. Beli sotong kering pedas dan bergula,oleh2 utk dibawa ke Indonesia.
No comments:
Post a Comment