Alhamdulillah syukur ..hari ini tertunai hajatku hendak ke Pesta Buku utk menemui Prof Muhd Kamil Ibrahim dan isteri beliau Pn Roza Roslan. Selepas membaca buku karya Prof Muhd Kamil yg bertajuk Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman,aku menjadi pengikut setia setiap karya tulisan beliau. Tidak pernah seumur hidupku membaca sebuah buku yg benar-benar menyentuh hati sehingga menitiskan airmata ketika membaca bab demi bab di dalam buku tersebut.Hari ini aku telah membeli buku karya beliau dan isteri yang bertajuk Bersyukur Saat Di Uji dan Bukan Sekadar Resepi.
![]() |
No comments:
Post a Comment