Pukul 9.00 pagi dah smpai di Penang. Lepak di Padang Kota Lama. Pagi2 senang cari parking...pastikan beli kupon parking dulu kalau tak kena saman.
Kanak2 boleh main sementara yg dewasanya menikmati pemandangan di tepi laut
Makan aiskrim dulu..mahal rasanya ni rm2.50 satu...bayar je la malas nak ckp banyak.
Fort Cornwallis tempat bersejarah yg wajib dikunjungi....nak tau kehebatan Penang dn kedatangan penjajah ,mesti masuk sini. Dewasa rm2 kanak2 rm1 je.
Ada pentas utk pelawat bgambar la...jurufoto takde...patung ada la.
Kerusi lama ni takde label jadi tak pasti siapa yg guna n utk apa . Best jg ambik gmbar di sini...kayu antik ni
Mak dah penat ni duduk sekejap. Dalam ni ada televisyen besar. Masa kami masuk tak ada apa2 siaran pun.
Maklumat kedatangan Francis Light byk dipaparkan di dlm ni
Meriam zaman Inggeris masih ada lagi
Rezeki tgk kapal persiaran dari atas bukit di Fort Cornwallis
Makan laksa di kawasan Pantai Batu Feringgi. Sedap juga rm2.50 semangkuk.
Dari pantai batu Feringgi terus naik lg nak tgk apa yg ada . Tak pernah lg smpai ke hujung..
Ada Penang Butterfly Farm. Posing di luar pintu masuk. Tiket dewasa rm27.00 seorg.Mak tak nak masuk mungkin tak minat nak tgk rama2. Tiket pun mahal kan...
Kat luar pun dah cantik macam hutan betul je. Apalagi kami posing sakan la terutama si kecil ni pandai pulak bergaya hehhehe....
Selamatkan rama2 ...spesies terancam
Tu dia .....rama2 awet hehehe....hiasan je bentuk rama2. Kat sini la org berebut nak bergambar.
Air terjun buatan pun ada jg ....bunyi air tu mmg bestlah rasa nak tido pulak
Posing kat luar lagi ....batu bentuk pintu gerbang...tak ori la. Nenek dan cucu.
Tak pernah masuk Taman Rimba Teluk Bahang. Ini pengalaman pertama.Macam nak hujan dah ni.
Tak masuk saja bgambar kenangan je
Jambatan gantung ni boleh 7 orang serentak je kalau lebih ....bahaya
Suraunya cantik...ingatkan chalet
Tak syok air sikit sgt
Apartmen kami menginap ni ada kolam renang. Lepas makan dan check in terus je terjun kolam...menggigil dia kesejukan...mahal je letak harga bila cuti sekolah..biasa rm150.00 ni naik seganda tapi nak sgt dekat pantai dn yg lain penuh ,ambik ajelah.Pagi hujan lebat tak dpt bgambar pun...hem sedih sedih
Parking kereta bayar rm5.00 je tak kisahlah berapa jam pun. Tuan rumah tu adakan perkhidmatan parking. Berbukit2 la...kalau kereta manual memang tak nak la aku naik. Menggerunkan je nak cari parking.
Dah dlm cabel car..lama beratur nak beli tiket tadi. Cuti sekolah kan...tiket warga emas,pelajar kolej hanya rm4.00. Kanak2 di bawah 12 tahun rm3.00 je. 2 tahun ke bawah free je. Dewasa rm8.00. Mak dah 2 kali naik cabel car jadi tak gayat la ...tengok siap senyum menawan lagi tu hehehehe ....gembira bila tengok mak gembira. Walaupun penat tapi tetap kuat sebab nak jalan2 dgn anak2 kan. Kami dapat duduk. Maklumlah...
Lebih 2 jam lepak di restoran sebab hujan lebat. Dah reda hujannya kami pun apalagi jalan2 sekitar Bukit Bendera ni. Depan restoran tadi ada kedai jual cenderamata,sempatlah beli t-shirt,key chain.
Sesiapa yg pasang hajat dengan pasangan masing2 boleh la letak kat sini..,eleh mengarut ajelah. Macam dalam cerita korea aje yg tulis nota cinta banyak2 dgn harapan apa yg dihajati dapat suatu hari nanti. 😜
Kerusi nak gaya nak roboh ni ramai betul peminatnya. Bergilir bergambar kat sini. Ada satu je pun kalau takdelah lama menunggu.
Satu lagi arca yg menjadi tumpuan pelancong...love..bukan rumput betul tu...tali merah tu tak bagi org panjat arca tu nanti patah pulak kan.
Oppss... Tandas bilik hotel kami ni...hem apa yg anda dpt tafsirkan agaknya...bagaimana perasaan anda kalau menggunakan tandas ini . 😀
Nak balik dah ni lepas sarapan di depan kaunter pendaftaran...ada sarapan bihun goreng dan roti .oklah tu utk hotel bajet. Hotel Apple di depan queensbay mall. Satu malam rm160.00.
Art Street ....susah cari parking di sini. 3 kali pusing cari parking. Akhirnya dpt private parking ..mahal sikit la rm4.00. Hujan masa ni dah la takde payung...
Banyak gambar yg tak sempat untuk kami cari...keadaan tidak mengizinkan.Selepas tempat ini kami makan di Restoran Kapitan. Sebelum pulang ke Kedah kami membeli jeruk Pak Ali di bandar. Guna waze aje. Penang sesak kena berani dan tidak ragu2 ketika memandu. Syukurlah lancar perjalanan kami ini dgn pertolongan Allah juga.
No comments:
Post a Comment