Saturday, 31 January 2015

English Cotton

Tahun 2015 nak pakai kain english cotton. Selesa tak panas pun.31 Jan aku cari tempat yg jual borong.

Ni ha kedainya di Sentul Perdana,Bandar Baru Sentul KL.Kedainya di atas (tingkat 2)speedmart. Aku parking kat UTC.Susah nak dapat parking depan kedai.Tak apalah jalan sikit bukan jauh pun. Last promosi hari ni.


Kain sulam dari Bandung


Kain viscose..paling rendah harganya rm38.00 sepasang.


Bahagian kain english cotton ni. Ada yang 3.5 meter 50" bidangnya. Harga rm38.00. Tapi mesti beli minimum 10 pasang.Kalau beli 12 pasang akan dapat percuma. 25 pasang pulak dapat 3 pasang percuma.Aku beli 10 dahlah. Kainnya dari Vietnam. Kain dari negara mana yg terbaik ye? Kat fb kebanyakannya dari Vietnam je,gred 3AAA...


Pelbagai jenis kain sulam dari Bandung.


Kain denim nak buat skirt n blouse pun ada. Kain corak petak2 tengah hot.


Kaunternya..masa aku datang aku je pelanggannya. Boleh beli cash or credit card. 


Dapat kad voucher.selepas pembelian ke-10 baru dapat ye...hehehe...kena beli banyak lagi la. 12 Feb ni ada corak baru. Beli online pun boleh tapi aku nak tengok n belek sendiri.





















Penang oh Penang


Tahun 2013 jalan2 di Penang sebanyak 2 kali. Mula2 dgn keluarga pastu kawan pulak. Thn 2014 ni pakat dgn kwn sekolah menengah dulu utk jalan2 di Penang. Aku bw mak,sepupu n anak saudara. 

Pukul 9.00 pagi dah smpai di Penang. Lepak di Padang Kota Lama. Pagi2 senang cari parking...pastikan beli kupon parking dulu kalau tak kena saman.


Kanak2 boleh main sementara yg dewasanya menikmati pemandangan di tepi laut




Makan aiskrim dulu..mahal rasanya ni rm2.50 satu...bayar je la malas nak ckp banyak.


Fort Cornwallis tempat bersejarah yg wajib dikunjungi....nak tau kehebatan Penang dn kedatangan penjajah ,mesti masuk sini. Dewasa rm2 kanak2 rm1 je.


Ada pentas utk pelawat  bgambar la...jurufoto takde...patung ada la.


Kerusi lama ni takde label jadi tak pasti siapa yg guna n utk apa . Best jg ambik gmbar di sini...kayu antik ni 


Mak dah penat ni duduk sekejap. Dalam ni ada televisyen besar. Masa kami masuk tak ada apa2 siaran pun. 


Maklumat kedatangan Francis Light byk dipaparkan di dlm ni 


Meriam zaman Inggeris masih ada lagi


Rezeki tgk kapal persiaran dari atas bukit di Fort Cornwallis


Makan laksa di kawasan Pantai Batu Feringgi. Sedap juga rm2.50 semangkuk.


Dari pantai batu Feringgi terus naik lg nak  tgk apa yg ada . Tak pernah lg smpai ke hujung..


Ada Penang Butterfly Farm. Posing di luar pintu masuk. Tiket dewasa rm27.00 seorg.Mak tak nak masuk mungkin tak minat nak tgk rama2. Tiket pun mahal kan...


Kat luar pun dah cantik macam hutan betul je. Apalagi kami posing sakan la terutama si kecil ni pandai pulak bergaya hehhehe....


Selamatkan rama2 ...spesies terancam


Tu dia .....rama2 awet hehehe....hiasan je bentuk rama2. Kat sini la org berebut nak bergambar. 


Air terjun buatan pun ada jg ....bunyi air tu mmg bestlah rasa nak tido pulak


Posing kat luar lagi ....batu bentuk pintu gerbang...tak ori la. Nenek dan cucu.


Tak pernah masuk Taman Rimba Teluk Bahang. Ini pengalaman pertama.Macam nak hujan dah ni.


Tak masuk saja bgambar kenangan je 


Jambatan gantung ni boleh 7 orang serentak je kalau lebih ....bahaya 


Suraunya cantik...ingatkan chalet


Tak syok air sikit sgt 


Apartmen kami menginap ni ada kolam renang. Lepas makan dan check in terus je terjun kolam...menggigil dia kesejukan...mahal je letak harga bila cuti sekolah..biasa rm150.00 ni naik seganda  tapi nak sgt dekat pantai dn yg lain penuh ,ambik ajelah.Pagi hujan lebat tak dpt bgambar pun...hem sedih sedih


Parking kereta bayar rm5.00 je tak kisahlah berapa jam pun. Tuan rumah tu adakan perkhidmatan parking. Berbukit2 la...kalau kereta manual memang tak nak la aku naik. Menggerunkan je nak cari parking.


Dah dlm cabel car..lama beratur nak beli tiket tadi. Cuti sekolah kan...tiket warga emas,pelajar kolej hanya rm4.00. Kanak2 di bawah 12 tahun rm3.00 je. 2 tahun ke bawah free je. Dewasa rm8.00. Mak dah 2 kali naik cabel car jadi tak gayat la ...tengok siap senyum menawan lagi tu hehehehe ....gembira bila tengok mak gembira. Walaupun penat tapi tetap kuat sebab nak jalan2 dgn anak2 kan. Kami dapat duduk. Maklumlah...


Lebih 2 jam lepak di restoran sebab hujan lebat. Dah reda hujannya kami pun apalagi jalan2 sekitar Bukit Bendera ni. Depan restoran tadi ada kedai jual cenderamata,sempatlah beli t-shirt,key chain.



Sesiapa yg pasang hajat dengan pasangan masing2 boleh la letak kat sini..,eleh mengarut ajelah. Macam dalam cerita korea aje yg tulis nota cinta banyak2 dgn harapan apa yg dihajati dapat suatu hari nanti. 😜


Kerusi nak gaya nak roboh ni ramai betul peminatnya. Bergilir bergambar kat sini. Ada satu je pun kalau takdelah lama menunggu.



Satu lagi arca yg menjadi tumpuan pelancong...love..bukan rumput betul tu...tali merah tu tak bagi org panjat arca tu nanti patah pulak kan. 


Oppss... Tandas bilik hotel kami ni...hem apa yg anda dpt tafsirkan agaknya...bagaimana perasaan anda kalau menggunakan tandas ini . 😀

Nak balik dah ni lepas sarapan di depan kaunter pendaftaran...ada sarapan bihun goreng dan roti .oklah tu utk hotel bajet. Hotel Apple di depan queensbay mall. Satu malam rm160.00.


Art Street ....susah cari parking di sini. 3 kali pusing cari parking. Akhirnya dpt private parking ..mahal sikit la rm4.00. Hujan masa ni dah la takde payung...


Banyak gambar yg tak sempat untuk kami cari...keadaan tidak mengizinkan.Selepas tempat ini kami makan di Restoran Kapitan. Sebelum pulang ke Kedah kami membeli jeruk Pak Ali di bandar. Guna waze aje. Penang sesak kena berani dan tidak ragu2 ketika memandu. Syukurlah lancar perjalanan kami ini dgn pertolongan Allah juga.


































Nan cheese oh nan cheese

Jatuh cinta dgn keenakan nan cheese...detik pertama di Penang..
21 Dis 2014 Nan cheese dn ayam tandoori mula2 aku mkn di Restoran Kapitan berhadapan dgn Queensbay Mall Penang. Ayam pun besar dn enak. Hotel Apple pun dekat je dgn restoran ni. Service pun cpt ..mkn panas2 dgn 3 jenis pencicah pelbagai perisa ada pedas,tawar dn bkrim skit. Harga satu dulang tu rm9.90 je. Murah kan.
Ni keesokan harinya 22 Dis 2014 mkn nan cheese lg tapi di cawangan Restoran Kapitan yg lain iaitu bdekatan dgn Art Street.hujan renyai2 dgn bjalan kaki semata2 nak tgk lukisan di dinding bngunan..tapi ayam tandoorinya kureng sdap bbnding kat q.bay tu....pewarna ayam tu mlekat kat jari2 aku ni. Rempah ayam agak masam.apa ni rasa tak sma wpun jenama kapitan jg...
3 Januari selepas Zuhur aku ke Danau Kota KL semata2 nan cheese. Tu la kdainya rsmy...google n tnya2 kwn yg dok selayang. Susahnya nak cari tmpat ni..,hampir putus asa dn nak balik....gara2 waze tak bfungsi waktu itu tpaksalh tfn adik btanya ttg jln di KL ni tp kureng fhm jg..salah masuk byk kali la ..doa dlm hati Ya Allah ampunkan aku sbb takbur n riak sb ada waze...aku yakin sgt sblm btolak kata waze ada ...apa susah senang je nak cari...spatutnya aku bharap dgn Allah semata2.menangis dlm hati ni menginsafi keterlanjuran berkata2.
3 jenis nan cheese berbeza rasa ni...nan cheese biasa rm6.00,garlic nan cheese rm7.00, nan cheese special rm8.00..ada extra hot dog dlmnya. Cheese segenggam wooo...tebal n lembut penuh dgn cheese yg enak
Tarik....byknya cheesenya...ayam tandoori harga lain rm10.00 sekali dgn kuah. Beza dgn kat Penang harga nan sekali dgn ayam tandoori. Sblm balik aku order 4 kpg nan cheese utk bw balik...bg yg tak ikut merasa pulak. Kuah kacang dal beli rm2.00 je. Bil suma rm90.00. Mkn 3 org dn bw balik lg.
Heee...ni ms mkn kat rsmy danau kota jg...baru je ptg td 31 Januari 2015 tmpat sma tp ambil kemma..cicah nan dgn kemma. Kemma ni daging tanpa  lemak. 
Kemma...daging hancur rasa kari...ok la tp kalau mkn byk2 jd muak pulak. Kena minum air limau la...
Cheesenya meleleh...penat pun hilang. Mkn tengah hari ni je pun ok dah. Alhamdulillah
Peminat garlic nan cheese 
Alamat RSMY Best Cheese Nan
Danau Kota,Belakang Hospital Colombia KL
Tel:03-41443775/019-3258282
Insta:rsmy
Fb:rsmybestcheesenaan
💞 bulan Dis dh mkn 2kali...januari 2 kali juga....aduhai meningkat berat bdn aku mcm ni ...kalau ada kesempatan nk ke REstoran KApitan di Queensbay tu lg...

KHASIAT KEJU (Kosmo online)