Sunday, 23 July 2017

Travel Ramadan 2017: Kartika Sari,Jalan Braga,Masjid Raya Bandung

31 Mei 2017 bersamaan 5 Ramadan 1438H....Hari ni aku dan Akma akan berangkat pulang ke Malaysia.Ratna pula pulang ke Surabaya pada keesokan harinya.Masalahnya tiada flight waktu yang sama dengan kami ini,jadi tiada pilihan lain terpaksalah Ratna menginap di hotel lagi satu malam.Aku sudah google hotel yang dekat dengan airport dengan harga yang berpatutan.Malam tadi kami bersahur dengan makanan yang dibeli antaranya ikan kakap ,siomay,lauk daripada hotel pula ada daging burger,nasi,sup sayur dan air teh. Rancangan hari ni nak ke Kartika Sari di depan Hotel Unik tempat kami menginap ni je.

Sebelah kiri yang terlindung pokok tu ada kedai kayu buruk je tapi banyak makanan yang jauh lebih murah

Bergambar dulu sebelum masuk,aku bukan kaki shopping apabila travel ni.....ole-ole paling aku suka fridge magnet dan t shirt saja.Tapi sudah setiap hari lalu di Kartika Sari ini mestilah hendak melihat sendiri barang yang dijual di sini.Best ke tak best,mahal ke murah?Sayang beli mahal tapi tak sedap kemudian tak suka nak makan kan


Survey jenis makanan yang dijual dan harganya...ada roti,kek dan biskut.Harga memang mahal la ada dah siap pakej kotak cantik tapi harganya idr 300 ribu ke atas.....biskut butter macam di Malaysia juga

Coklat


Aku beli 10 ketul coklat je idr 46 ribu....sedap la juga.Kek gulung,brownies dan kerepek pisang pun ada.Bungkusan cantik dalam kotak memang la mahal,ada jenama pulak tu kan....Akhirnya kami keluar dan pergi ke gerai sebelah je.....aku beli sekilo dodol warna warni,sekilo dodol kacang,sekilo wajik,pisang cheese 4 bungkus.Sekilo dodol tu harganya idr 30 ribu.Pisang cheese sebungkus idr 12 ribu.

Bandros di Jalan Braga


Seterusnya kami ke Jalan Braga.Di sini banyak bangunan yang berkonsepkan bangunan Belanda dan masih terpelihara lagi.Tak banyak kedai yang dibuka kerana bulan puasa. Cuaca panas sewaktu kami berjalan-jalan di sekitar Jalan Braga ini.





Banyak bangunan Belanda di Jalan Braga ini

Kedai makan banyak ditutup

Kawasan ini hidup pada waktu malam

Cuaca panas terik nak berjalan pun malas

Arca huruf BRAGA yang menjadi tarikan pelancong


Satu jam sebelum zuhur kami ke Masjid Raya Bandung.Karpet bewarna hijau diletakkan di hadapan pintu masuk masjid.

Alhamdulillah aku sempat menunaikan solat zuhur di sini.Tidak dibenarkan memakai kasut di atas karpet hijau ini.Aku tak tau mesti buka kasut telah ditegur dengan petugas masjid,nasib tak jauh berjalan tu.

Selepas ke masjid barulah check in hotel Ratna di Hotel Orange,hotel yang pada mulanya aku booking tapi dibatalkan kerana jauh dari pusat bandar.Bagus hotelnya.

Sunday, 16 July 2017

Travel Ramadan 2017: The Lodge Adventure Maribaya

29 MEI 2017 THE LODGE ADVENTURE MARIBAYA

Hari ketiga di Bandung,selepas berhujan di Gunung Tangkuban Parahu kami ke sini pula.Reihan memberi pilihan sama ada memilih Lodge Maribaya atau Dusun Bambu kerana masa tak cukup untuk semua tempat yang aku senaraikan tu.Aku memilih ke tempat ini memandangkan Dusun Bambu hanya tempat makan yang berbentuk sangkar burung,memang cantik juga tapi Maribaya ini lebih cantik lagi.Perjalanan ke sini memang jauh hampir sejam melalui jalan rosak berlubang-lubang,tidak rata,berlopak air selepas hujan....aduh memang duduk di dalam kereta tu menahan sakit dan berdoa segera sampai ke tempat ini.Aku memang tak dapat melelapkan mata disebabkan risau kalau-kalau kereta yang kami naiki ini mengalami sebarang masalah,macam-macam yang ada di benakku.Jalan agak licin kerana baru sahaja hujan.Tiba-tiba berlaku rempuhan sebuah motosikal dari arah depan dengan motosikal yang cuba memotong kereta kami.Aku terkejut betul dan menjerit menyebut 'Allahu Akbar' ...motosikal yang memotong kereta kami tu dekat sangat dengan tingkap kereta sebelah aku duduk,cuaklah takut bergesel dengan kereta ni.Penunggang lelaki tu jatuh tergolek,yang memotong kenderaan kami tu macam tergesel jari kanan pada motosikal yang satu lagi tapi dia tak berhentipun untuk membantu penunggang yang dah jatuh tadi.
Bahayalah menunggang motosikal laju-laju di jalan yang sempit,tak rata,berlubang-lubang dan berlopak air begini.Dua lagi kawan aku ni boleh pulak tidur tak perasan kejadian sebentar tadi.


Tempatnya luas dan cantik

Cakap dengan Reihan nak masuk setengah jam je sebelum kami membeli tiket masuk.Tiket masuk idr 20 ribu rupiah seorang.Aku melihat orang mengambil gambar di sudut sebatang pokok yang mempunyai pangkin.Ada jurukamera khas yang dikenakan bayaran idr 20 ribu rupiah untuk setiap bahagian.Banyak tempat mengambil gambar yang disediakan peralatan keselamatan seperti tali pinggang dan topi.Memang wajib ada sebab tempatnya tinggi-tinggi.Sesiapa yang gayat macam aku ni memang kena fikir dua tiga kali la sebelum nak mencuba.


Ada gerai makan

Masa ni tak ada niat nak bergambar apa-apa lagi.Kami hanya jalan-jalan di sekitar kawasan ini je.Syukurlah cuaca sangat baik walaupun udara agak dingin selepas hujan tadi.Pengunjung memang ramai ke sini ada yang datang dengan menaiki bas.

Menuruni tangga untuk ke bawah

Belon berbentuk hati/love....abadikan gambar kenangan anda di sini pasti menarik seperti dua orang kawan travel ni.

Gerai makan

Replika kuda daripada kayu

Tempatnya di kelilingi gunung-ganang dengan kehijauan pokok yang menyegarkan mata

Pemandangan dari tingkat atas


Binaan bentuk hati daripada besi

Memakai alat keselamatan

Buaian pertama yang aku naiki ni memang tak menjangka akan diletakkan di tengah-tengah begitu.Ada tali pinggang yang dipasang.Sebelum itu aku membayar idr 20 ribu rupiah sebelum mencuba buaian ini.

Ada jurugambar yang bersedia mengambil gambar dengan pelbagai aksi.Memang gayat dan menangis sekejap sebab terkejut.Ada jentera yang menggerakkan buaian ini.Ini gambar muka dah ok tak menangis lagi.Akma ambik gambar dan video aku semasa menangis ketakutan tu.

Konon dah berani aku bagi tapak kasut la hahahha

Ini gambar last gaya kaki senget

Akma 

Konon berani la tu

Entah apa gayanya ni 

Ratnasari


Hmmm aksi yang disukainya beginilah


Gambar sampai puas ye

Naik basikal pulak..bayar idr 20 ribu  lagi..masa ni aku dah berani dan tak menangis

Ada yang tak boleh mengayuh basikal sebab rantainya jatuh

Kami disuruh membuat pelbagai aksi oleh jurugambar

Setiap tempat ada jurugambarnya

Terbaikkkkk untuk hari ini

Berbaloi-baloi la walaupun sakit badan nak sampai ke sini

Gambar akan ditransfer ke kaunter,pilih gambar yang dikehendaki kemudian upload dalam telefon masing-masing.Pastikan ada aplikasi'Share it'. Satu gambar bayar idr 10 ribu

Semua gambar 25 keping jadi idr 250 ribu...gambar kami bertiga tak kira individu atau trio

Pengalaman pertama seumur hidup ini,mungkin inilah yang pertama dan terakhir...hanya Allah yang mengetahui

Keluar dari tempat ini masih melalui jalan yang sama dengan keadaan serupa juga.Aku harap kerajaan Indonesia baikilah jalan utama ke tempat ini agar selesa bagi kemudahan para pelancong ke sini.Jika ada rezeki ke Bandung aku mahu pergi lagi ke sini kerana tak puas sempat menaiki dua peralatan sahaja.Taman Begonia melalui jalan yang sama tapi terpaksa di batalkan kerana ada banyak lagi tempat lain.Tak mengapalah hanya bunga sahaja.Kami mahu ke Floating Market dan Farm House selepas ini.Alhamdulillah walaupun berpuasa hari ini tetap kuat bersemangat melaluinya.



Wednesday, 21 June 2017

Travel Ramadan 2017 : Kawah Putih Ciwidey,Bandung


 KAWAH PUTIH 28 Mei 2017

Hari kedua di Bandung pada bulan Ramadan.Alhamdulillah cuaca sangat baik hari ini.Kami keluar dar Hotel Unik pada jam 8.30 pagi.Perjalanan ke Kawah Putih yang terletak di Ciwidey Bandung Selatan ini mengambil masa kira-kira dua jam.Ada yang sempat tidur di dalam kereta.Aku tak dapat melelapkan mata kerana sibuk menikmati kiri kanan jalan,bangunan yang ada dan berdoa dalam hati semoga hari ini aku makin kuat tidak seperti kelmarin,hari pertama berpuasa.Sebelum sampai di Kawah Putih ini kami berhenti membeli tiket di sebuah pondok.Tiket ke Kawah Putih dan Danau Situ Patenggang sekali gus,kalau bawa kereta ke atas perlu tambah idr 150,000 dan ditanggung oleh pelanggan sendiri.gunakan angkut lebih murah iaitu idr 15,000 seorang.Aku memilih naik angkut sahaja.Bayaran tiket termasuk angkut untuk ke kawasan Kawah Putih ialah idr 230,000.



Dapat tempat duduk di barisan kedua

Kereta parking di tempat khas berhadapan stesen angkot ni.Angkot akan bergerak apabila penumpang sudah penuh.Sementara menunggu penuh tu sempat kami berwefie.


Tulisan besar ni wajib bergambar ye

Lama juga di dalam angkut tadi,lebih kurang 20 minit,jalan memang tak rata dan berlubang-lubang tapi kiri kanan jalan tu best la hutan dan menghijau je.Sebelum bergambar dekat tulisan tu kaki kanan aku sempat terpelecok kerana terpijak batu di sekitar laluan pejalan kaki.Terasa juga sakitnya,aku terpaksa berjalan perlahan-lahan.Syukurlah kasut jenama Scholl yang aku pakai ni ada absorber jadi mengurangkan hentakan dan berjalan lebih selesa.Tak rugi sebenarnya kalau kita membeli kasut yang mahal semata-mata untuk travel,memastikan perjalanan kita 'happ' juga mengelakkan pelbagai kemungkinan.Bagi aku pemilihan kasut sangat penting kerana aku tahu kemampuan kaki sendiri.Alah membeli menang memakai.



Pintu masuk Kawah Putih


Kawah Putih merupakan danau yang terbentuk akibat daripada letusan Gunung Patuha.Sesuai dengan namanya,tanah yang ada di kawasan ini berwarna putih akibat daripada percampuran unsur sulfur atau belerang.Selain tanahnya yang berwarna putih,air danau kawasan ini juga berwarna putih kehijauan dan dapat berubah warna sesuai dengan kadar belerang yang terkandung di situ.



Kawah Putih Ciwidey berada di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian lebih dari 2,400 meter di atas permukaan laut.Dengan ketinggian ini,suhu di kawasan ini sangat dingin kira-kira 8-22 darjah celcius.Jaket yang aku pakai tu membantu mengurangkan kesejukan.



Ada petugas akan memberi peringatan dengan menggunakan pembesar suara kepada para pengunjung.Antara peringatannya:

1.Had maksimum berada di sini kira-kira 12 minit,jika melebihi masa kemungkinan terdedah kepada pelbagai masalah pernafasan
2.Memakai masker untuk mengelakkan menghidu bau belerang yang kuat
3.Pengunjung yang pernah berpenyakit asma atau masalah kronik dilarang terdedah terlalu lama dengan bau belerang
4.Segera tinggalkan kawasan ini jika mendapati sakit kepala atau pening,muntah dan sakit mata.




Lebih sejam kami bergambar di sini.Inilah tempat idaman aku di Bandung ni.Teruja dengan gambar daripada pengalaman orang lain.Pertama kali ke sini mestilah tak cukup 12 minit sahaja.




Masker yang aku pakai ini dibawa oleh Akma.Ada juga orang menjual masker di atas ini.




Subhanallah memang persekitaran di sini sangat cantik,tak tergambar dengan kata-kata.



Nak pegang tak berani takut ada kesan sampingan lain pula.Lama-lama kepala aku jadi pening dah.Itu petanda aku kena menjauhi tempat ini dengan segera.




Masih mampu bertahan bergambar dan melihat Ratna menggunakan kamera dslr dengan tripod yang dibawanya dari Malang.Gigih memasang tripod untuk mengambil gambar.Ada juga perkhidmatan mengambil gambar di sini,aku tak ingat harga sekeping gambar berapa.




Insya Allah akan ke sini lagi,dengan siapa pula kali ini?


Ratna


Gaya kungfu ni

Gopro banyak membantu memberikan kualiti gambar yang diingini

Mari kita lompat bintang!

Sejuk makin terasa


Ada anjung tinjau

Aku naik lebih awal ke atas ni kerana rasa kepala sudah pusing.Sebelum lebih teruk lebih baik menjauhi kawasan danau itu.Di anjung ni boleh melihat seluruh danau,memang cantik dan mengagumkan.

Kacau si usil

Akma dan Ratna masih lagi di bawah semasa aku di anjung tinjau ni.Dah lama barulah mereka naik ke sini.

Akma sakit bahu

Berposing di Gunung Patuha..banyak pokok renek

Kawah Putih yang menakjubkan....sentiasa dalam ingatan.Kenangan dan pengalaman berharga di sini.