14 Oktober 2015 perjalanan ke Ipoh bersama dengan Akma. Tak dirancang pun dapat tau dia pergi ambil barang dgn kawan di Ipoh tu aku pun nak ikut la.
Tak pernah jalan-jalan ke Ipoh lagi,ni pengalaman pertama.
Cuaca baik je hari ni,awal pagi dah bertolak,rancang balik hari je,lagipun Ipoh tak jauh mana pun .
Dah sampai...perut lapar dan wajib makan dulu ni. Nak merasa nasi ganja yg popular kat sini.
Nasi Vanggey atau nasi ganja...banyak pilihan lauk,nak ikan,ayam,daging,kambing,sayur ,kari warna oren,kuning,merah,nak pekat atau cair ke semua ada la.
Papan tanda harga makanan yang dijual di sini.
Tak lama membuat pilihan pun sebab dalam kepala dah tau nak apa
Banyak bahagian restoran ni,bahagian aneka roti,mi,air,rojak pun ada
Banyak gambar makanan ..restoran besar dan banyak kerusi.
Nasi putih,kari kambing,sambal vanggey,sayur kemudian diletak campuran kuah kari ....penuh pinggan aku dengan kuah...adoiiii
Aku tak cakap tak nak kuah banyak. Akma makan nasi putih,ayam goreng berempah,sayur dan sambal.
Tandas dan surau ada disediakan di belakang restoran.
Nak beriyani pun ada tapi aku tak berapa suka nasi ada warna ni sebab muak
Menikmati nasi dan lauk kambing mbekkk
Air epal yang sedap masam manis masam
Sedap memang sedap tapi tak boleh selalu le...
Banyak jugak habis tu...jenuh nak habiskan...tapi tak mampu memaksa diri
Beratur nak memesan makanan...kalau di Ipoh ni memang dah cukup terkenal la
Kejap kejap nak pakai spek ye...
Alhamdulillah dah kenyang jadi boleh kita teruskan perjalanan ni. Makan berdua tadi RM26.00 je. Berbaloi-baloi la kenyang kembung sangat dah dengan nasi banyak penuh pinggan,kambing pulak potong besar-besar,tak kedekut langsung. Patut la tak putus orang makan kat sini. Pelbagai bangsa makan di sini.