Percutian di Surabaya
Hari terakhir di Malang sebelum bertolak ke Surabaya. Selepas ke rumah Ratna dan menikmati bakso mercun yg dibuat oleh ayahnya,aku ke Eco Green di Batu. Tiba di sini pada jam 11.38 pagi.
Di atas tu bangunan Pohon Inn Hotel yg tersergam indah dan unik sekali reka bentuknya dari jauh. Hotel ini terletak antara Batu Secret Zoo,Museum Satwa dan Eco Green Park. Tiga tempat pelancongan yang menarik dan memang tak cukup utk sehari. Sesiapa yg menginap di hotel ini boleh menghabiskan pakej 2 hari di 2 tempat yg dipilih dengan hanya bayaran idr 85 000 seorang. Oleh sebab kesuntukan masa,aku hanya memilih masuk ke Eco Green Park. Berdasarkan pamplet yg diberi itu aku lebih berminat menjelajah dunia sains dan teknologi. Mungkin di kesempatan lain yg entah bila aku akan memilih dua tempat itu pula.
Gerai menjual pelbagai jenis air. Aku beli air alpukat idr 15 ribu satu.
Pintu masuk ke Eco Green
Burung kasawari yg dibuat daripada bahan terbuang "aku terbuat dari sampah pvc,cantikkan" ada kata2 di belakang arca burung ini.
Sewa sepeda letrik idr 100 ribu utk 3 jam. Jika lebih masa perlu membayar tambahan idr 30 ribu lagi. Apalagi baik naik sepeda ini tak perlu berjalan kok...penat nanti. Boleh undur juga ..best sangatlah. Kalau pakcik makcik yg dah tak larat berjalan jauh memang molek sangatlah sewa sepeda ni. Bukan mahal pun daripada kejang otot nanti lagi susah.
Kat belakang aku tu patung kambing biri-biri daripada bahan terbuang.
Binatang yg dibuat daripada besi kereta buruk.
Cantik..,bangunan khas tentang info rama-rama dan serangga lain.
Sesuai utk semua usia yg minat meneroka kehidupan haiwan dan serangga.
Proses pembiakan rama-rama diceritakan dengan terperinci. Ada rama-rama ori yg diawetkan.
Pelbagai jenis haiwan bercengkerang.
Di sini kita boleh mengenali burung yang tidak suka terbang tapi suka berjalan-jalan heeheee
Pintu masuk
Burung kasawari atau burung unta. Tak boleh dekat sangat nanti kena patuk.
Menarik ayat pada sign board tu "kepalaku botak karena memikirkan kerusakan alam"
Inilah burung yg berkepala botak itu.
Burung merak yang cantik.
Jungle adventure..naik e-bike mengelilingi kawasan ni.
Bahan terbuang menghasilkan bunyi..pam air tu sekuat tenaga
Ini dia binaan kuncir air yg menghasilkan muzik
Kawasan haiwan ternakan ada kambing,lembu
Dalam kandang tu namanya kambing darut..comel warna putih. Cara menghasilkan susu juga ada ditunjukkan.
Cara menanam strawberi dan menghasilkan jem dan keripiknya. Boleh beli di sini ada pekerja yg menjualnya.
Belajar cara mengurus sampah atau bahan kitar semula.
Tempat belajar mengasingkan sampah.
Belajar cara menghasilkan baja kompos
Kalau lawatan pelajar sekolah ni sangat sesuai nanti ada pekerja yg memberikan penerangan
Cara menanam buah tin
Boleh bergambar polaroid dengan burung kakak tua. Pekerja di sini akan membantu mengambil gambar siap terus.
Hijau..,hijaukan bumi demi kesejahteraan hidup.
Kawasan burung terbang tu tak nak masuk sebab nampak bulu burung berterbangan
Rumah terbalik pun ada
Cari di mana saya tergantung...
Ruang tamu
Pantai
Kawasan dapur
Kereta terbalik di luar bangunan
Pelbagai jenis telur burung
Pameran burung hantu,pengunjung boleh bergambar polaroid di sini
Kolam ikan
Kereta buruk yg ditumbuhi dengan rumput hijau..cantik
Tempat menjamu selera. Parking sepeda anda di tempat yg disediakan. Aku main redah je ingatkan boleh guna sepeda tu ke meja yg dipilih.
Bayar idr 25 ribu di kaunter kemudian akan dapat kad ini. Belilah makanan di gerai yg diingini. Baki duit akan dipulangkan jika ada. Kalau ramai family mesti bayar lebih la utk kad makanan tu
Air soda gembira
Aku minum air 3 jenis buah iaitu lobak,betik dan nangka. Tak sedap la..,gabungan pelik kan
Bahagian dalamnya
Sumo di atas candi...haahaha
Banyaknya candi,tinggalan dahulu yg dijadikan monumen
Candi Borobudur
Candi Prambanan
Patung masyarakat hindu
Transformer daripada besi buruk
Patung daripada bahan kitar semula
Dinasour T-Rex daripada kulit kayu.,,menarik kan
Cenderamata yg dibuat daripada bahan kitar semula ada dijual di sini. Ada pekerja yg menunjukkan demonstrasi penghasilan barang perhiasan itu. Aku hanya membeli topi berwarna oren dengan harga idr 45 ribu.
Pintu masuk ke ruang seni bahan kitar semula
Tayangan Hanoman 3D. Memang wajib disaksikan dengan kehebatan kreatif anak tempatan negara ini pasti tak rugi kalau masuk sekejap.Terasa seperti bersama-sama Hanoman menentang penjahat itu.
Tayangan 3D yang menakjubkan
Muka yg puas hati selepas keluar dari tempat tayangan Hanoman tadi..rasa nak tengok lagi sekali tapi masa tidak mencukupi.
Eco Journey,menaiki kereta utk melihat kehidupan prasejarah dari zaman purba hingga zaman moden.Tak sempat nak masuk.
Pintu masuknya
Dari jauh kelihatan bangunan Batu Secret Zoo,emm tak sempat nak masuk hari ni. Keluar dari Eco Green pun sudah jam 3 petang.
Di luar ada tempat menjual oleh-oleh dari Batu Malang. Pelbagai jenis keripik ada di sini. Selain itu,ada sederet gerai menjual t-shirt sebagai kenangan. Aku sempat membeli 4 helai t-shirt di sini. Yg lengan panjang idr 65 ribu,lengan pendek bergantung pada design dan warna ada yg berharga idr 35 ribu-55 ribu. Harga idr 10 ribu tak adalah nak jumpa.
Bertolak ke Surabaya..4.28 petang,sudah mulai gelap
5.12 petang sudah senja...masih di jalan lagi,kenderaan agak banyak. Sayu hati meninggalkan bumi Malang yg banyak melakar kenangan manis. Selamat bertemu kembali.
Gerai makanan kalau penat boleh berhenti minum dahulu
5.34 petang... cantik cahaya matahari. Alhamdulillah.
Bilik hotel di Surabaya,Hotel Quest. Selepas check in dan membayar tunai utk satu malam kira2 idr 427 ribu. Hotel 4 bintang ini. Sampai di sini jam 6.23 petang. Semua barang dinaikkan ke bilik utk proses mengemas semula. Mesti beli beg esok sebab barang sudah tidak muat begnya. Makan malam ni hanya bakso yg dibekalkan oleh Ratna. Alas perut saja lagipun badan sudah letih dan mau berehat dengan segera. Ya mau tidur sudah mata ini.
Esok rencananya mau membeli beg kemudian kemas barang dlm beg baharu,selepas itu melihat monumen buaya dan ikan yu,Muzium 10 November Surabaya dan Muzium Kapal Selam.
Mantap
ReplyDelete