Sunday, 26 July 2015

Belajar Memanah

Pada bulan Ramadan 2015 ke Berjaya Times Square semata-mata nak belajar memanah.


Tingkat 5 kalau tak silap aku la. Pakai waze je nak ke sini.


Harga pakej yg ada


Nak jadi ahli pun boleh


Tempat memanah


Selfie dulu ,muka puasa tu ye


Hati dah nak pergi sangat kan


Pekerja situ tolong pasangkan sarung tangan kulit


Yeah dah siap...sukan memanah selain menunggang kuda dan berenang ialah sukan sunnah nabi


Diajar cara memegang busur dan aim the point ...fuhhh bukan senang la. Mula-mula pakai busur yg besar ,tangan menggeletar masa menarik pastu aku tukar busur kecil yg budak-budak pakai hee


Ada 3 anak panah yg tepat daripada 27 anak panah...sampai ke syiling pun ada juga. Point kuning tak kena la,merah 1 dan biru 2.


Mat salleh pun belajar memanah. Steady je dia ni.Sambil gelak-gelak lagi.


Nanti ada masa aku nak belajar memanah lagi sampai betul-betul mahir dan cekap. Tak dapat bayangkan zaman dulu berperang dengan menunggang kuda pastu sambil memanah. Woah...susah tu. hebat orang dulu.

Saturday, 25 July 2015

Sambutan Hari Lahir Muhammad Azib Irsyad

10 Mei 2015 hari lahir Azib yg ke - 10 tahun. 


Buat sambutan di KFC,kek Secret Recipe dah tempah seminggu lebih awal. Azib nak kek cheese blueberry.


Dah besar Azib,solat jangan tinggal ye,jadi anak yg soleh


Baca doa sebelum makan


Faezah dan Aiman


Mama mengetuai bacaan doa


Gembiranya dia potong kek


Mak Lang belanja makan ni je ye


Mak Lang pun nak bergambar juga


Manisnya kek ni


Angah mengagihkan ayam


Dah kenyang gi market pulak. Beli ikan dan sayur


Azib sayang

Thursday, 9 July 2015

HARI KEENAM- Batu Malang,Eco Green (4 Jun 2015

Percutian di Surabaya

Hari terakhir di Malang sebelum bertolak ke Surabaya. Selepas ke rumah Ratna dan menikmati bakso mercun yg dibuat oleh ayahnya,aku ke Eco Green di Batu. Tiba di sini pada jam 11.38 pagi.


Di atas tu bangunan Pohon Inn Hotel yg tersergam indah dan unik sekali reka bentuknya dari jauh. Hotel ini terletak antara Batu Secret Zoo,Museum Satwa dan Eco Green Park. Tiga tempat pelancongan yang menarik dan memang tak cukup utk sehari. Sesiapa yg menginap di hotel ini boleh menghabiskan pakej 2 hari di 2 tempat yg dipilih dengan hanya bayaran idr 85 000 seorang. Oleh sebab kesuntukan masa,aku hanya memilih masuk ke Eco Green Park. Berdasarkan pamplet yg diberi itu aku lebih berminat menjelajah dunia sains dan teknologi. Mungkin di kesempatan lain yg entah bila aku akan memilih dua tempat itu pula.


Gerai menjual pelbagai jenis air. Aku beli air alpukat idr 15 ribu satu.


Pintu masuk ke Eco Green


Burung kasawari yg dibuat daripada bahan terbuang "aku terbuat dari sampah pvc,cantikkan" ada kata2 di belakang arca burung ini.


Sewa sepeda letrik idr 100 ribu utk 3 jam. Jika lebih masa perlu membayar tambahan idr 30 ribu lagi. Apalagi baik naik sepeda ini tak perlu berjalan kok...penat nanti. Boleh undur juga ..best sangatlah. Kalau pakcik makcik yg dah tak larat berjalan jauh memang molek sangatlah sewa sepeda ni. Bukan mahal pun daripada kejang otot nanti lagi susah.


Kat belakang aku tu patung kambing biri-biri daripada bahan terbuang.


Binatang yg dibuat daripada besi kereta buruk.


Cantik..,bangunan khas tentang info rama-rama dan serangga lain.


Sesuai utk semua usia yg minat meneroka kehidupan haiwan dan serangga.

Proses pembiakan rama-rama diceritakan dengan terperinci. Ada rama-rama ori yg diawetkan.



Pelbagai jenis haiwan bercengkerang.


Di sini kita boleh mengenali burung yang tidak suka terbang tapi suka berjalan-jalan heeheee


Pintu masuk 


Burung kasawari atau burung unta. Tak boleh dekat sangat nanti kena patuk.


Menarik ayat pada sign board tu "kepalaku botak karena memikirkan kerusakan alam"


Inilah burung yg berkepala botak itu. 


Burung merak yang cantik.


Jungle adventure..naik e-bike mengelilingi  kawasan ni.


Bahan terbuang menghasilkan bunyi..pam air tu sekuat tenaga


Ini dia binaan kuncir air yg menghasilkan muzik


Kawasan haiwan ternakan ada kambing,lembu


Dalam kandang tu namanya kambing darut..comel warna putih. Cara menghasilkan susu juga ada ditunjukkan.


Cara menanam strawberi dan menghasilkan jem dan keripiknya. Boleh beli di sini ada pekerja yg menjualnya.


Belajar cara mengurus sampah atau bahan kitar semula.


Tempat belajar mengasingkan sampah.


Belajar cara menghasilkan baja kompos


Kalau lawatan pelajar sekolah ni sangat sesuai nanti ada pekerja yg memberikan penerangan


Cara menanam buah tin


Boleh bergambar polaroid dengan burung kakak tua. Pekerja di sini akan membantu mengambil gambar siap terus.


Hijau..,hijaukan bumi demi kesejahteraan hidup.


Kawasan burung terbang tu tak nak masuk sebab nampak bulu burung berterbangan


Rumah terbalik pun ada


Cari di mana saya tergantung...


Ruang tamu


Pantai

Lorong sempit dengan dinding kaca. Rasa sesak nafas bila masuk ke tempat ini. Mujurlah ada tanda arah yg bercahaya utk memudahkan pengunjung keluar. Kalau terperangkap di sini mau menangis rasanya.



Kawasan dapur


Kereta terbalik di luar bangunan


Pelbagai jenis telur burung


Pameran burung hantu,pengunjung boleh bergambar polaroid di sini


Kolam ikan


Kereta buruk yg ditumbuhi dengan rumput hijau..cantik


Tempat menjamu selera. Parking sepeda anda di tempat yg disediakan. Aku main redah je ingatkan boleh guna sepeda tu ke meja yg dipilih.


Bayar idr 25 ribu di kaunter kemudian akan dapat kad ini. Belilah makanan di gerai yg diingini. Baki duit akan dipulangkan jika ada. Kalau ramai family mesti bayar lebih la utk kad makanan tu


Air soda gembira


Aku minum air 3 jenis buah iaitu lobak,betik dan nangka. Tak sedap la..,gabungan pelik kan


Monumen candi di seluruh Jawa Timur dan Bali


Pintu masuk Eco Science Center


Bahagian dalamnya


Sumo di atas candi...haahaha


Banyaknya candi,tinggalan dahulu yg dijadikan monumen


Candi Borobudur


Candi Prambanan


Patung masyarakat hindu


Transformer daripada besi buruk


Patung daripada bahan kitar semula


Dinasour T-Rex daripada kulit kayu.,,menarik kan


Cenderamata yg dibuat daripada bahan kitar semula ada dijual di sini. Ada pekerja yg menunjukkan demonstrasi penghasilan barang perhiasan itu. Aku hanya membeli topi berwarna oren dengan harga idr 45 ribu.


Pintu masuk ke ruang seni bahan kitar semula


Tayangan Hanoman 3D. Memang wajib disaksikan dengan kehebatan kreatif anak tempatan negara ini pasti tak rugi kalau masuk sekejap.Terasa seperti bersama-sama Hanoman menentang penjahat itu.


Tayangan 3D yang menakjubkan


Muka yg puas hati selepas keluar dari tempat tayangan Hanoman tadi..rasa nak tengok lagi sekali tapi masa tidak mencukupi.


Eco Journey,menaiki kereta utk melihat kehidupan prasejarah  dari zaman purba hingga zaman moden.Tak sempat nak masuk.


Pintu masuknya


Dari jauh kelihatan bangunan Batu Secret Zoo,emm tak sempat nak masuk hari ni. Keluar dari Eco Green pun sudah jam 3 petang.


Di luar ada tempat menjual oleh-oleh dari Batu Malang. Pelbagai jenis keripik ada di sini. Selain itu,ada sederet gerai menjual t-shirt sebagai kenangan. Aku sempat membeli 4 helai t-shirt di sini. Yg lengan panjang idr 65 ribu,lengan pendek bergantung pada design dan warna ada yg berharga idr 35 ribu-55 ribu. Harga idr 10 ribu tak adalah nak jumpa.


Bertolak ke Surabaya..4.28 petang,sudah mulai gelap


5.12 petang sudah senja...masih di jalan lagi,kenderaan agak banyak. Sayu hati meninggalkan bumi Malang yg banyak melakar kenangan manis. Selamat bertemu kembali.


Gerai makanan kalau penat boleh berhenti minum dahulu


5.34 petang... cantik cahaya matahari. Alhamdulillah.


Bilik hotel di Surabaya,Hotel Quest. Selepas check in dan membayar tunai utk satu malam kira2 idr 427 ribu. Hotel 4 bintang ini. Sampai di sini jam 6.23 petang. Semua barang dinaikkan ke bilik utk proses mengemas semula. Mesti beli beg esok sebab barang sudah tidak muat begnya. Makan malam ni hanya bakso yg dibekalkan oleh Ratna. Alas perut saja lagipun badan sudah letih dan mau berehat dengan segera. Ya mau tidur sudah mata ini. 
Esok rencananya mau membeli beg kemudian kemas barang dlm beg baharu,selepas itu melihat monumen buaya dan ikan yu,Muzium 10 November Surabaya dan Muzium  Kapal Selam.