Thursday 3 September 2015

TAMAN ULAR DAN REPTILIA PERLIS


Taman Ular dan Reptilia Perlis merupakan satu – satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka, ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. Terdapat kira - kira 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 sesies ular ditaman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa. Diantara jenis ular yang terdapat di taman ini ialah ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu dan katam payung serta punti. Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.



Taman ini bermula sebagai sebuah pusat penyelidikan yang dibangunkan Kementerian Kesihatan pada 1978 bagi menghasilkan penawar bisa ular. Ia kemudian diambilalih oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis dan dikomersialkan sebagai tarikan pelancongan.



Lawatan sambil belajar ke Perlis yang dianjurkan oleh Pusat Sumber pada tahun 2013.
Taman Ular dan Reptilia merupakan tempat pertama yang kami kunjungi.




Ular tedung selar yang telah diawet.


Ni ular yang masih hidup.




Ular sawa batik,besar dan menggelikan.



Ular orok-orok


























No comments:

Post a Comment