Monday, 12 June 2017

Shirakawago



16 Disember 2016...bertolak ke Shirakawa-go...1.00 petang dengan menaiki bas. Tujuan utama ke Jepun kali ini ialah aku hendak melihat sendiri keindahan perkampungan tradisional rumah Jepun. 


Pemandu bas dan kepala tour guide bas ke Shirakawa

 

Inilah bas yang kami naiki.



JBT dah siap beli tiket bas,kami duduk di baris kedua.Perjalanan sejam sahaja,sempat tertidur juga sambil mendengar tour guide,orang Jepun tu memberikan pelbagai info.


Bas berhenti selama 20 minit di tempat pemerhatian ini.Perkampungan Shirakawa-go jelas kelihatan dari sini.Apalagi semua yang turun tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan pemandangan perkampungan bersejarah yang disenaraikan oleh UNESCO sebagai tapak warisan sejarah dunia.


Turun sedikit ke bahagian berpagar ni,kak Emma hampir tergelincir kerana salji sudah mengeras dan licin. Ramai pelancong bergambar di sini kerana perkampungan Shirakawago dapat dilihat keseluruhannya dari sini.


Rafidi membawa bendera Malaysia....bangga aku memegang bendera negara sendiri.



Bergambar sampai keras ketor.



Selfie sesuka hati.


Sempat lagi bergambar sebelum masuk bas.



Masa ni dah rasa menggigil kerana angin bertiup membawa udara sejuk sampai ke tulang.


Mr Yamamoto yang fasih berbahasa Inggeris,seorang guru juga.Banyak memberikan info tentang Shirakawago dan peraturan yang harus dipatuhi dari segi masa ketika lawatan.


Alhamdulillah dapat melihat dan merasai suasana salji turun di sini.Syukur aku terpilih melalui pengalaman ini.Masa kecil memang pernah berangan-angan hendak ke negara Jepun ini.Selalu sangat menonton Ultraman...raksasa di Jepun,kenyataannya tiada raksasa kerana pengaruh zaman kanak-kanak meresap kuat dalam diri.Drama bersiri 'Oshin' antara yang paling aku gemari.



Main salji puas-puas.


Baling dan genggam salji....bestnya.


Tebal salji di perkampungan ini.


Masa merentasi jambatan inilah salji turun,cuba ambil gambar tapi kamera tak dapat berfungsi.Ya Allah apa dah jadi ni?Faktor cuaca ke penyebab kamera aku tak boleh ditekan ni?Cuba menggunakan telefon,tapi masalah juga.'empty'....video dan gambar dapat ambil sedikit je.Nasib baik ada kamera dan phone kak emma.Tumpang kamera orang sajalah nampaknya.Rasa kecewa juga masa ni.


Tabahkan hati dan kita senyum je bergambar ni.


Bumbung dipenuhi salji yang memutih.


Salji masuk dalam kasut dan mulut.







Orang-orangan di hadapan sawah padi.Musim sejuk ni tanah sawah dilitupi salji.


Pelancong senegara,gambar sama-sama.


Tak terasa masa berlalu dan melalui jambatan ini sekali lagi untuk ke tempat bas.







Peta perkampungan Shirakawago. Menaiki bas semula ke Takayama,lebih kurang sejam sampai di Takayama.Hari dah gelap,kami makan di hostel je.Pengalaman yang menarik hari ini.Semoga satu masa nanti aku dapat ke sini ketika musim bunga.

Penangan Buah Berangan

Buah berangan atau chestnut memang enak dan menjadi makanan kegemaranku. Buah berangan yang dipanggang sangat lazat dan boleh habis satu kilogram dengan sekali hadap je hehehe memang dahsyat penangan buah berangan ni.Susah nak dapat buah ni.Aku biasanya membeli buah berangan di RnR Genting Sempah.Jauh tu dari rumah.Memandu sekurang-kurangnya tiga jam untuk sampai ke sana.Tapi biasanya kalau ke Pantai Timur aku akan berhenti di sini untuk mendapatkan buah berangan yang sudah dipanggang.Ada juga yang mentah dan harga sama je.





Dulu harga sekilogram hanya RM18.00 masa pergi bulan Januari 2017 dah naik menjadi RM23.00/kg,terkini bulan Mei sudah RM25.00/kg.Entah kenapa cepat sangat harga buah ni naik.Macam harga minyak yg berubah-ubah ke atau akan naik lagi semakin mahal?



Inilah bentuk buah berangan yang sudah masak....kalau dipanggang lama kulitnya merekah.Aku gigit je untuk mengeluarkan isinya.Isinya putih-putih kelabu sikit.Rasanya lemak-lemak,ada manis sikit......sekali makan nak lagi,nak lagi.....tak sedar habis sekilo.



Masa ni aku nak ke Colmar Tropicale yg ada bangunan Belanda tu.



Beli sekilo buah berangan dan tiga ketul ubi keledek kukus.Ubi ni manis rasanya....sedap.Ubi keledek Jepun namanya. Khasiat buah berangan ni ada vitamin C...satu-satunya kacang yang ada vitamin C iaitu lebih kurang 40 gm setiap 100gm.

Tuesday, 10 January 2017

Tokyo oh Tokyo

17 Disember 2016 dari Takayama bertolak ke Tokyo dengan menaiki bas. Selepas sarapan di hotel aku terus bergerak ke stesen bas Takayama. Bas tiba tepat jam 8.00 pagi. 


Ambil gambar hotel 'K'guesthouse....ini ruang rehat di depan kaunter.Boleh menggunakan komputer dan melayari internet.Di belakang ada dapur dan meja makan.Sempat makan malam je malam tadi di sini.


Kaunter belum dibuka lagi kerana belum masuk kerja.


Perjalanan ke Tokyo mengambil masa selama lima jam.Bas dijangka sampai di Tokyo pada pukul 1.00 petang.Jalan sempit dan terdapat pergunungan di kiri kanan jalan.Salji masih turun ketika bas bergerak dari Takayama. Aku banyak tertidur kerana dua malam di Takayama sukar tidur dengan lena.Katil tingkat atas memang mendapat kepanasan tapi dibuka paling kuat,dibawah tidak merasai kepanasan itu.Sekejap tidur di lantai,sekejap naik ke katil yang bertangga kecil tu.Tak taulah berapa jam sahaja dapat tidur sepanjang di Takayama.Mood memang agak terganggu tapi disabarkan sahaja demi percutian yang menceriakan ini.



Gambar ini diambil daripada phone kak emma yang duduk di tepi tingkap.Di dalam bas tu banyak tidur supaya tak memikirkan lapar,hanya sarapan roti sahaja pagi tadi.


Dalam hati tak henti berdoa supaya perjalanan kami ini selamat daripada mara bahaya.....boleh mimpi mak ketika di dalam bas ni heheheehe


Alhamdulillah sampai di Tokyo....Rafidi mendapatkan info di pusat pelancongan.


Selamat Datang ke Tokyo


Ada robot yang memiliki komputer di badannya....klik je untuk dapatkan maklumat


Tempahan transport
 

Shinjuku Station


Taman di hadapan stesen Shinjuku


Nak simpan beg di sini tapi tak jadi kerana ditutup awal.Kami nak jalan-jalan sekitar Tokyo dahulu.Berjalan lagi membawa bagasi.....akhirnya simpan beg di dalam loker je.


Satu loker boleh memuatkan bagasi aku dan kak Emma,termasuklah backpack kami.Harga satu locker 500 yen.Selepas memasukkan wang akan keluar resit nombor pin loker.Nombor pin itu akan digunakan ketika hendak membuka loker.Jangan sampai hilang ye...siap-siap ambil gambar dulu.


Penantian lebih sejam di hadapan restoran ramen halal.....sejuk sangat menunggu di luar,kain yang disediakan masih tak dapat membantu memberikan kepanasan pada tubuh.Kami solat di taman,ambil wuduk di tandas awam kemudian bentang sejadah di taman.Ada beberapa orang pelancong dari Malaysia turut bersolat di situ.


Ramen spicy yang dinantikan.1300 yen ye harganya...sedap.Sebelum tu aku membeli buah berangan di 7 Eleven,harganya 540 yen.


Orang balik dari kerja...sibuk sangat malam ni dan hari seterusnya memang beginilah....bandar tersibuk di Tokyo...


Bersedia hendak melintas


Pemandangan bandar Tokyo pada waktu malam dari Menara Tokyo yang pertama dibina.Beratur nak masuk lif,tiada bayaran masuk.


Gunakan kamera Lumix 

Kedai menjual cenderamata


Banyak key chain dan anak patung daripada watak kartun Jepun


Basikal juga diletakkan di tempat khas.


Gemerlapan lampu kelip-kelip yang diletakkan pada pokok.



Pokok tinggi dan renek pun diletakkan lampu juga.



Sudah letih nak berjalan...nak balik ke hotel


Malam di Tokyo berakhir.....

Tokyo Skytree

18 Disember 2016 aku masih lagi di Tokyo. Hari ni akan pulang ke Malaysia pada jam 11.45 malam dari Haneda Airport. Selepas ke Imperial Palace dan makan tengah hari di kedai makan vegetarian berdekatan Tokyo Sky Tree,kami bercadang naik ke menara yang kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 634m. Alang-alang dah sampai rugilah tak mencuba melihat sendiri. 


Sekai Cafe tempat aku makan tengah hari.Restoran halal yang menawarkan sajian untuk vegetarian.



Kaunter cafe




Banyak sayurannya,sos dan tauhu serta nasi ungu...sedap juga



Restoran ini ada menjual rempah ratus makanan yang halal




Bergambar di hadapan Skytree yang menjadi kebanggaan rakyat Jepun.Tokyo Skytree meliputi sistem telekomunikasi penyiaran,restauran dan menara pemerhatian bandar Tokyo yang terletak di Sumida,Tokyo,Japan.Struktur menara ini mencapai ketinggian 634m pada Mac 2011,menjadikannya tertinggi di dunia menggantikan Canton Tower dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa yang mempunyai ketinggian 829.8m.




Di hadapan pintu masuk kaunter pembelian tiket Skytree.Skytree siap dibina pada 29 Feb 2012 dan mula beroperasi pada 22 Mei 2012.Satu pengalaman menarik akan dirasai pada kali ini.



Di sini memaparkan menara di seluruh dunia dengan catatan ketinggiannya.Tercari-cari Menara Kuala Lumpur atau KL Tower.Berikut senarai menara tertinggi di dunia:-

1.Burj Khalifa(Dubai,Uni Emirat Arab-828m)
2.Tokyo Skytree(Tokyo,Japan-634m)
3.Abraj al-Bait(Mekah,Arab Saudi-601m)
4.Canton Tower(Ghuangzhou,Tiongkok-600m)
5.CN Tower(Toronto,Kanada-553m)
6.One World Trade Centre(New York-541m)
7.Taipei 101(Taipei,Taiwan-509m)
8.Shanghai World Financial Centre(Shanghai,Tiongkok-492m)
9.International Commerce Centre(Hong Kong,Tiongkok-484m)
10.Petronas Tower(Kuala Lumpur,Malaysia-451m)


Pengunjung terlalu ramai pada hari itu,hendak menjimatkan masa aku memilih 'fast lane' dengan bayaran 4000 yen malah akan berhenti di tingkat 350 dan 450.Anggaran masa satu jam sahaja kerana akan ke tempat lain pula.




350m




Mencari kedudukan yang sesuai agar bangunan sekitar Tokyo kelihatan dengan jelas.




Alhamdulillah atas nikmat ini.




450m



Pemandangan bandar Tokyo pada aras 350m.Gambar yang diambil pada aras 450m tidak jelas kelihatan.



Ramai yang berselfie di sini....seram kalau melihat lama-lama ke bawah.
Aku membeli 'snow globe ' di sini dengan harga 950 yen.Selepas turun,kami ke masjid dan Ueno(makan kebab Turki).Ueno seperti pasar malam yang menjual pelbagai barang.