Thursday, 7 January 2016

Percutian ke Osaka Jepun 2


Hari kedua di Osaka...bilik hotel yang comel tanpa katil hanya ada bantal,selimut dan tilam,peti sejuk,tv,aircond,meja kecil. Tandas di luar bilik dan dapur kalau nak memasak.Inipun dah syukurlah,selesa juga sorang2,maklum la bajet tak payah nak katil beso ye.


Baru bangun tidur. Jam 4.00 pagi solat subuh dah. Rasa baru je tido.


Kelengkapan bilik yang disediakan. Walaupun kecil bilik ni,peti sejuk pun ada hehehe


Sarapan dengan mi segera dan air susu kambing yang dibawa dari Malaysia.Hilang jugak lapar ni.


Susunan pakaian di dalam beg.Ramai yang tolong susun dan lipat pakaian ni,Faezah tolong gosokkan baju yang dibawa.Haha aku manja ke mengada-ngada ye


Di hadapan hotel. Basikal teratur je. Orang sini suka naik basikal je,menjaga alam sekitar daripada pencemaran udara. 


Kawasan sekitarnya bersih...sejuk pagi ni lebih kurang jam 8.30 pagi. Aku memakai 3 lapis baju tu nampak badan besar sikit.


Di hadapan hotel bajet.


Pagi2 pergi mini market...lihat barang dan makanan yang halal. Tour guide tunjukkan makanan yang halal.


Tempat membayar di kaunter chasier.Selepas membayar barang yang dibeli,pekerja akan tunduk ucapkan terima kasih.Serba salah pulak aku dibuatnya,jadi cepat2 masukkan duit dan blah.Hahaha






Roti yang boleh dimakan. 


Pelbagai pilihan air minuman. Tak boleh suka hati je beli air.



100% susu jadi boleh diminum..halal. 


Telur itik.


Mesin membeli tiket train.


Terowong bawah tanah menuju ke subway.


Air ni tak halal untuk diminum kerana ada alkohol..jenama Kirin.


Laluan subway...nak mengembara solo kena pandai baca laluan tu..jadi tak silap ke tempat lain.


Dah sampai...orang Jepun akan beratur menunggu train sampai.


Ada rezeki dapat la tempat duduk


Tak dapat tempat duduk..berdiri aje la.Ambik kesempatan bergambar dulu. Teruja sangat hari pertama jalan2 di Osaka.


Sempat posing dulu dgn geng..nak ke Namba ni,tempat shopping. Harap ada la yg bkenan kot murah mampu beli hehhe


Org Jepun ni senyap je ...beratur sebelum masuk train


Masing2 pegang phone dan ada yg membaca


Namba...tempat lawatan pertama hari ni..tempat shopping je


Kimono dari luar kedai.Mahal betullah tak jadi nak beli. Harga lebih kurang 3 ribu yen..kira la berapa duit kita tu. Mampu tengok ajelah.


Kain cotton Jepun..belek je,harga pun mahal. Cantik memang la cantik 


Sekitar Namba banyak kedai kain,pakaian siap,makanan,cenderamata 


Roti Jepun,ini bukan roti asli ye..display je,nampak sedap berkeju


Panggung wayang


Makanan Jepun ...khuatir tak halal. Bungkusan makanan cantik dan comel2 belaka. Sesetengah kedai yg aku masuk tak benarkan mengambil gambar. Sikap mereka ni menghalang daya kreativiti aku utk bgambar sakan.


Beria-ria betul makcik ni cakap Jepun memberi penerangan tentang makanan yg dijual di situ,geng pun dengar dgn khusyuk hahahaha tapi tak beli pun,khuatir dgn halalnya


Takde sorang pun yang membelinya. Cantik kan bungkusannya.Semua makanan biskut dan coklat yg dijual memang menarik mata melihat.


Posing dulu di hadapan kedai. Geng sibuk tanya itu ini dengan makcik tadi hehehhe


Sekitar bandar Namba...berpusu2 org entah dari ceruk mana.Aku suka memerhatikan pakaian org Jepun ni. Mereka memang suka berfesyen la moden2 belaka. Solekan pun macam artis je


Banyak bangunan pencakar langit,jalan tak sesak,asap kenderaan pun takde...udara sejuk je...selesa jalan2 dgn gembira. Apalagi jumpa geng satu kepala yg tak suka shopping jugak.


Tak kedengaran bunyi hon kenderaan pun..damai je


Teksi di Jepun. Walaupun nampak buruk tapi pintu automatik terbuka sendiri..dah sampai destinasi pun selagi belum bayar pintu teksi tak buka ..pemandu teksi kebanyakannya dah tua2.


Nak makan ketam,tour guide kata boleh makan ketam tu,tak guna minyak apa2,hanya dibakar je.Banyak orang beratur tunggu ketam yg diorder siap.


Halal..ketam bakar,tak guna apa2 minyak. Harganya 700 yen...mahal woo
Nak mencuba punya pasal beli aje lah.


Port merokok ada disediakan. Berdiri la sesiapa yg nak merokok.Bagusnya orang Jepun ni tak berjalan merokok. Berdiri satu tempat khas kemudian dah habis merokok barulah blah. Takde jumpa puntung rokok bersepah-sepah pun.


Kedai menjual ketam yg aku beli tadi.Masih lagi dikerumuni orang ramai.


Kedai menjual aiskrim..tak beli takut tak halal


Nak cari phone kononnya...tapi tak sempatlah


Minat tengok kedai makanan yg banyak di sekitar ni

Kami bertiga je ...memula 6 org,yg lain entah ke mana. Sama je kami tak membeli hanya window shopping.


Ramainya la manusia


Ada pulak minah Jepun ni perasan aku ambik gambar dia


Pasar raya besar...tak masuk sebab barang lebih kurang sama je.


Di luar kedai yang menjual alat muzik


Longkang ke parit ni ye...bersih dan tak busuk


Meriah dengan manusia..maklum la cuti hari minggu


Bangunan di Osaka...alhamdulillah impian semasa kecil hendak melancong ke Jepun dimakbulkan Allah


Suasana bandar Osaka,kota moden serba canggih.


Pelbagai gambar gergasi pada bangunan


Asahi...minuman mengandungi alkohol


Di seberang jalan
Penat berjalan dah rasanya...takde beli apa2 pun


Konon melihat peta...tak reti pun,ikut tour guide je la


Penat berjalan kami makan di sebuah restoran makanan Indonesia...makan ayam penyet. Ayam 800 yen.


Teh panas cawan kecil comel tu 200 yen.Harga nasi berasingan dengan ayam penyet. Nasi 1000 yen


Ruang kaunter ,ada pekerja lelaki ni berasal dari Malang,dah setahun bekerja di restoran ni. Sempat la beramah mesra.


Sampai di bilik hotel jam 9 malam. Guna wifi hotel je untuk wasap keluarga. Tak payah beli sim card sinilah..
Malam ni makan onigiri dan minum susu je. Dah solat dan bersihkan diri,lebih kurang 1030 malam aku tidur dengan nyenyaknya. Maklumlah penat berjalan seharian,naik train pun semua jalan kaki. Pemilihan kasut yg ringan,tapak lembut,leather lebih selesa la,pastikan pakai stoking. Kalau kasut tak selesa nanti akan menganggu perjalanan kita,susahkan org lain menunggu kita dn jadi tak seronok. Belanja lebih utk mendapatkan kasut yg selesa dan sesuai.





Percutian ke Osaka Jepun 1

Bismillahirrahmanirrahim......Assalamualaikum kepada yang membaca blog ini.Percutian ke Osaka,Jepun telah berlalu pada 26 November 2015 baru-baru ini.Aku merancang sejak bulan Jun lagi.Sejak zaman sekolah rendah lagi bercita-cita hendak ke Jepun yang merupakan sebuah negara maju dengan teknologinya yang canggih juga terkenal dengan sikap positif rakyatnya dalam pelbagai perkara. Keinginan itu lama terpendam sehinggalah aku menemui laman di facebook tentang percutian bajet ke Osaka yang di kendalikan oleh rakyat Malaysia iaitu laman Jom ke Jepun.Harga yang dikenakan untuk seorang ialah RM2,000 termasuk penginapan,pengangkutan dan tiket masuk.Tiket flight diuruskan sendiri begitu juga makan minum atas tanggungjawab sendiri.Aku melihat maklum balas orang lain yang pernah menggunakan perkhidmatan organisasi ini,selepas yakin dan percaya aku terus menghantar mesej dan memasukkan deposit berjumlah RM500.00 manakala bakinya akan dibayar 2 minggu sebelum tarikh berlepas.Dalam tempoh menunggu ke Jepun itu aku sempat ke Bukit Tinggi Indonesia pada bulan Ogos,Malang Jawa Timur pada September 2015.Hanya Oktober aku berehat dan membuat persiapan ke Jepun.Kesibukan kerja dan travel membuatkan aku tidak menghubungi organisasi yang menguruskan Jom ke Jepun.Bulan November aku memasukkan jumlah terakhir iaitu RM1,500.00 melalui bank-in.Makluman wang selamat diterima melegakan aku.Lagi seminggu tarikh berangkat ke Osaka,barulah debaran makin terasa. Aku cuba menghubungi pengurusan tapi mesej tak berjawab,call juga tak diangkat,barulah waktu itu aku rasa nak demam,seharian tak lalu makan selepas bersabar selama 2 hari.Aku maklumkan perkara ini kepada Akma dan dia telah menyiasat....aku rasa macam kena tipu ke ni,rasa nak pitam pun ada juga.  Akma telah bertanya dengan backpackers melalui fb sama ada betul wujud pengurusan ke Osaka dan mendapat maklum balas positif bahawa mereka yg menguruskan telah berada di Jepun dan kemungkinan tiada line untuk berhubung malah mereka juga sudah biasa membawa rakyat Malaysia ke Jepun.Fuhhh lega hati aku dan barulah boleh makan dengan tenang.Terima kasih Akma kerana banyak menolong dari awal sehinggalah kembali ke Malaysia semula.Tiket flight aku agak mahal juga iaitu RM1950 termasuk makan minum pergi balik dan baggage 20kg,insurans juga.Wang sudah ditukar sebulan lebih awal dan aku membawa 60,000 yen sahaja-duit Malaysia kira-kira RM2150.00 waktu itu.Aku membuat penukaran di money changer Mid Valley,Kuala Lumpur.Cukuplah untuk makan dan membeli sedikit ole-ole,lagipun tujuan asal ke Osaka Jepun adalah untuk melihat pemandangan dan merasai pengalaman budaya di sana.
Aku menerima mesej daripada pengurus Jom ke Jepun tentang tour guide yang akan menunggu di airport Osaka.



21 November 2015 tarikh yang dinantikan dengan penuh debaran akhirnya menjadi kenyataan.Aku sampai di KLIA 2 .Flight ke Osaka pada jam 3 petang.2 petang dah masuk ke P8,Tawakal sahajalah sorang2 dari KLIA2 ni.Aku tak call Kak Fatimah yang ikut trip ni juga.


Sayonara ..jumpa lagi


Resit pembayaran makan tengah hari di Bumbu Desa KLIA2,hmmm tak mengikut selera,makan tak habis pun.


Tempat duduk 44A,tepi tingkap.Duduk sorang2,takde partner..takpelah happy je.Pesawat berlepas jam 3.10 petang.Ada beberapa kali bergegar sebab melanggar awan.


Nasi lemak ni dah selalu makan bila naik Air Asia.Boleh tahan rasanya.


Selamat tiba di Osaka Jepun..hampir 7 jam di dalam pesawat. Tidur pun tak begitu lena. Masih belum jumpa geng yg sama lagi.




Yeahh jumpa akhirnya geng yg akan mengikuti trip ini. Aku kenal kak emma Fatimah,Fawwal dan yg lain jg.


Pekerja kat airport tolong ambik gambar kami ni. Ada 2 org tour guide yg menunggu kami.


Dapat tiket train ..,badan dah letih dan matapun mengantuk masa ni.


Dalam train.,geng juga ni seorang pesara guru.


Beg geng semuanya besar2,beg aku yg paling comel heheh


Tiket train aku ni kecik je la


45 minit dari airport ke hotel


Tour guide kami yg dikiri tu,muka macam org Jepun..asal Sabah


Lega dah dapat jumpa dgn geng,tak berapa nak bersembang lagi sebab sangat penat dlm pesawat td....nak jumpa tilam dn bantal.
Jalan lebih kurang 10 minit ke hotel kami.

Monday, 16 November 2015

TEMPAT MENARIK DI IPOH,PERAK - 2


14 Oktober 2015 ke Ipoh Perak...dah setahun berlalu baru hari ni ada kesempatan dan mood menulis.
Banyak tempat menarik di Ipoh ni,sebelum ni hanya lalu je kalau ke utara tapi kali ni memang tujuan nak jalan2.


Jalan Market..yg menarik di sini ada banyak ilustrasi di dinding,teringat Art Street di Penang tu.


Tolak dengan penuh gaya ye


Petunjuk lokasi mural itu..Art of Oldtown


Hah ini kereta original ye ...comel kan warna oren


Banyak payung sepanjang lorong ni,mula -mula aku tak perasan pun sebab pandang depan je nak cari mural yg lain


Menarik ilustrasi di luar kedai ni


Kedai buku


Masuk sebab nak rasa aircond.,,panas kat luar tu dah tak tahan hehehe


Buku tu ilmu dan aku memang suka membaca


Buku sejarah Ipoh




Pekerja di lombong bijih timah


Basikal penjual susu lembu. 


Lihat di atas bumbung tu ada dua orang kanak-kanak menaiki kapal terbang kertas


Mural paling besar ni..Nelson Mandela sedang minum